Sunday, April 29, 2012

Rotavirus : Anak Saya dijangkiti Rotavirus : cirit birit yang kerap

Membasuh tangan merupakan perkara asas untuk mengelak daripada jangkitan rotavirus.

Cirit-birit & muntah²; merupakan symptom utk dikenalpasti sekiranya kanak² dijangkiti rotavirus. Pengalaman yg saya tidak dpt lupakan. Cella puteri kesayangan saya terkena jangkitan rotavirus. Aduh! kesian cella kerana dehydrated, tidak selera menjamah apa² makanan. Bahkan kelihata lesu dan lembik kerana perut kosong selama 2 hari.

Setiap kali dia mengambil susu atau air kosong, dia pasti muntah² & membuang air besar/cirit-birit. Ubat yg dibekalkan di klinik tidak membantu. Saya mengambil keputusan merujuk kepada Hospital. Hospital Columbia Asia, Puchong menjadi pilihan kerana berdekatan dgn rumah.

Ujian dilakukan dgn mengambil sampel najis. keputusan ujian positif! Ya Allah! begitu takut nye saya diketika itu. Air mata terus mengalir melihat cella yg lemah dan hanya berbaring diatas katil. Doktor juga membuat bloodtest dan cella admitted di ward. Kerana ia adalah rotavirus, tiada antibiotik yg dpt diberikan. selain di drip air, diberikan ubat mengeluarkan angin dlm badan & probiotik. puteri saya semakin pulih.

Alhamdulillah,kupanjatkan doa kesyukuran ya Allah! Setelah satu malam di hospital, cella menunjukkan tanda² sudah sihat! Sudah berminat utk bemain game di ipod touch nye, sudah mula bergaduh dg mamanya berebut channel tv. Alhamdulillah :)) Walau apa pun saya tetap berhati² dgn pemakanan cella. terutama dr segi kebersihan diri. Saya mendapat maklumat dr pihak tadika, cella dijangkiti di tadika kerana terdapat kawannye yg senasib. Selain perkongsian tandas dan kebersihan diri, sentuhan antara yg dijangkiti pon mempercepatkan terdedah dgn rotavirus. Apa yg penting, sentiasa membasuh tangan utk mengelak sebarang penyakit. InsyaAllah.

Setelah 2 hari dan dua malam dihospital, Cella dibenarkn keluar. Cella semakin aktif dan sihat! Syukur ya Allah!

** pesanan kepada ibu² diluar, supaya tidak memandang ringan dgn cirit birit biasa yg berlaku pada anak-anak. biasanye rotavirus menyerang baby & kanak² berumur 5 tahun ke bawah. Berhati² lah!

** Jika anak anda mengalami ciri birit yang kerap dan muntah muntah, jangan lah berlengah! segera lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mereka mungkin dijangkiti rotavirus yang boleh membawa maut.


** utk maklumat detail mengenai Rotavirus, boleh la layari laman web ni:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...