Showing posts with label Oh MyMakan. Show all posts
Showing posts with label Oh MyMakan. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Maggi ketam di puchong .. Sedap ah

Hi .. Hari ni saya nak share pasal makan-makan di sekitar puchong. First time try sebenarnye .. Maggi Ketam .. Pergh! Sedap :))

Kejadian bermula apabila berjalan-jalan nak beli carpet sekitar Puchong Perdana .. Pusing2 dekat syed bistro restaurant kt puchong Perdana .. Ade satu gerai tepi jalan. Maggi ketam ..meleleh air liur!

Apa lagi order maggi ketam sepinggan sorang ;) .. Pergh mmg sedap! Ketam sekor atas mangkuk. Sup maggi yg ala2 sup utara yg mengancam .. Nice lah! Bismillahirahmanirrahimm .. Jemput makan.

Maggi ketam mmg sedap. Harga dia agak mahal la kalu nak compare ngn maggi biasa. Jauh la mahal. Tp sekali skala nk try tu apa salah nya. Heheh. Sedap .. RM10 yg besar, kalu yg kecil RM8 .. Boleh la Cuba ye.





Monday, October 8, 2012

Maulana bistro, Putra walk seri kembangan

Oh mamak lagi! Singgah makan kat maulana bistro equine lepas window shopping kt JJ. Saya mmg suka makan kedai mamak. Hehe.

Sangattt lapar okay. Seharian hanya makn cekodok bilis. Perut dh bernyanyi2 ni. Okay, nak order nasi putih, ayam goreng mamak! Heheh, sbb lapar juga.. So kita order milo ais tabur. Hihii ..

Cella macam biasa nak try roti tisu kt maulana bistro Sk. Rasanya mmg takleh lawan ameer ehsan kt BK3.. En suami order kuey teow goreng & telur mata. Pergh sedap! Terangkat beb.

Mee udang BNO & cendol bakar sabak bernam!

Tak sah kalu pegi sabak bernam tak singgah ke BNO ( bagan nakhoda Omar).. Lg tak sah kalu tak pekena mee udang special kt BNO. Serious, teringat2.

Saya bersama en suami & cella mencuba mee udang yg ade kt BNO. Wallaweh! Sedap sey .. Udang2 nye yg sgt fresh & sedap wa ckp lu. Saya order air kelapa yg sungguh menyegarkan .. Selain tu, kerang bakar pon kami cuba!

Ok, lepas kami bermain pasir di BNO, kami terus bergerak mencari cendol bakar. Mesti singgah. Apa yg special nye cendol bakar ni? Ok, bak kata tokey kedai ni, gula merah nye dibakar. Yg lg best, boleh Refill percuma! Yahoo .. Ade cendol durian, cendol pulutbtapai & cendol biasa .. Selain itu terdapat gerai makanan2 lain. Ade otak2, nasi lemak dara, nasi lemak bungkus .. Best la lepak disini ;)

Ok, kalu sesape dtg ke sabak bernam ni, jgn lupa cari mee udang BNO & cendol bakar.. Best!

Wednesday, September 26, 2012

Food Review : Restoren Al Raudah, Seri Kembangan ..

Hari ni, saya mencuba makan nasi Arab di kedai Melayu. Sedap! Agak jarang org Melayu yg pandai buat nasi Arab. Suami saya ckp, bau kedai tu macam kantin kt Mekah masa dia buat Umrah! ;) kedai ini berhadapan dgn Pasar borong/petronas dan juga bersebelahan dgn Domino's Pizza..

Jika dibandingkan dgn nasi Arab Saba' Cyberjaya, nasi Arab disini kering sedikit tapi rasanya masih boleh diterima. Sedap juga! Tidak rugi utk kita mencuba. Lg2 nasi arab ini yg dimakan bersama bawang & cili hijau segar yg enak! Hehe

Saya order roasted chicken rice! En rizal & cella hanya makan chicken shewarma .. Shewarma disini tidak menepati selera kami. Mungkin teksture dagingnya x seperti di kedai nasi Arab yg biasa dimakan.

Okay, dh jd feveret saya. Mango juice! Walaupun dlam botol, tetap best. Bak kata en suami, sama mcm kt Mekah! Sejibik kot! Saya juga membeli sebotol yg besar. Heheh.

Okay, harga disini berpatutan. Boleh la cuba ;) meh kita layan gambar2 kami di Restoren Al Raudah seri kembangan ..

Sunday, September 23, 2012

Oh! Burger King Cyberjaya

Agak lama tak makan burger king! Hari ni en hubby ajak lunch together. So, saya ajak p burger king yg agak baru di Cyberjaya.

Warh! Ramai jugak org kt sini. Kebetulan ade beli coupon yg dikongsi ngn kawan2. Ok, jimat2 ;p

Teringat zaman bercinta dolu-dolu. Burger king kt suria klcc. Haha

Monday, September 10, 2012

Open House 2012. Raya Oh Raya!


Sabtu lepas saya kami memilih utk menjemput kawan², kaum keluraga & jiran ke rumah berhari raya. Kami membuat rumah terbuka utk merapatkan lg ukhwah yg sedia terjalin. Seperti biasa, bersederhana dlm semu hal adalah yg terbaik! Menu utam semestinya Nasi Dagang & rendang daging resepi ibu mertua! Ini mmg special requested dr hubby :))

Selain itu kami menyediakan roti jala, ketupat berkuah kacang, lemang, nasi lemak istimewa (istimewa ke?) hehe. Buah²an spt mata kucing dan tembikai menjadi pilihan..

Majlis rumah terbuka kami sekitar pukul 1 - 7 malam .. Lepas Maghrib pulak makan kecil²an utk kaum keluarga & sedara mara :) Alhamdulillah, cuaca aritu yg sgt baik & pejalanan majlis semua okay. Happy tau sebagai tuan rumah!

Terlupa plak nk amik gambar hidangan. Terima kasih kepada semua yg dtg. Moga kita semua mendapat berkat dr Allah swt. InsyaAllah! Moga Rahmat Allah sentiasa menghiasi kehidupan kita semua. Amin :)

Tuesday, August 28, 2012

Food Review : Chup! Cyberjaya (shaftsbury square :: Live. Work. Play)


Hari ini keluar lunch berempat! pusing punya pusing, kami meninjau² tempat makan di tempat baru, area bangunan shaftsbury square cyberjaya yg juga berhampiran dgn office kami. heheh!

Hajat dihati ingin makan di Kenny rogers yg berhampiran. Bila pusing² nak cari parking, kami lalu kt kedaai yg agak fancy nama nye. CHUP! .. cam best kan. so, apa lagi. kita TRY!

Agak menarik view/susunan kerusi, meja sofa didalam kedai. Serius, agak selesa! saya suka. Ada dua bahagian, ber aircond atau tak. dua² cantik! Kami pilih yg ada aircond la. nak duduk kat sofa yg selesa. hehe ;p

Saya order Nasi Asgari 'CHUP Special'. Gerenti sedap, serius tak menyesal order. (Nasi berempah + rendang daging +rendang ayam + sambal pedas = Nasi Asgari). Superb! wa cakap lu ..

Fatimah pulak order Fried rice sepecial (nasi goreng + ayam goreng + kerabu mangga). Comment : sedap sangat, kita suka.

Kak Ct pulak order Cantonnese Noodle. Memang sedap, beza mmg berbeza :p


julie pulak tgh diet & menjaga badan. so pilihan dia yg light² & vegi². hihi. Dia order Vegetarian Pasta. Pasta yg dihidangkan dgn sekeping roti ala² garlic bread, Nampak sedap tu! laju julie makan. sedap sgt la tuh ;p

Harga boleh tahan :
CANTONNESE NOODLE = RM9.90
VEGETARIAN PASTA  = RM9.90
FRIED RICE SPECIAL = RM10.90
NASI ASGARI  = RM12.90

ASAM BOI = RM5.50
FRESH JUICE APPLE = RM6.50
VANILLA FOLAT = RM6.50

*harga tu belum masuk tax 15% tau (service tax: 10%, gov. tax: 5%)

Comment : Menu yang sedap dan suasana kedai yang sangat selesa. sesuai tempat lepak² dan bersantai bersama kawan² & family. Star rating : 4.5/5 ...


Nasi Asgari
Cantonese Noodle
Vanilla Float
Us ..
Fried Rice Special

Tuesday, August 7, 2012

Buffet Ramadhan di equine seri kembangan. Kambing golek yo!

Malam ni genap 18 ramadhan. En suami mengajak berbuka puasa di luar. Kami memilih buffet ramadhan di sekitar equine meninjau2 menu kambing golek! Akhirnya kami memilih berbuka Restoren D'ladang Bistro!

Harga yg ditawarkan buffet ramadhan disini ialah RM25 utk dewasa & RM12 untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Bagi peminat kambing golek, ia agak berbaloi kerana kambing goleknya sgt sedap! Menu2 lain yg disediakan ialah kuih muih, nasi 3 jenis, lauk pauk yg sedap, buah-buahan, jus & teh tarik yg sgt sedap! :))

Selain itu, kawasan kedai yg agak luas dgn decoration ala2 kampung yg begitu mendamaikan. Surau juga disediakan di tingkat 1 yg agak selesa. Saya berasa seronok berbuka puasa disini. Kepada sesiapa yg ingin mencuba, dipersilakan terutama kpd peminat kambing golek ;)

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Deal at Subway, puchong utama!

Subway, eat fresh! Kali ni kami berbuka puasa di Subway puchong utama. Tertarik dgn promotion Ramadhan Deal! Ye, sgt puas ati. Sekali sekala makan sandwich oat honey. Oh sangat menyelerakan!

Walaupun kedai subway di Puchong utama agak kecil berbanding cawangannye yg lain, kami agak selesa menikmati hidangan nye. Paling sedap cookies subway yg sedap! Sekeping mmg tak cukup. Lg2 yg double chocolate. Nyumm nyumm :))

Tuesday, July 31, 2012

Buffet Ramadhan di Rahimah kitchen, Puchong. Murah yo!

Hari ni kami try buffet ramadhan kt Rahimah kitchen, bandar bukit puchong! Harga buffet yg under bajet kami. Sedap, murah & selesa.

Harga buffet ramadhan disini ialah RM17 bg dewasa dan kanak-kanak berharga RM13. Mmg sedap la kalu sekali skala rasa boring makan kt umah ;)

Bg yg ingin merasa steamboat bersama buffet ramadhan, harga nya ialah RM25. Sangat fresh dan berbaloi ..
Selain itu kemudahan surau di sediakan. Ini menjadikan Rahimah kitchen tempat berbuka puasa yg best.

Ok, jangan lupa try ye. Mmg berdekatan dgn post office bandar bukit puchong 2.

Thursday, July 26, 2012

Buffet Ramadhan 2012 RM20. Murah & berbaloi!

Hari ke 3 puasa, kami dalam perjalanan balik dr kg, pasir mas ke rumah. Lebih kurang pukul 6.30 di tol gombak. Sudah hampir ke pukul 7, agak sesak juga. Traffic jammed!

So kami amik keputusan berbuka puasa di kampung baru. Memasuki kawasan kedai di kampung baru, agak ramai juga. Mata melilau-lilau tgk buffet ramadhan yg murah dan berpatutan.

Akhirnya, trnampak buffet murah rm20 kat kedai persimpangn jalan raja Abdullah .. Apalagi, cari parking, Terus singgah. Pelbagai juadah ada. Kambing golek, lauk pauk.. Kuih muih, satay, nasik, buah-buahan & mcm2 lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...