Saya Sungguh tak sangka, rupa2 nya Apa yg telah diceritakan telah disalah ertikan .. Saya Sekadar ingin berkongsi kegembiraan perasaan setelah rumah yg dibeli sudah Siap! Rupa-rupanya dia jealous! Ye dia Sangat jealous mungkin sehingga bersikap dingin terhadap saya. Oh kawan!
Mungkin cara Saya bercerita membuatkan dia kurang selesa sehingga disalah ertikan .. Oh Allah! Tidak sedikit pun ingin menunjuk2 & berlagak. Dari hal itu, dia bersikap hambar & sering meluahkan kata2 yg tidak enak didengari.
Disini Saya ingin berkongsi nasihat & pandangan tentang sikap suka cemburu dgn kelebihan orang lain . Sepatutnya kita menjadikan penaik semngat utk mendapat Apa yg diimpikan & selalu berprasangka baik.
Bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan.Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut. Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.
Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)
Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)
0 comments:
Post a Comment