Wednesday, February 29, 2012

No Plat www ..

No plat www? warh, hebatkan. "World wide web" .. Confirm akan mendapat perhatian ramai, berebut² lah org ramai nak buat tempahan no pendaftaran kenderaan. Cantikkan www .. Rasa best plak kalau saya salah seorang yg buat tempahan itu. ahah. sabar je la kan. ;p




Menurut Menteri Pengangkutan Datuk’ Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada jam 12 tengahari 14 Mei 2012.

Beliau menambah bahwa pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan puratanya adalah sebanyak RM1.7 million.

Pada tahun 2010, pendapatan JPJ dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan adalah hampir RM1.6 million.Pada tahun 2011, telah melebihi 1.8 million.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM 10,000, manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM 2,000. Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM 300.

“Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran WWW. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web,” katanya.

** sumber : agendadaily

Oleh itu, kepada sesiapa yg bercadang nak membeli kereta, inilah masanya kan. WWW 8080. wow, cantik kan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...