Sunday, May 27, 2012

KidZania Malaysia @ Curve NX, Mutiara Damansara

KidZania merupakan pendidikan berunsur hiburan yang interaktif dan selamat untuk kanak-kanak. KidZania membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti orang dewasa didalam sebuah Bandar yang direka seolah-olah dunia yang nyata dan bekerja untuk mendapatkan wang pendapatan, Ia sangat menarik kerana kanak-kanak boleh mencuba sendiri apa yang dikatakan pekerjaan orang dewasa bersesuaian dengan konsep “People in my town”.


Cella sedang tunaikan cheque 50 kidzos yang diberi


Pada hari ini Ahad , 27 May 2012, skrinepal bersama suami membawa Cella, puteri kami ke KidZania di Curve NX, Mutiara Damansara. Cella sangat excited! Kami memilih sesi petang, masa nya lebih kurang dr pukul 4-9 pm. Bermacam-macam pekerjaan yang boleh dicuba oleh Cella disini, dan secara tidak langsung dpt dedahkan cella dgn persekitaran sebenar disini. KidZania sangat bagus untuk kanak-kanak membina dan meningkatkankeyakinan diri dan memulakan pergaulan bersama ahli² kumpulan. Secara tidak langsung boleh menimba ilmu baru dan membina semangat berpasukan (bekerja bersama team).

Boarding Pass to Kidzania!


KidZania menyasarkan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 14 tahun di mana mereka boleh memilih antara 90 aktiviti daripada 60 syarikat. Secara ringkasnya, KidZania membolehkan anak-anak untuk membesar di bandar mini mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kecil dan bayi yang berumur 0 hingga 3 tahun, terdapat satu bahagian khusus yang terletak di tingkat Mezzanine yang dipanggil Urbano, House.

Cella sedang menunggu giliran untuk menjadi Surgeon


Kanak-kanak di KidZania akan diberikan wang yg dikenali sebagai KidZos, sebagai upah dari pekerjaan yg mereka lakukan. Cella sangat seronok mencuba pelbagai kerja yang selama ini hanya diketahui melalui cerita² dan gambar yang hanya dapat dibayangkan. Dengan wang Kidzos ini, kanak² boleh membeli barangan dan membayar perkhidmatan yg disediakan di Kidzania. Disamping itu wang tersebut boleh disimpan di Bank yg disediakan (Hanya sah laku di KidZania sahaja!)
Cella dapat gaji setelah menjadi travel agent!

Antara syarikat-syarikat yang memberi kerjasama bersama KidZania ialah Media Prima, AirAsia, Dell, CIMB, KPJ Healtcare dan sebagainya. Kanak-kanak KidZania akan melakukan aktiviti samada bersendirian atau berkumpulan. Disini kita dapat melihat minat kanak-kanak ke arah mana, Begitu juga dengan Cella. Dia begitu excited untuk melibatkan diri dengan pelbagai pekerjaan. ;) Ibu bapa tidak dibenarkan bersama-sama terlibat didalam aktiviti KidZania kecuali Teater dan Studio TV. Ini bertujuan membina keyakinanan anak-anak untuk berdikari, memilih dan membuat keputusan sendiri  Kanak-kanak KidZania dibekalkan dengan gelang ala-ala detective conan untuk mengenalpasti lokasi/kedudukan mereka, jadi ibubapa tidak perlu risau. Ia ala-ala GPS la lebih kurang 

Cella jadi crew belakang tabir untuk siaran berita Media Prima


Jadual Kidzania:

*Hari Biasa (Isnin-Jumaat) : 10 pagi hingga 5 petang
*Hujung Minggu, cuti sekolah & cuti umum : 10 pagi Hingga 3 petang DAN 4 petang hingga 9 mlm


Yuran masuk :

* Kanak-kanak kecil (3 tahun dan ke bawah) – RM35 (MYkad & Bukan Mykad)
* Kanak-kanak (4-14 tahun) – RM55 (Mykad) & RM75 (Bukan Mykad)
* Dewasa – RM35 (MyKad) & RM55 (Bukan Mykad)
* Warga Emas – RM30 (Mykad & Bukan Mykad)


CSI Cella Duquesne!

Dr Gigi Cella

 Pegawai Bomba Cella

Untuk Maklumat Lanjut : http://www.kidzania.com.my/ atau menghubungi KidZania di 1 300 88 kidz (5439) dari 9 pagi hingga 8 malam (Isnin hingga Ahad)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...