Sunday, December 7, 2014

Mari mengaji al-quran :)

Assalamualaikum ..

Hari ni genap 2 weeks cella mengikuti class mengaji al-quran di Sekolah agamanya. Alhamdulillah!  At least masa cuti cella di waktu pagi terisi jugak.

Terima kasih jugak kpd ustazah yg sudi buat class mengaji diwaktu cuti. Dgn hanya bayaran RM 50 je. Class setiap hari isnin - rabu diantara pukul 9 am - 11 am. Class ni bermula 24 nov dan akan berakhir pd 17 dec ni ..

Moga masa terluang cella terisi dgn sebaik-baiknye .. InsyaAllah! Almaklum iols sibuk dgn assignments disaat2 akhir sem ni. Huhu ..

Resepi hari ini : banana-dragon fruit ..

Assalamualaikum ..

Mai try resepi yg segar, sedap & sihat. Sekali cuba pasti nk lagi .. heheh :)

Bahan-bahan :
1) 1 biji dragon fruit
2) 1 biji pisang
3) 1 cawan susu segar
4) setengah cawan yogurt
5) beberapa kiub ais

Cara-cara nya :
1) satu semua didalam blender, kisar sampai sebati.
2) sedia dihidangkan :)

Sgt sesuai utk breakfast & waktu2 petang yg nyaman ..
Selamat mencuba ye!

Tuesday, November 4, 2014

Resepi hari ini : kari ayam sedap & simple!

Assalamualaikum,
Hari ni atas permintaan kawan2,  iols share kan resepi kari ayam version iols yg menjadi kegemaran keluarga!  Hihi :p

Bahan :
Sedikit Minyak masak utk menumis.
1) 6-7 ketul ayam
2) Semangkuk santan (dari 1 biji kelapa parut)
3)5-6 biji bawang merah (dimayang)
4) 3 ulas bawang putih (dimayang)
5) sedikit halia (dimayang)
6) 1/2 sb pati asam jawa (kalu takde, ganti asam keping)
7) 2-3 ketul kentang ( dipotong 4)
8) 2 biji cili besar hijau (dibelah)
9) 4-5 sb serbuk kari adabi (di
campur air biar pekat)
10) sedikit gula melaka (yg bentuk bulat- dipotong 4. Ambil 1/4)
11) 2 sk garam.

Cara-cara :
1) masukkan sedikit minyak ke dlm periuk. Tumis semua bahan yg dimayang sehingga naik bau.
2) masukkan serbuk kari yg bercampur air td. Tumis dgn api sederhana sampai kari dh masak.
3) masuk asam jawa & ayam ke dlm periuk. Gaul sebati.
4) masukka santan.  Gaul dgn api perlahan (nnti berketul pulak).
5) masukkan kentang.
6) masukkan gula melaka & garam.
7) apabila ayam empuk & kuah pekat. Masukkan cili hijau.
8) tutup api. Sedia dihidangkan. :)

* boleh masuk daun kari kalu ada.
* masa minyak dh panas,  nk masuk bunga lawang, kayu manis & buah pelaga.. pon boleh.

Selamat mencuba uols!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...