Monday, May 8, 2017

Biar betikk?? Masuk Homestay "di Balun"?

Ape kes ni? Takkan masuk Homestay di Balun??

Hehe. Sebenarnya nama Homestay ini adalah Teratak Yong Casa D'Balun yang terletak di Kampung Balun, Slim River, Perak.

Lokasinya adalah kira-kira 100 km dari Kuala Lumpur. Homestay ini menyediakan kemudahan 3 bilik tidur beserta 2 bilik air.

Suasana kampung yang nyaman dengan udara yang segar pastinya membuatkan pengunjung lebih relax jika menginap di sini. 

Terdapat juga kemudahan memasak yang disediakan di Teratak Yong Casa D'Balun. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati siaran Astro Njoi bersama-sama keluarga di ruang tamu.  

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi adalah Pusat Rekreasi Sungai Bil yang jaraknya kira-kira 25 minit perjalanan. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, anda bolehlah mencuba aktiviti white water rafting yang terletak di Kampung bersebelahan.

Ingin menempah tempat bermalam di Homestay Teratak Yong Casa D'Balun? Sila hubungi:

Haji Zul - 019-333 7925
Hajjah Azmon - 013-388 4340

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...