Sunday, December 29, 2013

Resepi Hari ini : Ikan Cencaru / Jaket sambal sumbat terbaik!

Assalamualaikum ..

Menu hari ini adalah ringkas, sedap, sihat & mudah! Tak caya boleh tgk resepi Ikan Cencaru / Jaket sambal sumbat terbaik yang saya cuba ni .. Sangat sedap dan sesuai kepada mereka yang sedang mencari menu menu diet yang sihat & simple. Anak saya, Cella & papa nya sangat sukaa :)

Bahan² :
1) 3 ekor ikan cencaru / ikan jaket segar (dibelah pada bahagian tgh .. spt dalam gambar)
2) 5 sudu besar cili giling (apa² brand pon tak kisah, janji halal :)
3) 2 btg serai (dikisar) (takmo letak pon takpe ..kalu letak lagi ummph!)
4) 1 inci halia (dikisar)
5) 2 biji bawang besar (dikisar)
6) 3 biji bawang putih (dikisar)
7) 2 sudu besar gula (kalau masuk gula melaka, lagi sedap!)
8) 1 sudu kecil garam
9) minyak masak (untuk menumis sambal )


Cara² :
1) panaskan minyak. Masukkan cili giling, serai, halia, bawang putih & bawang besar. tumis biar naik bau & masukkan garam & gula. Masak sampai cili masak sekata. Tutup api.
2) Ambil ikan cencaru. Sumbat sambal yg telah dimasak tadi ke dalam ikan.
3) Bakar ikan dalam oven. ikan dititiskan minyak masak sedikit (Api atas bawah - suhu 200 selama 35 min.)
* Agak² sampai ikan masak.
* Kalau takde oven, boleh masak dalam kuali yg bertutup & dimasukkan 2 sudu minyak masak. Bakar sampai ikan masak.

Taraa! Ikan sedia dihidangkan .. Jom makan! Sedap nye. #masukBakulGolek²







Monday, December 23, 2013

Back to School Sale - keperluan sekolah

Assalamualaikum ..

Tahun 2014 puteri saya Cella akan melangkah ke Tahun satu. Wah dh besar anak mama! Terasa dh meningkat usia saya. Lagi seminggu sekolah nak bermula. Jadi kami nak beli keperluan sekolah cella.
Semua pusat membeli belah kat Malaysia ni tgh buat sale back to scholl sekarang. Jom kita pergi Sogo!

Kami pergi ke tingkat 5. Memang ruang yg khas utk 'back to school'.. Senang, semua ade! Warh! macam² brand baju sekolah dh ade sekarang ni. Seingat saya, masa zaman sekolah dulu² brand Canggih je lah yg terhebat! tp saya pakai yg takde brand, maklum le nenek tak berkemampuan & adik beradik yg lain lagi. Janji baju sekolah baru. Syukur Alhamdulillah!

Memang agak teruja melihat barang² sekolah untuk anak. lagi² la saya yg anak baru nk ke sekolah rendah. apa lagi kann .. Namun, dalam kita membeli belah baju anak, jgn lah kita membazir. Ikut lah budget & kemampuan masing². Asal jangan lari budget sudah la kan.

Kami membeli baju sekolah, bag sekolah, kasut & stokin, bekas pensel .. Agak byk pasang jugak kami beli, kerana mama cella agak malas nak basuh baju hari². lagi² kalau baju putih. Saya memilih brand kiko kerana jahitan dia agak cantik. Serius lah cantik. material dia pon agak lembut. Untuk baju sekolah agama, stok kain hijau nye kehabisan. Aduyai, kene carik kat tmpat lain lah.


Doa saya moga Cella berjaya di dunia & akhirat. Moga Allah memberi Rahmat Nya, perlindungan Nya & keberkatan Nya mengiringi kehidupan Cella sentiasa. Moga Cella menjadi anak yg Solehah & molek akhlak nya, Amin.










Sunday, December 22, 2013

Ride ke Tangkak - Ledang - Muar

Assalamualaikum,

Cerita ni agak menarik untuk dikongsikan saya rasa. Pertama kali ikut en suami ber konvoi bersama² FMOG. Haa.. spt biasa, puteri saya, cella kene tinggal la. huhu. sorry nak. Papa cella beria ajak mama utk ikut dia pusing² johor. :) Cella tinggal dgn maklong nye .. Balik hari je.

First stop berkumpul dipetronas Sg Besi. Bismillah! ER6f husband meluncur .. berdebar² jugak la. Sampai ke kedai Roti canai terbang, Tangkak. Brother kedai dh ready sediakan roti canai terbang, nasi lemak, mee goreng & teh tarik panas. serius seronok breakfast dgn semua bikers ni. diorang lebih terbuka & byk bercerita ttg pengalaman hidup mereka. Macam² cerita ;) Kebanyakan akak² yg saya jumpa mengikut suami berkonvoi & mereka dh saling mengenali. Ade juga yg dtg single rider woman. wow, tabik spring la. So, saya rasa tak kekok ..

Selesai breakfast, bergambar kenangan dgn brother roti canai terbang ni. perjalanan diteruskan ke Air terjun Gunung Ledang. Motor bleh parking kt dalam, dekat la sikit kot. Hah, saya dh awal² siap bawak baju nk main air terjun. hihi. ditambah pulak cuaca agak panas. Apa lagi kann .. ;) Selesai bermandi manda, perut dh mula berkeroncong! so, teruskan perjalanan mencari Mee bandung Muar. perjalanan diteruskan.

Kedai mee bandung muar ni terletak di pinggir muara sungai Muar. Nama kedai Abang Sayang .. hihi. Dari kedai ni, kita boleh tgk sungai muar disekeliling nya. Agin petang pon buat mata terbuai². hilang segala stress. Mee bandung nya? Ok serius cakap mee bandung Muar Abang Sayang memang terbaik. sedap. sedap. sedapp .. Siap ade sorang akak ni cakap, "mee dh abis, makan kuah je pon layan .. terbaek lah!"

Selesai makan², kami menuju ke surau bersebelahan bangunan utk menunaikan solat jamak takhir (zuhur dibawa ke Asar) .. Selesai solat, saya & en suami tak lepaskan peluang amik gambar .. Sesi bergambar beramai² seperti biasa sambil mengambil angin sungai .. Bak kata en suami, paling seronok sbb boleh park motor dkt dgn kedai. Ada kawasan luas. lepas makan leh lepak² amik gambar plak. :)

Ok, Mee bandung Muar adalah tempat terakhir untuk ride kali ni. Jadi seramai lebih 40 buah superbike yg join bersalam² utk balik ke area masing². Ade yg sempat add friend kt fb macam saya kot ;p Mungkin utk next event, mereka akan berjumpa balik. Saya mmg seronok la dpt berkenalan dgn kawan² baru dr pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Semua nya best² & seronok berkawan :) Ade jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah ..


Thursday, December 19, 2013

Cabut gigi. Sakit tak?

Assalamualaikum ..

Sakit tak cabut gigi? haha. Saya memang penakut nak cabut gigi. tapi bila dah dewasa & dh jadi mak orang .. saya acting berani la. lagi² depan anak kesayangan saya, Cella. :)

Tiga bulan lepas, dua gigi bongsu cella bahagian bawah bergoyang. kami biarkan je. kemudian gigi baru tumbuh kt gigi bergoyang tu, then kami macam panik lalu bawak cella jumpa dentist. Cella dh biasa teman saya sebelum ni ke klinik gigi, so Alhamdulillah dia memberikan kerjasama yg baik. tak sampai 5 minit, 2 btg gigi cella dcabut. hihi. Bayaran sebanyak rm40 utk 2 btg gigi tu. huhu.

Minggu lepas sebatang gigi cella yg atas pulak bergoyang. kali ini cella dh berani bermain² dgn gigi yg bergoyang tu. hihi, scary jugak la saya tengok. haha :D pastu dok ajak papa dia pegi cabut gigi kt klinik. Papa cella cakap, masa kecik² dulu kalau gigi bongsu mcm cella dh bergoyang, mak (opah cella) yg cabut kan. guna benang jek. (Sambil papa buat muka 'hebat' kt cella)

haa .. cella tergoda then nak cabut gigi ngn Opah! hihi. Pada hari kejadian, berani bercampur takut² cella merelakan gigi nya dicabut oleh Opah. ZaApp .. sekali sentap dgn benang, gigi cella dh terpelanting. hiii .. ngilunya sayaaa .. tp as usual, acting cool depan cella laa. ahah! Cella mcm nak nangis sbb terkejut. Mama dtg sebagai panglipulara (buat² teruja sambil bagi 'high 5' & tepuk tangannn) sambil juga disokong oleh maklong Cella. Terus tak jadi cella nak sedih & muka terus HAPPY!. Yeayy berjaya!

Maklong cakap baling kt bumbung biar gigi cepat tumbuh! bumbung tu apa maklong? aiyyak! .. then cella ckp lagi, tp cella nak berus gigi tu bersih² dgn colgate then nak simpan dlm bekas hair clip cella. Cella nk simpan, cella saayang gigi cella. Pastu cella tambah lg kt maklong, kalau buang kt bumbung macam mana dia boleh tumbuh .. dia bukan seed macam pokok. kt atas bumbung pon takde tanah .. ape la maklong! hahah :D maklong & saya gelak besar!

** Cepat nye besar puteri saya, terasa diri ni semakin tua ..

Gigi Cella dalam bekas
Cella dah takde gigi depan ;p


Wednesday, December 18, 2013

Movie Review : Disney Frozen .. Memang Best & berbaloi :)


Petang Ahad lepas, puteri kesayangan saya, Cella mengajak pergi tgk wayang movie Disney Frozen .. ini gara² dia tertengok iklan cerita ni kt papan iklan tepi jalan otw nak pergi rumah opah dia .. Apa lagi, cella, saya & papa nya bergerak ke IOI Mall puchong (tmpat feveret en hubby tgk wayang dari zaman sekolah ) .. hehe ;)

Movie Disney Frozen ini mengisahkan dua beradik elsa & anna yg juga merupakan puteri raja. Elsa mendapat sumpahan boleh menciptakan salji. Pada waktu kecilnya elsa tidak sengaja telah mencederakan adik nya ketika bermain bersama dgn menggunakan kuasanya. Disebabkan perkara itu Elsa mengurungkan diri & memulaukan adiknya kerana bimbang akan mencederakan adiknya lagi. Apabila dewasa Elsa ditabalkan menjadi Queen untuk negaranya.

Berlaku perselisihan fahan antara dua beradik itu sehingga mencetuskan pergaduhan. Elsa telah menjadikan negerinya mengalami musim sejuk yang melampau dan melarikan diri ke pergunungan. Anna berasa bersalah dan cuba menjejaki kakaknya. Pelbagai pengalaman telah ditempuhi anna. Jadi, utk mengetahui selanjutnya.. sila lah ke pawagam yg berdekatan. :D

Serius, bagi saya cerita ini mmg best. Mungkin saya memang suka kisah² Disney ni. Cerita ini mungkin lebih menarik sekiranya ditonton dalam versi 3D .. InsyaAllah, rasa nak tengok lagi untuk versi 3D pulak. haha, mesti best kan! Anak saya Cella paling teruja. Balik rumah siap carik lagu² dalam filem ini. Paling Cella suka lagu 'Let it Go .." siap dah boleh hafal lirik. alahai anak!

So, dari 5 star, saya bagi 5 stars! haha. serius Best. Mungkin naluri keanak²an masih ade dlm jiwa saya. terasa macam di Disneyland plak bila dgr lagu² yg dinyanyikan. Oh en Hubby, rasa nak pergi lagi ke Disneyland .. ;p





Resepi hari ini : agar-agar / jelly berkulit orange

Senang & cepat .. anak suka ibu gembira. Haha :D

Bahan-bahan :
1) Orange / oren (ambil kulit nya spt dlm gambar)
2) 1 packet agar-agar / jelly
3) pewarna ( lagi byk kaler, lagi menarik)
4) 7 cawan air
5) 2 senduk gula
6) 1/2 tbs garam

Cara-cara :
1) masak agar-agar bersama air, gula, garam sehingga agar-agar hancur. Tutup api.
2) asingkan agar-agar tadi kepada beberapa bekas. Titik kan pewarna pilihan.
* setiap bekas mewakili warna yg berlainan
3) masukkan agar-agar ke dalam kulit orange yg telah di potong.  Biar ia membeku.
4) potong orange yg berisi agar-agar itu seperti dlm gambar :)

Taraa .. dah siap! Senang & cepat kan. Boleh dihidangkan bersama jus fresh orange yg sejuk!

Agar-agar berkulit orange .. Aktiviti bersama anak

Assalamualaikum ..

Petang ni rasa agak malas untuk bawak cella pergi keluar bermain .. apa eh nak buat. Ting! Tetiba nak buat something ngn cella, agar dia tak boring.

Ok nak, jom kita buat agar-agar ye. Alamak plan nak buat rainbow jelly. Tp tinggal kaler hijau je dlm peti ais.
Ok, ade oren .. jom kita buat agar-agar kulit oren. Yeayy .. kalu byk kaler lg cantik ..

Tuesday, December 10, 2013

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT


Assalamualaikum ..

Musim hujan melanda seluruh negeri kat Malaysia sekarang ni .. terutama pantai timur. KL & Selangor tak terlepas jugak. Jadi saya ingin berkongsi tips² memandu dalam keadaan hujan yg saya petik dari fb Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT

Akhir-akhir ni kita saksikan kerap berlaku hujan lebat lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh ini, jadi adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.
Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
(Sila semak semula buku panduan lesen L.)

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya.


Friday, December 6, 2013

Body scrub wangi. Best!

Petang tadi pergi berjalan-jalan di Tesco Extra berhampiran rumah. Tujuan utama nak pergi cosway! Mahu beli bedak yg sememangnya dh pakai sejak dh pandai nk melawo dulu2. Hahah :D

Pusing2 kedai cosway tu. Tup2 terpandang body scrub cherry blossom. Macam best jew.. macam wangi jew. Terus beli. Harga dlam 15 hengget.

Dah try.. memang wangi. Best2 .. td lepas solat maghrib, cella bersalam.. tup tup taknak lepas tangan saya. "Hmm.. wangi nye tangan mama".. hehe. A'ah la, wangi nye tahan jugak. Rasa td dh basuh pinggan mangkuk. Hihi. ;)

So leh layan la. Hihi ..
Ni gambar body scrub tu

P/S : dibawah ni gambar gula2 susu yg dibeli di cosway jugak. Sedap! Harganya RM8.50. Kalu gula2 susu kt luar murah sket dok .. huhu

Thursday, December 5, 2013

Durian crepe oh durian crepe sedap!

Assalamualaikum!

Ini durian crepe pertama saya di bulan december. Sedap sangat!
Saya beli kt area bandar bukit puchong 2.. 

Makan durian crepe ni buat kita lupa segala-galanya. Hahah :D. Kejam kann. Tapi saya mmg suka durian crepe ..

Jadi kalu sesapa rasa ade stress ke.. rasa cam down ke.. jangan lupa makan durian crepe. InsyaAllah,  rasa kenyang .. hati pun senang! ;p

Saturday, November 23, 2013

Resepi jus hari minggu : jus lemon honey sedap ..

Selamat berhujung minggu semua!
Selesai sudah mengemas rumah .. Alhamdulillah :) panas terik kt luar. Seronok nye .. baju cepat kering. Boleh la angkat awal nnti.

Okay, cuaca panas mcm ni bolehla kita buat jus yg menyejukkan badan. Oh! Ade lemon kt dlm peti ais. Pn Maznah kawan poli bagi smalam .. boleh la cuba buat jus :))

Besar buahnye. First time saya tgk lemon version kampung. Selalunya saya beli kt tesco.  Ok, cella nak try buat jus lemon honey mcm kt Q Thai katanye. Mama nye tolongla sediakan bahan ;p

Bahan-bahan :

Hirisan lemon

2 sudu madu

Sedikit air gula

Air sejuk

2 kiub ais


Cara-cara

Masukkan madu, air gula dan hirisan lemon ke dalam gelas.

Masukkn air sejuk dan ais.

Taraa. Sedia diminum.

** kacau madu dan air gula bila nak menikmatinya. Wah! Sungguh nikmat :)

Selamat mencuba!

Saturday, October 19, 2013

Breakfast simple : roti telur version Cella

Assalamualaikum

Salam pagi Ahad. Hari ni saya malas bersiap-siap keluar utk breakfast .. Jadi, saya & my princess, cella plan nak buat breakfast yg simple .. Roti telur! Yeayy ..

Bahan-bahan yg amat simple. Roti, telur & minyak utk menggoreng ;)
Cella seperti biasa suka menolong mama .. Memang seronok main masak-masak dgn cella. Memang best!

Tak sampai 10 min breakfast kami dh ready. Yeay. Roti telur version cella. Hehe
Hmm, sedap la mama, kata cella. Pandai cella masak. Ahaha, ayat belakang tu 'point' sebenarnye .. Alahai anak. Dah pandai tolong mama :))

Ok lah, selamat berhujung minggu uols. Moga minggu ni & minggu seterusnya lebih ceria ye. Bye, enjoy ;))


5 keping Roti & 3 biji telur yg telah dibasuh bersih² ..


Cella tolong mama celupkan roti ke dlm telur ..


Belum sempat mask, dh makan dah ..;p
roti telur tgh digoreng


dihidangkan bersama susu coklat .. favorite cella tuu ;)


oloh² ..


ini papa punya !!


Friday, October 4, 2013

Wall climbing at CHallenge Park, Putrajaya

Assalamualaikum ..

Spt yang dijanjikan kepada anak saya.. Wall Climbing! Yeayy .. Hujung minggu yg menyihatkan ;) cella so excited! Sama ngn mama nya.

Perjalanan ambil masa 25 min dari bandar bukit puchong. Putrajaya challenge park ni ter letak kt persint 5. Tempat nye yg redup & amat senang dicari!

Okay, terus bergerak di kaunternya. Bayaran rm 30 utk cella. Papa nya boleh jd belay. So tak perlu bayaran extra utk belay service! Apa tu belay? Belay tu org yang yg kt bawah yg pegang tali ..

So byran tu utk harness, climb shoes ..
Wah! Cella dh bersedia nak memanjat. Mama yg excited! First time nak panjat, cella agak gabra jugak. Maklum la ini budak ade gayat sket. Lama2 dia mcm enjoy pulak ;).

Bak kata papa cella. Biar cella berani sket. Tahu nak buat decision camne nak naik keatas. Bila kita tgh memanjat, mmg pakai otak sket nak pilih mana batu nak pijak.. Mana batu nak pegang.. Tp kita kene relax nak handle. Caya lah anak mama! Mama betul2 bangga :)

So, ini gambar cella masa tgh panjat. Akhirnya sampai jugak kt atas. Bateri hp mama sampai kong dibuatnya .. Heheh ;p
Papa yg paling bangga. Tak sangka anak dara dia betul2 berani panjat ke atas. Mama tabik spring kt cella. Umur 6 thun dah berani naik sampai atas .. Mama pon blom tentu berani. Hik hik ;)













Sunday, September 15, 2013

Bagaimana Menangani Orang / Pasangan yang Panas Baran?

Assalamualaikum ..

Apa khabar? hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berdasrkan perkongsian dari fb salah seorang pakar motivasi terkenal di Malaysia ;)

Bagaimana menangani orang/pasangan yang baran (panas baran)?

Menurut daripada fb Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Baran mungkin disebabkan oleh genetik/keturunan, Tak jaga Solat, hati yang kotor, alah dgn bisikan syaitan, stress dsb.

Prinsip hidup : Jika kita berubah maka Allah swt akan ubah semua orang di sekitar kita


Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk org yg baran tu utk overhaul diri dengan:

1. Jaga solat 5 waktu & lakukan solat2 sunat qabliah & ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.
2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua org sayang. Mmg elok jika dpt SOLAT HAJAT UTK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YG SOLEH & SYG KELUARGA . Lakukan juga istikharah utk mohon panduan tangani ke baran ni & tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt di serahkan kpd Allah dgn sempurna.
3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua org maafkan kita & Allah pulihkan pasangan drp masalah baran.
4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka org bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dsbnya.
5. Pagar diri dgn fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin & sihir.
6. Lembutkan hati pasangan dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yg dah di pakai sebelum di cuci. Utk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 di atas.
7. Layan pasangan lebih baik drp biasa agar Allah ubah hatinya & buat dia rasa bersalah melayan u secara kasar & kurang sopan.
8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi BARAN, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya.
9. Setiap kali nak bercakap dgn org yg baran, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u. 
10. Puji dulu sblm menegur agar tak tercalar egonya.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 2. Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah 3. Ya Allah, aku ada masalah dgn pasangan yg baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan dia insan yg soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh di ajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang & doa akan makbul.
12. Rawat gangguan meta fizikal atau sihir yg ada pd pasangan (jika ada) dgn membaca DOA MANZIL & YAASIIN SEKERAP YG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL drp mana2 kedai buku Islam.
13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kpd warna yg pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri.
14. Tukar hiasan rumah -- recycle langsir, rearrange kerusi meja -- apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, insya Allah pasangan akan mudah berubah ke arah yg positif.

Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas istikharah & bincang dgn ahli keluarga yg lain, buatlah keputusan yg muktamad. Moga Allah bantu kita semua. Aamiin, wassalam.





Tuesday, September 3, 2013

Alfatihah buat MEK tersayang ..

Hari ni genap 10 hari Mek pergi meninggalkan kami. Begitu Sayu hati .. Tak dapat saya menahan Kesedihan. Mek yang menjaga saya sejak arwah ma meninggal dunia.

Terasa Sayu sgt malam ni.. Rindu dgn Mek. Satu persatu kenangan bersama Mek bermain2 diingatan saat ini. Genap umur Mek 84 tahun .. YaAllah kuatkan hati ini! Aku redha dgn pemergiannya ..

Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosa Mek.. Kau trmpatkannya disisi orang-orang yang Soleh & beriman! Al-fatihah ..

Saturday, July 13, 2013

Resepi Ramadhan : Agar agar pelangi Cella - kuih berbuka puasa senang dan ringkas

Assalamualaikum & Selamat berpuasa ..

Tahun ini merupakan tahun kedua anak saya belajar berpuasa. Memandangkan tahun ini cella berumur 6 tahun, jadi dia ingin berpuasa cukup 30 hari. InsyaAllah. Sebagai seorang ibu yg bekerja, saya bercadang utk sediakan juadah berbuka yg simple & cepat. Jadi utk pembuka semangat Cella yg berpuasa, saya nak buat agar agar pelangi yg mungkin menarik minat kanak kanak ..

Apa lagi, saya masih ingat cara nak buat agar agar ajaran abah saya. satu plastik agar agar perlu dicampur 7 cawan air. senangkan! .. mari kita cuba ;)

Bahan-bahan:

Bahan 1 (Agar agar santan)
1 plastik agar (seperti didlm gambar)
1 kotak kecil santan
7 cawan air
2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan 2 (Agar agar jernih)
1 plastik agar (seperti didlm gambar)

7 cawan air
2 cawan gula
1 helai daun pandan

pewarna makanan (biri, merah, hijau)
biru+merah=ungu
merah+hijau=kuning perang

Cara -cara:

1. Masak bahan 1 sehingga mendidih. Buang daun pandan. pastikan ia sentiasa suam.
2. Masak bahan 2 sehingga mendidih. Buang daun pandan. pastikan ia sentiasa suam.
3.Masukkan 1 cawan agar agar santan yg dicampur warna ungu ke dalam bekas/loyang. tunggu sehingga beku. kemudian, lorekkan dgn garpu bahagian permukaan agar agar.
4. Masukkan 1 cawan agar agar jernih yg dicampur warna ungu ke dalam bekas/loyang. tunggu sehingga beku. kemudian, lorekkan dgn garpu bahagian permukaan agar agar.
 5. Ulangi langkah 3 & 4 dngan warna² pelangi secara berselang seli (santan & jernih) untuk melihat perbezaan warna nya.

* Nota penting : sentiasa pastikan agar agar dlm keadaan panas supaya ia tidak terpisah antara satu sama lain ;)







Friday, July 5, 2013

keperluan asas barang rumah - rumah bujang (kuarters)

Assalamualaikum ..

Selamat berhujung minggu kepada semua. saya ingin berkongsi serba sedikit tentang keperluan barang rumah yang perlu ada sekiranya kita hidup bujang diperantauan. cewah, sedih je bunyi nye kan. hehe. Saya becadang nak tinggal di kuarters tempat bekerja. ye lah, hampir setiap hari berulang alik dr puchong ke sabak bernam. sangat memenatkan! hampir 2 jam stgh dijalan setiap pagi & 2jam stgh setiap petang. warh! semangat je yg buat saya kuat!

Okay, utk sekali ini saya ambil keputusan nak stay kt kuarters. hanya petang rabu & ptg jumaat pulang ke rumh bersama family.. kira ok la, maksimum 2 malam je di kuarters. Setiap weekend mmg bersama family tercinta. hmm, berbalik kepada tajuk ye, hihi .. Apa barang² yg nak bawak ke kuarters?

di sini saya senaraikan barang yg betul² perlu bagi saya untuk 'survive' kt kuarters..

1. Rice cooker
2. electric kettle
3. iron/ironing board
3. peti ais kecik (2nd hand pon okay)
4. TV (kecik pon jadi .. asal x boring dok sensoraang)
5. laptop (sbb mmg senang nak online ke apa / kalu tak minat, takde pon takpe ..)
6.pinggan/sudu/garpu/gelas/mug/
 7.langsir (kalu tak disediakan)
8. sarung bantal cadar bagai ..

*beli tong gas & stove kalu rajin masak (atau bole beli makanan di kedai ;p)
*periuk/kuali/senduk (kalu rajin masak)
kalau  tak, pakai rice cooker je
*washer machine kalu suka basuh baju .. kalu bawak balik & basuh di umah, tak  yah

barang² makanan sangat penting (stok kene sentiasa ada)
1. maggi
2.sardin/curry ayam (dlm tin)/sambal ikan bilis(dlm tin)
3.telur
4. roti/nutella/oat/jem
4.beras
5.kicap/sos
6.susu/gula/garam
7.buah²an

 barang² lain
1. penyapu /penyodok/mop/
2. pewangi rumah
3.sabun basuh pinggan/span
4. berus
5.keperluan barang² mandian
6. pencuci lantai
7. kain lap/ tisu kotak
 8. lampu suluh / lilin/ mancis

*pakaian perlulah dibawa dalam kuantiti yg bersesuaian (agak² macam outstation .. jgn berlebih²an ;p)

Sekadar perkongsian. Mana² yang bajet lebih tu, boleh la tambah mana yang patut. Saya anggap kuarters sebagai rumah persinggahan. apapun, keselesaan & kebersihan tu yg palingg penting ..





Sunday, June 9, 2013

Hansel and Gretel the Witch Hunters .. Memang BEST!

Assalamualaikum ..

Selamat hari isnin yang mendamaikan! hari ni pertama kali saya update blog kesayangan ni kt politeknik.
Ini pon gara² meeting bersama unit kualiti di postpone ke tghari. Saya ambil kesempatan ni nk review
pasal movie Hansel & Gretel the Witch Hunters. Memang best. Rugi rasanya lambat tengok citer ni.

Movie ini mengisahkan mengenai dua beradik; Hansel (Jeremy Renner) and Gretel (Gemma Arterton) yang
yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya. Kedua beradik yang masik kanak-kanak itu mencari bapanya sehingga sampai ke dalam hutan.
Mereka menemui sebua rumah yang diperbuat dari pelbagai candy. Rumah itu dihuni oleh seorang ahli sihir yang jahat. Kedua²
beradik itu ditangkap oleh ahli sihir yang jahat tetapi berjaya melepaskan diri.

Lantaran kejadian itu, mereka membesar sebagai witch hunters. Mereka diupah oleh seorang mayor kerana terdapat kehilangan kanak²
di kawasan mereka. Kanak-kanak kampung diculik oleh 3 orang witch yang sangat jahat. Di akhir cerita, pasangan adik beradik ini mengetahui
cerita sebenar disebalik pemergian kedua ibu bapa mereka.

Jadi, saya bagi 5 stars utk movie Hansel & Gretel the Witch Hunters ini. Highly recomended.



A Good Day to Die Hard

Hari ni sesi movie marathon. Pilihan seterusnya movie A good Day to Die Hard .. Memang best! Saya mmg peminat Bruce Willis. Memang layan, action movie yg agak best tahun ni .. hehe, walaupun agak lambat tgk citer ni, ia tetap satu kepuasan. cewah!

Ia mengisahkan John McClane (lakonan Bruce Willis) pergi bercuti ke Moscow untuk membantu anak lelakinya yang akan dibicarakan atas tuduhan membunuh. Beliau tidak mengetahui bahawa anaknya seorang agen CIA yang diburu oleh pengganas. Adegan aksi² ngeri ditonjolkan dalam filem ni dan
dahsyat sangat menarik minat saya sebagai penggemar cerita² aksi ;)

Cerita ini juga terdapat watak Yuri Komarov (Sebastian Koch) seorang banduan tahanan politik yang akan dibicarakan atas jenayah berkaitan Tragedi Chernobyl.  Aksi kejar-mengejar kenderaan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Moscow dan terlibat dgn kemalangan yg dahsyat
sudah tentu sangat mengujakan. Jadi pada mereka yang terlepas menonton di pawagam seperti saya, boleh la mendownload movie ini di internet. hehe ;)) Highly recomended!



cekodok pisang in da house ..

Assalamualaikum ..
Petang ni tetiba teringin nak makan cekodok pisang bersama teh o panas. warh! macam orang mengidam pulak. hehe ;) Amik kunci kete beli pisang ngn tepung gandumkt kedai runcit berhampiran kawasan rumah.

Ok, saya nak share resepi cekodok pisang yang sangat sedap ni (haha, angkat bakul golek²) .. pekene dgn teh o panas mmg terangkat!

Bahan² :
Pisang sesikat (tak tahu nama spt dlm gambar di bawah)
tepung gandum (dalam 3-4 cawan)
gula

Cara² :
Lenyek semua pisang didalam mangkuk. Masukkan gula stgh cawan. setelah itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sesuai untuk adunan cekodok. hehe. perlu diingat JANGAN masukkan air! ..

Panaskan minyak masak didalam kuali. Apabila minyak dh panas, cedok sesudu adunan tepung itu ke dalam minyak, api jangan terlalu kuat utk elakkan cekodok pisang hangus. Agak² cekodok bertukar warna ke coklat keperangan, boleh lah diangkat. Okay. cekodok pisang sedia dihidangkan :)) Opps, dihidang bersama teh o panas. Pergh!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...