Saturday, January 26, 2013

Oh jb! Sampai juga akhirnya ..

Yeayy .. Kami dh sampai. Tepat pukul 7.30 mlm kami sampai di hotel New York, jb .. Alhamdulillah! Kawasan hotel ditengah2 bandaraya membuatkan hotel ni nmpak ceria. Dan paling best ade bath tub! Heheh .. Cella paling gembira!

Okay, malam ni tiada aktiviti lg. maybe jalan2 cari makan sekitar jb! Saya sgt puas hati dgn keadaan bilik hotel. Luas & cantik .. Now nak rehat2 jap & mandi! Then bersiap2 cari makan.

Moga percutian kami 4 hari di sini menggembirakan! Esok pagi nak pg legoland .. Seharian disana. Cella dh teruja! Mama nye lagi lah. Haha :D





Tuesday, January 15, 2013

Kelip-kelip kampung Kuantan .. Subhanallah!

Subhanallah .. Begitu besar nye kuasa Allah. Cantik sungguh! Saya terpesona dgn kehadiran kelip-kelip di pokok berembang.. Berjuta2. Sangat cantik. Macam berada di I-City!

Saya bersama en suami, cella, Mak ngn ayah mertua ke kg Kuantan, kuala selangor. Teringin nak tgk kelip-kelip. Hehe. Rm50 satu boat. Boleh la kami berlima naik. Seronok! Naik boat selama stgh jam mengelilingi sungai. Nak tgk kelip-kelip kt pokok berembang. Siap saya ngn cella menangkap kelip-kelip sbb nak tgk rupenye camane.. Subhanallah!

Mmg pengalaman manis! Sangat berbaloi. Walaupun sekejap.. Kerana cahaya gelap, tak byk la gambar yg diambil. Lg plak, Bimbang henpon jatuh ke dlm sungai. Jd, mmg berhati2. Heheh ;p


Friday, January 4, 2013

Pantai sabak bernam ..

Cella mengajak ke pantai bersebelahan politeknik. Mungkin agak lama tak ke laut. Seingat saya sudah bertahun. Sekali sekala amik angin laut cukup menenangkan :))

Pantai sabak bernam tak secantik pantai di Terengganu .. Tp cukup utk melepaskan gian nak jalan2 di pantai .. Kami lepak sambil menghirup udara segar.

Keadaan pantai tak begitu sesuai utk bermain ngn air nya. Cukup lah dgn main2 baling batu je. Jadilah! Hehe .. Tgk lauy terkenang pantai di gong badak tganu .. Bila ntah nak pg lagi ..

Saya seperti biasa dgn hobi mengambil gambar cella sekitar pantai. Heheh.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...