Tuesday, October 25, 2011

Seaweed Sedapp!

APsal tetiba seaweed ni? Gara² berjalan² di Alamanda td, tersinggah di Cold Storage. Hajat dihati nak beli Mozarella Cheese, tup² terbeli sama seaweed. Crispy tau! sekali try.. sedapp sangat!

Ni semua gara² nak diet ni. (diet lah ni! sampai la ni tak stop mengunyah lg. hehe ..) Mengikut blog taknakgemuk yg diacadangkan member satu opis, sekiranya lapar jadikan seaweed sebagai snack! sekali beli td yg sedap pulak! pergh, addicted la plak. seriyess sedap wei!

Bila dah makan, mula lah nak tau pasal seaweed ni. Seaweed yg saya cuba ni merupakan nori seaweed.

Ape tu Nori Seaweed?

Nori itu rumput laut/seaweed. Nori adalah rumput laut (jenis P. yezoensis dan P. tenera) yang dikeringkan (atau dipanngang) dan dicetak seperti kertas. Nori mempunyai kandungan karbohidrat, protein, vitamin, dan yang paling utama, mineral yang tinggi.

Setiap 100g nori mengandungi :

27.0 μg carotin, 4.6 mg vitamin E, 390 μg vitamin K, 0.69 mg vitamin B1, 2.33 mg vitamin B2, 11.7 mg niacin, 0.59 mg vitamin B6, 57.6 μg vitamin B12, 1.90 μg folic acid, 1.18 mg pantothenic acid, dan 210 mg vitamin C.
Selain itu juga mengandung 41.4 g of protein, 3.7 g lemak, 44.3 g karbohidrat, 280 mg kalsium, 300 mg magnesium, 2.4 mg potassium, 3.6 mg zinc, and 11.4 mg zat besi.



Inilah gambarnye Nori Seaweed yg saya cuba! Saya beli Crispy Seaweed brand Taokaenoi! Moga ia menjadi amalan pemakanan saya skrang, cewah! :)

Selamat Bekerja utk saya! Happy Diwali to all Indians out there ..

10 minit perjalanan! hari ni saya datang awal ke office. Al maklumle bekerja dihari awak² semua sedang enak bersantai di rumah. Alhamdullillah masih berkesempatan utk mencari rezeki di bumi Allah! :)

cuak juga! jadi oramg pertama masuk office hari ini. Tak tahu mana suis nak on lampu dan aircond! hihi, klako pulak. ;) Harapan hari ni, nak buat keje rajin² Hmm, nak sarapan ape ye? Nec panas cicah biskut weetamel! aci tak? layan je lah.

Hari ni cuti Deepavali. Memandangka agak ramai indian staff kt opis ni & boses² dh start berholiday, maka begitu sunyi persekitaran. hehe. tapi agak seronok kerana hari ni hari bebas. Aura positif di mana². cewah! :)

Okay, Happy Diwali utk all indians friend! Enjoy yr diwali, drive safely and have a safe trip! :))

Monday, October 3, 2011

Rupa-rupanya ..

Bak kata orang : buat baik berpada-pada, buat jahat jangan skali ..

Saya Sungguh tak sangka, rupa2 nya Apa yg telah diceritakan telah disalah ertikan .. Saya Sekadar ingin berkongsi kegembiraan perasaan setelah rumah yg dibeli sudah Siap! Rupa-rupanya dia jealous! Ye dia Sangat jealous mungkin sehingga bersikap dingin terhadap saya. Oh kawan!

Mungkin cara Saya bercerita membuatkan dia kurang selesa sehingga disalah ertikan .. Oh Allah! Tidak sedikit pun ingin menunjuk2 & berlagak. Dari hal itu, dia bersikap hambar & sering meluahkan kata2 yg tidak enak didengari.

Disini Saya ingin berkongsi nasihat & pandangan tentang sikap suka cemburu dgn kelebihan orang lain . Sepatutnya kita menjadikan penaik semngat utk mendapat Apa yg diimpikan & selalu berprasangka baik.
Bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan.
Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut. Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.
Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)
Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)

Thursday, August 11, 2011

12 Hari kita berpuasa ..

Salam Jumaat yg ceria & bahagia! Agak lama saya tak menjenguk ke sini .. Belum terlambat utk saya mengucapkan Salam Ramadhan yg mulia pada semua! Moga puasa kita mendapat keredhaan dr Ilahi.

Sekadar ingin berkongsi :


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hikmah D.I.A.M

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepadaorang
6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allahdan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepasdari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH,TIDAK SALAH.YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu, kerna senyum itu adalah satu sedekah ~

Rujukan : http://pena-warisan.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2011

dengan AIR kita belajar keTENANGan ..

Dengan air kita belajar ketenangan,
Dari Batu kita belajar ketegaran,
Dari tanah kita belajar tentang kehidupan,
Dari kupu² kita belajar merubah diri,
Dari padi kita belaajar rendah hati,
Dari Rasul kita belajar kasih & sayang yg sempurna ..

Berat ideal BUKAN KURUS ..

Soalan: TANGGAPAN tidak sepadan, mula timbul perasaan malu untuk mendampingi pasangan, sentiasa murung dan tidak dapat mengawal selera makan adalah punca utama yang sering mengugat masalah berat badan wanita masa kini.

Sememangnya setiap wanita mengimpikan bentuk badan yang unggul, jelita sepanjang hari dan tidak jemu dipandang. Itulah impian utama yang ingin dikecapi oleh wanita selama ini.

Oleh itu, pelbagai kaedah dan langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengetahuan wanita yang mengalami masalah sedemikian.

Saya ingin pendapat doktor, apakah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Salmah, Johor.

JAWAPAN: Persepsi untuk kurus perlu diubah kepada mencapai berat badan ideal. Amalan gaya hidup sihat adalah penting dan lebih utama untuk memastikan kita mencapai berat badan yang seimbang. Ini termasuk penjagaan pemakanan setiap waktu perlu dititik berat. Selain itu, melakukan senaman berkala dengan tetap amat membantu pembakaran lemak berlebihan di badan. Berat badan ideal akan menjadikan seseorang itu lebih muda dan sihat serta berkeyakinan tinggi. Ia juga melancarkan aktiviti seharian.

* Kredit kepada Utusan Malaysia

Skrinepal kini turut cuba mengamalkan amalan² yg sihat dr segi diet yg seimbang, makanan sihat dan aktiviti² yg sihat serta menjauhi sikap² negatif yg tidak mendatangkan kebaikan pd mental dan fizikal. Serius, saya betul² enjoy dgn kehidupan saya kini. Alhamdulillah.. Syukur pd Mu ya Allah! :)



Monday, March 14, 2011

Gembiranya hati mama ..

Tak dapat diluahkan dgn kata2. Hanya Ku panjat syukur kepada Allah. Alhamdulillah Atas segala nikmatnya :) berkat doa yg tak penah putus dr saya & Hubby mengharapkn yg terbaik utk puteri kami, Alhamdulillah .. Cella dh boleh membaca. Utk sukukata 'a'. Hampir usia mencecah 4 tahun, cella dh memahami doa2 keperluan seharian, surah2 pendek dlm alquran & kini mula belajar solat. Bak kata Hubby, tak sia2 meredah jammed LDP setiap pg nak menghantar cella ke little caliph :) Alhamdulillah.

Hampir menitis air mata saya buat pertama Kali cella membacakan doa utk kesejahteraan ibu napa semasa on the way balik dr rumah opahnye. Mulut mungil yg selama ini cukup menghiburkan saya benar2 menyentuh perasaan saya tatkala membaca buku utk pertama Kali nya.

Cella, mama doakan cella buat yg terbaik didunia & akhirat. Mama doakan sejauh mana cella pergi, jgn lupa dgn suruhan Allah & perintahNya. I love u cella! Make me proud of you !

Friday, March 11, 2011

TERKINI : Gempa bumi & tsunami di Jepun



Salam.. berita terkini. Jepun sekarang dilanda Gempa bumi dan tsunami. Disini saya kongsikan bersama, petikan dr BHarian Online :


Jepun Dilanda Gempa Bumi 8.9 Magnitud

TOKYO : Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

*Sumber : bharian online

P/s : Bersama² kita doakan keselamatan rakyat Malaysia di sana.


Wednesday, March 9, 2011

Suara sedap, Muka cantik ..


Suara sedap, Muka cantik ..

Complete kan? Pagi² lagi layan MHI kt Tv3. Tgk ade satu band ade 1 lelaki & 1 pompuan. Singer nye pompuan. mmg cun. suara pon sedap. Complete Package! nama pon cun. Dardina. Rasa kenyang breakfast pg td .. walaupun hanya Nesvita :))

Rasa bangga ngn band² underground skang ni.. mmg superb! dr jalanan dh berani ke level² yg lebih tinggi. Mungkin skang kita dh tak lagi jumpa band jalanan macam tahun² 90 an dulu. Saya ingat bila mana saya ke pasar seni, jalan² area masjid jamek tahun 1999 -2001, masih nampak band² jalanan yg buat persembahan. ;)

Mungkin sekarang, band² ini lebih suka berubah ke bistro² & restaurant yg lebih mengikut masa dan keadaan masa kini. Mungkin teknologi yg terlalu cepat berkmbang membuatkn kebyakan band² lebih memilih tempat² seperti ini.

* Pernah sekali skala layan live band di restaurant cerana (berhampiran phoenix plaza), Borneo Rainforest, ( sebenranye saya mmg SUKE! .. )

** gambar diatas : sekadar hiasan; **

Cake for Cella ..




Mlm ni konon2 nye nk celebrate harijadi cella. Aku beli cake dr alamanda. Sementara tgu cella balik ngn Hubby, saya spt biasa menyediakn dinner.. Maggi goreng menjadi pilihan. Buat sandwich tuna, potong Oren ngn vitagen.. Taraa.. Surprisee! Cella balik, happy giler tgk muka dia.. Budak2 kan. Janji ade cake. Heheh!

En Hubby ckp kalu ade rezeki, Nk wat birthday party utk cella sambil2 housewarming. Hujung bulan ni kot! InsyaAllah ..
Aku tak kesah mane2. Janji cella happy! :))

** cake takde lilin, sbb tak beli kt kedai cake.. So, guna tea light candle je (Nk puaskn ati cella) ..


Happy Birthday to My Little Angel!

Happy Birthday to my little angel : Mashitah Marcella binti Azizul Rizal :)

Tersentuh hati bila terbaca dr fb : status updated by my hubby .. huhu
.. So touching :(

*Moga Cella menjadi anak yg berjaya didunia & akhirat. Sentiasa menghormati semua org, taat pada ibu bapa, keluarga & agama .. Membesar dgn penuh kasih sayang, dilindungi & dirahmati Ilahi sentiasa. I love u sayang, buah hati pengarang jantung mama! .. Aminn ya rabbal alaminn.



Tuesday, March 8, 2011

Lawak : Eksekutif


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Alamanda oh!

Special utk Cella. cute kan?

Baru balik lunch dr Alamanda .. Ajakan dr kawan² utk membeli hadiah kawen member. Mmg seronok! ye lah, kuar shopping waktu kerja. eheh! :)

Singgah di kedai Cadar (cadang nye nk beli cadar as wed. gift).. Pusing punye pusing, belek punye belek, akhirnya dapat! Harga RM 239 (normal price), kalu beli 2, dpt dgn harga RM 360. So, aku yg mmg bercadang nak beli cadar, termakan ngn promosi ittew. So, cadar ke dua confirm kepunyaan aku ngn harga RM 180.. Suke? ye, mmg suka. Confirm, kaler : earth color.

Hadiah kawen dh beli. Perut pon dh berbunyi. So, bercadang nk tapau jew makan kt office. Bergerak ke Chicken Rice shop. Tiba² ..

Kt Lobby Alamanda ade buat pameran cake, choc.. boleh rase free jew. Derang jual alat² buat cake, tepung segera & macam² promosi. Singgah lah jap
Tup² nmpak cake butter cream yg cute, meletop! Harga RM 25. Apa lagi .. terngat birthday my cella. So, aku angkat. MMg cantik!

Gara² ittew, lebih kurang RM200 lebih melayang di Alamanda ..

**p/s : Tepuk dada tanya selera.. opps silap! tepuk dada tanya poket. kalu tak cukup duet, makna nye jilat cadar la aku bulan ni. huhu.


Mood Polka dots



Semangat hari Rabu menjelang lagi. Pagi² lg saya dh excited nk memblogging .. Tengok kiri kanan, depan belakang.. baru perasan hari ni mood saya : P.o.l.k.a d.o.t.s

Ape itu polka dots?

Menurut Wikipedia, the free encyclopedia : Polka dot adalah pola yang terdiri dari sebuah array lingkaran penuh, umumnya berukuran sama dan berjarak relatif dalam hubungannya dengan diameter mereka. Polka dot yang sering terlihat pada pakaian anak-anak, mainan, dan perabot, tetapi mereka muncul dalam pelbagai konteks. Pola ini jarang muncul dalam konteks formal, bagaimanapun, dan umumnya terdapat pada pakaian bermain seperti pakaian renang. Kadang-kadang, titik-titik kecil putih-dan-hitam muncul pada pakaian formal.

Walaupun terlalu banyak tasks utk di selesaikan, tapi saya berasa teruja & enjoy. Saat ini saya berasa begitu positif.

" Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will - Zig Ziglar "


Pukul Berapa Oh Pak Belalang! ..


" Demi masa, sesungguhnye manusia berada dlam kerugian, melainkan mereka yg bertaqwa & beramal soleh"

Jam di tangan menunjukkan pukul 6.14 pm. sudah tiba nya waktu mahu pulang.. tp bukan waktu yg terpapar menarik hati saya.. tp JAM nye, hihi. ye, akhirnya setelah kesekian kali nya saya mempunyai seutas jam yg lama diidamkan setelah jam dahulu hilang entah dimana.





Hati saya mmg berbunga².. CASIO pemberian dr en hubby sgt dinanti². heheh! Jadi hari ni mmg saya bersemangat.. jam baru & tudung baru. haha! semangat kan?





*p/s : Terima kasih daun keladi ye en. hubby. saya sangat SUKE.. ok. :))

Thursday, March 3, 2011


Begitu teganya kau wahai sahabat .. f (11.35 am)




Sekadar pengajaran bg kita yg pernah melukakan/menyakiti .. SEmoga Hari Jumaat yg barakah ini, kita mendapat keberkatan nya.

" Sehingga kini saya tertanya².. kenapa ada mereka yg sanggup menyakiti hati kawan² nye secara terang²an.. Rasa BESTkah bila .. "


Sedang saya berduka/bersedih (mungkin mengalirkan air mata diketika ini).. tiba² ERA Fm memainkan lagu nasyid yg saya fikir kita boleh renung² kan .



Lirik Hukum Tuhan – Hijjaz

Buatlah yang baik pada manusia
Dengan kerelaan serta keikhlasan
Jerih payah kita tidak sia-sia
Tuhan dah berjanji memberi balasan

Pabila yang baik kita lakukan
Balasan yang baik akan gantinya
Itu semua usah ragukan
Berlipat ganda kelak kan datang gantinya

Demikian pula perbuatan buruk
Semuanya itu akan diganjar
Meskipun betapa pandainya menyorok
Namun hukum Tuhan akan mengejar

Tuhan telah jelas menyatakan
Amal buruk jangan dikerjakan
Siapa berbuat akan merasakan
Azab dan siksaan sebagai balasan


** Sampai hati mu wahai sahabat **

Everything Happens for a Reason ..



............... roti hailam + Nutella + oldtown white coffee .............




Wednesday, March 2, 2011

Makan Hati Berulam Jantung ..



Tetiba perasaan bercampur baur ..




"mkn sekeping roti hailam bersaluti Nutella menceriakan pagi ini" .. (Tidak rupanye.. bisik dlm hati)

Ye, saya Makan Hati Berulam Jantung ..

Terguris mungkin. Dgn sikap seorang kawan yg bersikap suka pekena kn org dgn ayat² yg bisa meruntun hati. Ntah. OK malas pikir.

Lunch ni saya nak Makan Hati Berulam Jantung pisang la pulak. ooo.. sedap woo, cicah ngn sambal belacan. :D



* Sumber Wikipedia :

Makan hati, berulam jantung = Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

** Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. (Orang bodoh yang banyak bualnya) **




Saturday, February 12, 2011

Bob Char Kuew Teow Bk3 ..

pergh! serius sedap .. Mlm ni kali kedua berturut pekena bob char kuey teow kt Bk3. Actually, adik ipar baru start business, sewa kt restoran mamak Ehsan. Mmg sedap!
Melihat kesungguhan mereka suami isteri membuat bisnes, terasa bangga dan takjub ngn kerajinan yg ditunjukkan.

Selamat berjaya! kami sekeluarga mendoakan bisnes korang berjaya! Aminn .. :)

Pada sesiapa yg berminat nk mencuba, sila lah ke Restaurant mamak Ehsan Bandar Kinrara 3 (stall Bob Char Kuew Teow) .. sekali cuba pasti terpikat ..


.s .k .r .i .n .e .p .a .l

Sunday, February 6, 2011

.. berSYUKUR dgn apa yg ada ..


.. sharing is caring



Bak kata seseorang;
".. kita akan bercakap besar untuk menutupi kekurangan yg ada .."

Ye, saya rasa bersetuju dgn pendapat ini. saya pernah mengalaminya. Sewaktu saya tidak bekerja, saya cuba menyembunyikan kesukaran yg dialami dgn bercakap besar semasa berborak² bersama kawan². itu tak dpt dinafikan kerana saya ingin berada seiring brsama mereka .. Kekesalan timbul bila terkenang balik. begitu hina saya di saat itu. sedangkan jika saya bercakap perkara yg betul, tiada lah masalah yg akan timbul. tetapi kerana perasaan ingin menutupi kekurangan, saya dgn rela hati bercakap besar sehingga kadang² mendatangkan dosa.. oh! saya berasa sgt sedih mengenangkannya. kesal!

" Terlalu memandang apa yang kita tidak ada adalah lumrah manusia biasa yang selalu terlupa dengan apa yang dia ada. Selalu memandang pada satu pintu yang tertutup sedangkan banyak lagi pintu hikmah yang terbuka. Selalu rasa tuhan tidak adil kepada kita sedangkan kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri "

Sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. hargai apa yg kita ada di sekeliling kita. tak perlu lah membanding² kan dgn org lain. Apa yg org lain dapat adalah selayaknya dgn usaha mereka. Tak perlu berasa irihati, dengki & sakit menyakiti sesama insan .. Kalau kawan² kita berjaya, marilah beramai² memeberi sokongan. semua org akan berasa senang termasuk diri sendiri ..


.. permulaan yg BARU 2011 ..

Apa yg baru 2011 ?

Azam skrinepal tahun baru ini nk mengamalkan diet yg sehat! ye. semestinye amalan harian yg menceriakan. bak kata pepatah ; kebahagiaan dalaman mencerminkan keperibadian luaran.

Rumah baru : Ye, rumah dh siap. Selamat berhijrah pd 28 Jan 2011 (Friday) .. Rumah dlam proses pemasangan kitchen cabine & wardrobe. sangat suke! Kini skrinepal dlm proses menunggu langsir baru, sofa baru & dining table baru .. (warh! very the showing off .. nge ngehh). LAGI HAPPY bila family HAPPY! 10q hubby .

Meningkatkn sikap positif. menjauhkan sikap negative & buruk sangka. yeay! selamat maju jaya skrinepal! rasa hormat & tunjukkan kasih sayang :)

Belajar menerima kesilapan & teguran. Berdoa sentiasa. Kuatkan semangat!
Ape lg ye .. a lots lah! Ape yg penting, berdoa pd Yg Esa, moga dikurniakan nikmat & rahmat. bahagia sentiasa, dimurahkan rezeki yg halal, isteri anak & ibu yg Solehah! Amin ya rabbal alamin.


.s
.k
.r
.i
.n
.e
.p
.a
.l



Thursday, January 6, 2011

Road bully & I was extorted!

~ Something to sharing ~

.s
.k
.r
.i
.n
.e
.p
.a
.l

It was happened to my colleague yesterday. Here i attached her mail for sharing ..

------------------sharing is caring---------------------


Hi all,

I just want to share the following story with you which happened to me yesterday evening when I was on my way home.

As usual, after I exited from MEX, I took a 3 o’clock turn at the Jln Tun Razak/Jln Kg Pandan/Jln Imbi roundabout towards Kg Pandan. It was a little traffic jam when I approached the 2nd traffic lights after the school on my left that have caused me to stop. Then I heard someone banged me from behind on the left. I saw an Indian motorcyclist in his 30’s riding on his motorbike moving slowly and very closely to the left side of my car. He stopped and ordered me to get off my car. He claimed that I have damaged his motorbike. When traffic lights turned green, I sped from the scene but he rode faster than I did and stopped in front of my car. I have no choice but to put on my double signal and stopped right in the middle of the busy road. He got so mad that I refused to get off my car by kicking my car, pulling the rear mirrors, used his helmet and hands to bang my front mirror and side windows. Passerby (cars and motorcyclists) were too busy to stop and I was so helpless and scared. I suddenly remember to take his picture from my mobile phone and I took 3 pictures but turned out to be not clear because my hands were shaking! I then asked what he is after. He said pay him RM100. He saw me taking out my purse and start to demand for RM150. In the midst of negotiation, another motorcyclist stopped to find out what happen. He told him that I knocked him! When the two of them were talking, I threw out RM50 from my window (which was opened enough for one piece of notes to go through) while the passerby told me to flee.

I manage to flee from the scene at last and drove to the Police Station straight away. Lodged a police report and managed to get some advises if encounter similar cases in the future:-

  1. Unceasingly pressing your “car horn” to attract passerby.
  2. Never open your door or window.
  3. Never come out from the car.
  4. Never put your laptop or handbag on the passenger seat beside you.
  5. Call “999” for help.
  6. Alternative number to call is 03-42524866 (Gerakan).
  7. Write down/record down somewhere the car plate/motorcycle plate number.
  8. If possible, record down what is being said by the road bully.
  9. Take pictures of the road bully and his transport.

I have heard and read so much about road bullies and finally it happened to me. It is so real! Hopefully my sharing will be benefited to all so that we will be more alert and careful when driving on the road.


Wednesday, January 5, 2011

.. Beauty Umaira starting my day ..

What a good starting day.. I just had a mug of hot nescafe and a bottle of beauty umaira (supplement drink) as my breakfast today. :) Yeap, buy & drink of Beauty Umaira is one of my plan and it is under my monthly expenses list; to reduce my weight and also for healthy skin (as my sister in law adviced..). The taste not so bad. I feel like drink 'asam boi drink'.. hehe. Nice right? So, chaiyyok².. I hope it worth it.. i've to spent around RM289 for that. huwaaa @--@


(BEAUTY UMAIRA 1001 RAHSIA)


Reference :
With Mayo Clinic nutritionist

Katherine Zeratsky, R.D., L.D.



Question

Breakfast: Why is it so important to weight control?

Why does eating breakfast help control weight?

Answer

from Katherine Zeratsky, R.D., L.D.

Here are some of the ways regularly eating a healthy breakfast may help you lose excess weight and maintain your weight loss:

  • Eating breakfast reduces your hunger later in the day, making it easier to avoid overeating. When you skip breakfast, you may feel ravenous later and be tempted to reach for a quick fix, such as candy from the vending machine. In addition, prolonged fasting — which occurs when you skip breakfast — can increase your body's insulin response, which in turn increases fat storage and weight gain. In fact, skipping breakfast actually increases your risk of obesity.
  • Eating breakfast gets you on track to make healthy choices all day. People who eat breakfast regularly tend to eat a healthier diet — one that is more nutritious and lower in fat. When you skip breakfast, you're more likely to skip fruits and vegetables the rest of the day too.
  • Eating breakfast gives you energy, increasing your physical activity during the day. A healthy breakfast refuels your body and replenishes the glycogen stores that supply blood sugar (glucose). Skipping breakfast is associated with decreased physical activity.

Unfortunately, more Americans are skipping breakfast. If you're one of them — whether you're trying to save time or cut calories — you may want to reconsider, especially if you're trying to control your weight.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...