Saturday, February 12, 2011

Bob Char Kuew Teow Bk3 ..

pergh! serius sedap .. Mlm ni kali kedua berturut pekena bob char kuey teow kt Bk3. Actually, adik ipar baru start business, sewa kt restoran mamak Ehsan. Mmg sedap!
Melihat kesungguhan mereka suami isteri membuat bisnes, terasa bangga dan takjub ngn kerajinan yg ditunjukkan.

Selamat berjaya! kami sekeluarga mendoakan bisnes korang berjaya! Aminn .. :)

Pada sesiapa yg berminat nk mencuba, sila lah ke Restaurant mamak Ehsan Bandar Kinrara 3 (stall Bob Char Kuew Teow) .. sekali cuba pasti terpikat ..


.s .k .r .i .n .e .p .a .l

Sunday, February 6, 2011

.. berSYUKUR dgn apa yg ada ..


.. sharing is caring



Bak kata seseorang;
".. kita akan bercakap besar untuk menutupi kekurangan yg ada .."

Ye, saya rasa bersetuju dgn pendapat ini. saya pernah mengalaminya. Sewaktu saya tidak bekerja, saya cuba menyembunyikan kesukaran yg dialami dgn bercakap besar semasa berborak² bersama kawan². itu tak dpt dinafikan kerana saya ingin berada seiring brsama mereka .. Kekesalan timbul bila terkenang balik. begitu hina saya di saat itu. sedangkan jika saya bercakap perkara yg betul, tiada lah masalah yg akan timbul. tetapi kerana perasaan ingin menutupi kekurangan, saya dgn rela hati bercakap besar sehingga kadang² mendatangkan dosa.. oh! saya berasa sgt sedih mengenangkannya. kesal!

" Terlalu memandang apa yang kita tidak ada adalah lumrah manusia biasa yang selalu terlupa dengan apa yang dia ada. Selalu memandang pada satu pintu yang tertutup sedangkan banyak lagi pintu hikmah yang terbuka. Selalu rasa tuhan tidak adil kepada kita sedangkan kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri "

Sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. hargai apa yg kita ada di sekeliling kita. tak perlu lah membanding² kan dgn org lain. Apa yg org lain dapat adalah selayaknya dgn usaha mereka. Tak perlu berasa irihati, dengki & sakit menyakiti sesama insan .. Kalau kawan² kita berjaya, marilah beramai² memeberi sokongan. semua org akan berasa senang termasuk diri sendiri ..


.. permulaan yg BARU 2011 ..

Apa yg baru 2011 ?

Azam skrinepal tahun baru ini nk mengamalkan diet yg sehat! ye. semestinye amalan harian yg menceriakan. bak kata pepatah ; kebahagiaan dalaman mencerminkan keperibadian luaran.

Rumah baru : Ye, rumah dh siap. Selamat berhijrah pd 28 Jan 2011 (Friday) .. Rumah dlam proses pemasangan kitchen cabine & wardrobe. sangat suke! Kini skrinepal dlm proses menunggu langsir baru, sofa baru & dining table baru .. (warh! very the showing off .. nge ngehh). LAGI HAPPY bila family HAPPY! 10q hubby .

Meningkatkn sikap positif. menjauhkan sikap negative & buruk sangka. yeay! selamat maju jaya skrinepal! rasa hormat & tunjukkan kasih sayang :)

Belajar menerima kesilapan & teguran. Berdoa sentiasa. Kuatkan semangat!
Ape lg ye .. a lots lah! Ape yg penting, berdoa pd Yg Esa, moga dikurniakan nikmat & rahmat. bahagia sentiasa, dimurahkan rezeki yg halal, isteri anak & ibu yg Solehah! Amin ya rabbal alamin.


.s
.k
.r
.i
.n
.e
.p
.a
.l



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...