Tuesday, July 31, 2012

Buffet Ramadhan di Rahimah kitchen, Puchong. Murah yo!

Hari ni kami try buffet ramadhan kt Rahimah kitchen, bandar bukit puchong! Harga buffet yg under bajet kami. Sedap, murah & selesa.

Harga buffet ramadhan disini ialah RM17 bg dewasa dan kanak-kanak berharga RM13. Mmg sedap la kalu sekali skala rasa boring makan kt umah ;)

Bg yg ingin merasa steamboat bersama buffet ramadhan, harga nya ialah RM25. Sangat fresh dan berbaloi ..
Selain itu kemudahan surau di sediakan. Ini menjadikan Rahimah kitchen tempat berbuka puasa yg best.

Ok, jangan lupa try ye. Mmg berdekatan dgn post office bandar bukit puchong 2.

Thursday, July 26, 2012

Buffet Ramadhan 2012 RM20. Murah & berbaloi!

Hari ke 3 puasa, kami dalam perjalanan balik dr kg, pasir mas ke rumah. Lebih kurang pukul 6.30 di tol gombak. Sudah hampir ke pukul 7, agak sesak juga. Traffic jammed!

So kami amik keputusan berbuka puasa di kampung baru. Memasuki kawasan kedai di kampung baru, agak ramai juga. Mata melilau-lilau tgk buffet ramadhan yg murah dan berpatutan.

Akhirnya, trnampak buffet murah rm20 kat kedai persimpangn jalan raja Abdullah .. Apalagi, cari parking, Terus singgah. Pelbagai juadah ada. Kambing golek, lauk pauk.. Kuih muih, satay, nasik, buah-buahan & mcm2 lagi.


Monday, July 16, 2012

Penggunaan id attribute untuk link jumps..

Post ini dibuat sebaik sahaja selesai memberi sedikit tips utk sorang member opis yg sedang meng update fb company. macam tak percaya masih ingat cara² nak guna 'id attribute dalam html. warh, seronok jugak walau dh hmpir 5 tahun tak sentuh programming ni. walaupun simple je. ahaks!

Usage of id attribute for link jumps.

<HTML>
<
head> <title>penggunaan id attribute untuk link ke page bahagian ATAS</title>
</
head>
<
BODY>
<
div id="atas">
<
p>Ini merupakan contoh yang ditunjukkan untuk link ke bahagian tertentu diadalam sesuatu page. Penggunaan id ini dilakukan dgn memberi value kepada id yg didalam link. Sila copy and paste kan contoh ini untuk melihat hasil nya. Selamat Mencuba! www.skrinepal.blogspot.com </p>
<
br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br>
<
br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br>
<
br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br><br>
</
div>
<
a href="#atas">Ke Atas</a>
</
BODY>
</
HTML>  

p/s: Selamat maju jaya #lesson1

Saturday, July 14, 2012

Kari kepala ikan merah request dari orang demam

En suami tidak berapa sehat hari ini. Seperti biasa selera makan pon tak berapa nak ada. Dan seperti biasa meminta saya buatkan Kari kepala ikan utk meningkatkan selera. Dan seperti biasa saya mencuba resepi yg baru. Kari kepala ikan bukan mamak style! Tak pandai la. Hehe.

Apepon hagak happy sbb jadi karinya. Sedap pon sedap. Hik hik :) jadi bila jadi karinya, saya sgt suka nak share resepi nya. Sila2 jgn segan mencuba!

P/s: makan malam berlaukkan Kari kepala ikan bersama jus mango! Mmg sedap ..

Resepi Hari ini : Kari kepala ikan merah terbaik!

Bahan-bahan:
- 1 bhg kepala ikan merah (dibelah 2)
- serbuk kari ikan Adabi
- 2 biji bawang besar (dimayang)
- 4 biji bawang putih (dimayang)
- 1 mangkuk pati santan perah
- 2 tangkai daun kari
- 10 tangkai bendi
- 2 biji tomato (dipotong 6)
- semangkuk kecil air asam jawa
- 2 sudu kecil garam
- setgh sudu kecil gula
- secubit ajinomoto
- sedikit minyak masak cap buruh

Cara-cara:
- panaskan minyak
- tumis bawang merah, bawang putih & daun kari. Biar naik bau dan kekuningan.
- masukkan serbuk kari, api tidak terlalu besar. Masukkan sedikit air.
- Biar 5 min.
- masukkan santan
- masukkan air asam jawa. Kacau.
- masukkan kepala ikan.
- Masukkan garam, gula, ajinomoto.
- masukkan bendi, sehingga lembut
- masukkan tomato yg dipotong
- Biar ikan masak.
- okay, sedia dihidangkan :)

Friday, July 13, 2012

Pokok mangga cella sudah berbuah!

Alhamdulillah! Walaupun masih kecil, hanya mencecah bahu cella, ia memberi hasil kpd kami. Sangat suka hokay :D moga pokok mangga ni terus bertahan sehingga ke akhirnya ..

2 bijik buah dah nampak. Maknanye kene selalu siram lah lepas ni. Cuaca panas sgt sekarang ni. Harap3 buah terus membesar dgn jayanya ;)

Thursday, July 12, 2012



7 Cara Kempiskan Perut Buncit

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Doa Solat Sunat Dhuha

Jom Solat Sunat DhuHa ..



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 

Sumber : http://myibrah.com/

Monday, July 9, 2012

Burger bakar lava grill sedap di taman sri serdang

Malam minggu lepas saya ikut join en suami lepak chit chat ngn member2 ansara. Layan Burger bakar lava grill sedap di taman sri serdang ..dekat area UPM, serdang!

Apa yg best nye? Haa haa. Tentula sesuatu yg baru compare burger bakar kaw kaw puchong. Burger bakar lava grill! Lava nye yg special! Mmg sedap & terangkat! Lelehan Cheese yg menambahkan keenakan burger bakar tu sendirik. Mmg layan

Harganya mengikut standard burger2 bakar yg ade skang ni.. Boleh di layan oleh semua peringkat la. Hi hi ;)

Kat mana burger bakar lava grill ni? Gerai burger ni kat Restoren Bismillah. Memang kene lalu kawasan taman perumahan area sri serdang. Ape yg penting kt area UPM serdang berdekatan pasar Sri serdang, masjid UPM. Okay la, saya bg map nye. Senang tgk peta ke gerai burger bakar lava grill ni!

Burger Bakar Lava Grill!

Friday, July 6, 2012

One two cha cha .. One two cha cha .. Yeah! Aerobic time!

Permulaan yg sihat! & fresh.. ;) saya baru mencuba join aerobic class yg diadakan setiap hujung minggu. Warh! Seronok berpeluh! Ini gara2 cik DD, jiran yg baik hati mengajak pg. agak lama saya tak bersenam. Hagak2 dlm 3 tahun kot. Huihh, lame tuuu..

Class start kul 8.30 pg sampi 10.30 pg.. Seronok beraerobic, dancing.. Rm5 sahaja. Murah, best & masa yg flexible. I loikkee hokay :D Thanx cik jiran saya yg bgtau. Suke3..

Okay, dh start berazam nak teruskan program sihat ni. InsyaAllah. Badan pon rasa ringan je. Nampak sgt byk betul lemak2 didlam nye.. Moga Allah bg kekuatan nak buat misi ni, takut separuh jalan je. Mintak jauh.

Lepas beraerobic, kita lepak minum2 ky kedai bersebelahan. Seronok! Chit chat .. Amik masa utk melepaskn penat. Then baru ade tenaga nak kemas rumah, lipat baju, vacuum bagai ;)

Wednesday, July 4, 2012

Roti John sedap di presint 9, putrajaya

Baru balik dr umah Puan azna, singgah ke food court presint 9! Dah alang2 sampai putrajaya, singgah sebentar di presint 9..

Amik kesempatan makan roti John warisan yg mmg terkenal dgn kesedapan nye :)) makan punye makan sampai lupa nak amik gambar Hehe, sabar je lah ..

P/s : macam nak order sebijik lg jew. Hik hik

Tuesday, July 3, 2012

Kukus grill panggang, kukus grill panggang, kukus

Haha! Malam ini en suami request nak makan menu kesihatan, cewah! Memang minggu ni hubby mengamalkan cara hidup yg sihat.. Pg gym, cycling .. & byk makan buah2 an, salad, minum byk air kosong! Warh, suka saya tengok. Dapat lah tumpang sekaki.. Nak sehat jugak! (:


Berbalik menu malam ni, ayam dimasak menggunakan kombinasi teknik kukus grill panggang , kukus grill panggang, kukus! Heheh. Dengan perahan jus lemon! Kacang buncis yg dikukus sempurna :)

Taraa .. Jemput makan ...

Berbuka puasa di Restoren Saba' cyberjaya

Hari Khamis bersamaan 3 syaaban, saya mengambil kesempatan berpuasa sunat. Agak lama tak buat puasa sunat. Agak seronok bila ade kawan2 yg sama berpuasa ;)

Oleh kerana saya dtg ke opis agak lambat, jd saya kene la balik lambat. Adoiyai. Hajat hati nak masak utk berbuka, tak berkesampaian lah..

Nak buka puasa apa eh? Tup tup saya teringin nak makan nasik Arab, Mandy rice :) apa lagi, balik dr kerja, bawak hubby & cella pekena kt saba', cyberjaya. Agak dekat dgn umah, maklumla, leh lalu jalan shortcut MMU ;

Saya order, mandy rice chicken, manakala cella dan en suami order shawarma .. Feveret diorang! Barbican seperti biasa, amik yg perasa delima. Nice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...