Monday, May 8, 2017

Biar betikk?? Masuk Homestay "di Balun"?

Ape kes ni? Takkan masuk Homestay di Balun??

Hehe. Sebenarnya nama Homestay ini adalah Teratak Yong Casa D'Balun yang terletak di Kampung Balun, Slim River, Perak.

Lokasinya adalah kira-kira 100 km dari Kuala Lumpur. Homestay ini menyediakan kemudahan 3 bilik tidur beserta 2 bilik air.

Suasana kampung yang nyaman dengan udara yang segar pastinya membuatkan pengunjung lebih relax jika menginap di sini. 

Terdapat juga kemudahan memasak yang disediakan di Teratak Yong Casa D'Balun. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati siaran Astro Njoi bersama-sama keluarga di ruang tamu.  

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi adalah Pusat Rekreasi Sungai Bil yang jaraknya kira-kira 25 minit perjalanan. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, anda bolehlah mencuba aktiviti white water rafting yang terletak di Kampung bersebelahan.

Ingin menempah tempat bermalam di Homestay Teratak Yong Casa D'Balun? Sila hubungi:

Haji Zul - 019-333 7925
Hajjah Azmon - 013-388 4340

Wednesday, April 12, 2017

Pulut Kuning Rendang Ayam Puchong

Ada sesiapa teringin pulut kuning rendang ayam? Boleh follow IG @siswanie. Dengar cerita penyanyi Elyana dan Ezlynn pun dah try pulut kuning rendang ayam siswanie ni. Cubalah stalk IG dia yer ...













   

Wednesday, August 12, 2015

Resepi Hari ini : sambal udang (sweet sour)

Bahan-bahan:
-Semangkuk udang segar (digaul garam kunyit)
-Sebiji Bawang besar
-3 biji bawang putih
-3 sudu besar cili giling
-2 sudu besar sos cili
-2 sudu besar sos tomato
-2 btg serai (diketuk)
-2 sudu besar air asam jawa
-Garam
-Setgh keping gula melaka (gula biasa pon okay)
-2 biji tomato
-2 biji cili besar
-sedikit minyak

Cara-cara :
1) goreng udang bersama minyak sehingga hampir masak. Ketepikan.
2) panaskan minyak dikuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili giling & serai.
3) masukkan cili sos & sos tomato. Kemudian, masukkan air asam, garam & gula melaka.
4) bila kuah pekat, masukkan udang. Kemudian tomato & cili besar. Tutup api.

Taraa .. dah siap! sedia dihidangkan :)

Selamat mencuba uols ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...