Assalamualaikum. .
Hari ini atas permintaan kawan2 iols, iols sediakan resepi sup ayam ala-ala berempah gitu. Semestinya sup yg simple, berkhasiat & sedap!.. hehe :p
Bahan - bahan :
1) 6 ketul ayam
2) 3 biji kentang (dipotong 4)
3) 1 biji bawang besar ( dimayang)
4) 3 ulas bawang merah ( dimayang & digoreng)
5) 3 ulas bawang putih (diketuk)
6) Halia sebesar ibu jari (diketuk)
7) Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kayu manis (di tumis)
8) Sup bunjut
9) Setangkai daun sup ( dipotong halus)
10) 3 cawan air
11) 2 biji tomato (dipotong 4 )
Cara-cara :
1) masukkan sedikit minyak. Tumis semua bahan yg dimayang & diketuk. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih & kayu manis serta sup bunjut sehingga naik bau.
2) masukkan ayam. Kemudian, masukkan 3 cawan air.
3) masukkan kentang. Biar mendidih.
4) masukkan garam & secubit gula.
5) apabila ayam empuk, masukkan tomato, cili besar & daun sup.
Taraa .. sedia dihidangkan. Selamat mencuba uols! :)
** sup ayam sgt sesuai dimakan bersama sambal belacan & ulam-ulaman
0 comments:
Post a Comment