Thursday, August 23, 2012

Selamat hari raya aidilfitri ..

Belum terlewat nak ucap selamat hari raya idulfitri buat semua! Moga tahun ini menjanjikan sesuatu yg lebih hebat & membahagiakan.

Mohon maaf diatas semua kesilapan dan keterlanjuran .. Moga kebahagiaan yg dinikmati dpt dikongsi bersama. Jauhilah sikap suka ungkit mengungkiti yg boleh membinasakan ..

Monday, August 13, 2012

Berita gembira di bulan ramadhan! Keputusan pppt dh41 sudah diterima!

Ya Allah, syukur! Sedang tgh asyik memasak juadah berbuka tadi, tetiba dpt call dr kawan sekerja. "akak, kt mana?" td saya check kan akak nye pppt tu.. Akak dapat. Tahniah Kak, saya tumpang gembira.. "

Terkejut ya amat! " biau betul juli, saspen nye" en husband terus ke laptop, buka website spp, yes! Berjaya!
Husband, cella dan saya melompat2 gembira .. Alhamdulillah! Allah dgr doa saya :))

Airmata gembira berguguran tanpa sedar .. Amik phone call cu, Abah, Ayah mertua & Mak mertua! Alhamdulillah saya berjaya .. :))

Lagi 8 minggu utk lapor diri. Terasa diri begitu kerdil disisi Mu Ya Allah! Alhamdulillah, ku panjatkan doa syukur ya Allah. Terima kasih diatas rezeki ini. Pelihara kan lah aku, rahmati lah aku! Pelihara lah ku ke jalan yg Kau redhai!

* Hanya Tuhan yg tahu perasaan ku sekarang ini ...


Tuesday, August 7, 2012

Buffet Ramadhan di equine seri kembangan. Kambing golek yo!

Malam ni genap 18 ramadhan. En suami mengajak berbuka puasa di luar. Kami memilih buffet ramadhan di sekitar equine meninjau2 menu kambing golek! Akhirnya kami memilih berbuka Restoren D'ladang Bistro!

Harga yg ditawarkan buffet ramadhan disini ialah RM25 utk dewasa & RM12 untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Bagi peminat kambing golek, ia agak berbaloi kerana kambing goleknya sgt sedap! Menu2 lain yg disediakan ialah kuih muih, nasi 3 jenis, lauk pauk yg sedap, buah-buahan, jus & teh tarik yg sgt sedap! :))

Selain itu, kawasan kedai yg agak luas dgn decoration ala2 kampung yg begitu mendamaikan. Surau juga disediakan di tingkat 1 yg agak selesa. Saya berasa seronok berbuka puasa disini. Kepada sesiapa yg ingin mencuba, dipersilakan terutama kpd peminat kambing golek ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...