Bila polyps di dalam rahim, tentulah minor operation diperlukan untuk membuang polyps tersebut. Begitulah yg terjadi pd saya. Sekadar ingin berkongsi pengalaman bila mendapat tahu ade sesuatu yg menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
Sungguh saya tidak menyangka. tanpa kesakitan atau apa2 yg mencurigakan melainkan kitaran haid yg tidak menentu merupakan SEBAB utama saya mendapatkan rawatan. Pada pg selasa (27 mac 2012) saya ditemani en suami membuat checkup di Pusat Rawatan Islam Az-zahrah, bangi. Sekadar rawatan biasa bertukar dgn pemeriksaan imbasan/scan dr Dr Fazlina. Hasilnya, didapati ade sesuatu/polyps di dalam rahim. saya amat takut. Dr menerangkan polyps itu yg menyebabkan kitaran haid saya tidak menentu dan ia tidak merbahaya.
Dr menasihatkan untuk membuat pembedahan mengeluarkan polyps tersebut utk diambil sampelnya utk mengetahui polyps itu boleh menjerumus kpd penyakit atau tidak. Saya bersetuju walaupun perasaan sgt takut. Dr melihat jadualnya dan menetapkan pd ptg tersebut utk membuat pembedahan. Jam ketika itu menunjukkan pukul 11 pg. Saya dimasukkan di wad terlebih dahulu dan dikehendaki berpuasa sebelum operation bermula pada pukul 3.3o ptg.
Sementara menunggu waktu pembedahan, saya dgn tiba2 demam (38.2 darjah celcius), mungkin terlalu takut dan terkejut. Serius, hanya Allah swt yg tahu perasaan di ketika itu. Sementara menunggu di katil, dtg seorang pegawai perubatan membacakan doa dan menenangkan saya dgn semangat & kata2 yg menyentuh hati sehingga saya teresak2 menangis. mungkin terasa diri begitu kerdil di bumi Allah utk menerima ujian ini. Ya Allah!
Warded!
selepas pembedahan!
4 comments:
boleh kongsi pengalaman tak?
Boleh je ..
As salam puan..setelah 3thn.. Adakah polyps tu ada semua?
As salam puan..setelah 3thn.. Adakah polyps tu ada semua?
Post a Comment