Assalamualaikum. .
Selamat pagi isnin buat semua. Hari ni iols beli ikan susu (bak kata makcik kedai) .. tak penah beli ikan ni, tapi nmpak fresh & sedang2 besarnya, so iols beli sekor.
Nak masak apa ni? Toinkk .. tetiba terpikir nak masak asam pedas. So beli skali daun kesum. Okay, bila dh masak & rasanye yg sedap jugak buat iols nk share resepi nya. Sendirik cuba tauww :)
Bahan - bahan :
1) seekor ikan susu (size sedang2 - potong 5)
2) 10 kpg cili kering (blend)
3) semangkuk air asam jawa
4) 1 biji bawang besar & 4 ulas bawang putih (blend)
5) halia sebesar ibu jari (diketuk )
6) 5 tangkai daun kesum (lg byk lg okay)
7) Semangkuk ikan bilis ( di blend)
8) garam & gula kabung ( secukup rasa)
9) sedikit belacan (blend)
10) 7 btg bendi
Cara - cara :
1) Masukkan sedikit minyak masak. Tumis semua bahan blend sampai naik bau & cili masak.
2) masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih, masukkan ikan.
3) masukkan garam & gula kabung.
4) bila ikan separuh masak, masukkan bendi
5) masukkan daun kesum & tomato.
Bila kuah agak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan :)
0 comments:
Post a Comment