Assalamualaikum ..
Hari ini saya nk share resepi macam mana nak buat jeruk buah pauh / mangga / mempelam. Ini gara2 jiran bagi buah pauh yg agak banyak. Saya panggil pauh ringan atau org utara panggil mangga teloq. Hehe
Ok, ini bahan-bahan nya :
Buah pauh / mangga
Garam
Gula
Air
Simple kan?
Cara-cara nak buat jeruk :
1) mangga / pauh dibasuh bersih-bersih. Potong 4 atau 6. Kulitnya jangan dikupas.
2) rendam dengan air garam selama 1 hari 1 malam. Cth : rendam pukul 3 ptg arini, esok 3 ptg sudah okay!
3) keluarkan buah mangga / pauh dr rendaman air garam. TAK PERLU TOS.
4) masak air gula. 1 plastik sederhana buah pauh bersamaan 1 kg gula. Biar agak pekat.. jangan terlalu pekat. sejukkan. Hehe
5) masukkan air gula ke dalam jeruk pauh yg dh diasing dari air garam.
Taraa! Dah siap. Utk lebih sedap & umph! Simpan dlam peti ais selama sejam. Baru lah dimakan .. memey sedap!
0 comments:
Post a Comment