Tuesday, August 7, 2012

Buffet Ramadhan di equine seri kembangan. Kambing golek yo!

Malam ni genap 18 ramadhan. En suami mengajak berbuka puasa di luar. Kami memilih buffet ramadhan di sekitar equine meninjau2 menu kambing golek! Akhirnya kami memilih berbuka Restoren D'ladang Bistro!

Harga yg ditawarkan buffet ramadhan disini ialah RM25 utk dewasa & RM12 untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Bagi peminat kambing golek, ia agak berbaloi kerana kambing goleknya sgt sedap! Menu2 lain yg disediakan ialah kuih muih, nasi 3 jenis, lauk pauk yg sedap, buah-buahan, jus & teh tarik yg sgt sedap! :))

Selain itu, kawasan kedai yg agak luas dgn decoration ala2 kampung yg begitu mendamaikan. Surau juga disediakan di tingkat 1 yg agak selesa. Saya berasa seronok berbuka puasa disini. Kepada sesiapa yg ingin mencuba, dipersilakan terutama kpd peminat kambing golek ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...