.. sharing is caring
Bak kata seseorang;
".. kita akan bercakap besar untuk menutupi kekurangan yg ada .."
Ye, saya rasa bersetuju dgn pendapat ini. saya pernah mengalaminya. Sewaktu saya tidak bekerja, saya cuba menyembunyikan kesukaran yg dialami dgn bercakap besar semasa berborak² bersama kawan². itu tak dpt dinafikan kerana saya ingin berada seiring brsama mereka .. Kekesalan timbul bila terkenang balik. begitu hina saya di saat itu. sedangkan jika saya bercakap perkara yg betul, tiada lah masalah yg akan timbul. tetapi kerana perasaan ingin menutupi kekurangan, saya dgn rela hati bercakap besar sehingga kadang² mendatangkan dosa.. oh! saya berasa sgt sedih mengenangkannya. kesal!
" Terlalu memandang apa yang kita tidak ada adalah lumrah manusia biasa yang selalu terlupa dengan apa yang dia ada. Selalu memandang pada satu pintu yang tertutup sedangkan banyak lagi pintu hikmah yang terbuka. Selalu rasa tuhan tidak adil kepada kita sedangkan kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri "
Sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. hargai apa yg kita ada di sekeliling kita. tak perlu lah membanding² kan dgn org lain. Apa yg org lain dapat adalah selayaknya dgn usaha mereka. Tak perlu berasa irihati, dengki & sakit menyakiti sesama insan .. Kalau kawan² kita berjaya, marilah beramai² memeberi sokongan. semua org akan berasa senang termasuk diri sendiri ..
0 comments:
Post a Comment