Showing posts with label Oh MyFood. Show all posts
Showing posts with label Oh MyFood. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Resepi Hari ini : kuih cara berlauk sedap sangat & mudah

Assalamualaikum ..
Salam Ramadhan Mubarak! Azam tahun ni saya nk masak makanan utk setiap kali berbuka puasa. So, utk hari ini .. saya ingin berkongsi juadah berbuka puasa yg simple sedap mudah & menyihatkan ..kuih cara berlauk!

Bahan-bahan :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur (dibasuh kulit telur terlebih dahulu)
3) 2 cawan air
4) 1 sudu kecil minyak sapi
5) stgh sudu kecil garam
6) pewarna kaler kuning

-Blend semua bahan-bahan diatas menggunakan blender. Ketepikan.

Bahan-bahan (Inti)
1) 200 gm daging kisar
2) 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3) 2 biji bawang putih (dicincang)
4) 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
5) sedikit minyak utk menumis
6) stgh sudu kecil garam & 1 sudu kecil gula sebagai perasa

*aksesori dlm inti : cili besar (dihiris), daun sup (dihiris)

Cara-cara masak inti :
-tumis bawang besar dan bawang putih menggunakan minyak sehingga kekuningan.
-masukkkan serbuk kari & sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
-masukkan daging cincang & air.
-masukkan garam & gula
-tumis sehingga kering. Tutup api. Biar sejuk.

Cara-cara memasak kuih cara berlauk :
-panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak.
-masukkan bahan yg diblend sebanyak 90% ke dlm acuan.
-masukkan 1 sudu kecil inti & aksesori inti.
-tutup acuan menggunakan penutup /tudung periuk.
-menggunakan api kecil,  biar kuih masak sepenuhnya.
-ambil kuih dlm acuan menggunakan garpu.

Selamat mencuba uols! Senang & sangat sedap!

Sunday, January 25, 2015

Resepi hari ini : ikan susu masak asam pedas

Assalamualaikum. .
Selamat pagi isnin buat semua.  Hari ni iols beli ikan susu (bak kata makcik kedai) .. tak penah beli ikan ni, tapi nmpak fresh & sedang2 besarnya, so iols beli sekor.

Nak masak apa ni? Toinkk .. tetiba terpikir nak masak asam pedas. So beli skali daun kesum.  Okay, bila dh masak & rasanye yg sedap jugak buat iols nk share resepi nya. Sendirik cuba tauww :)

Bahan - bahan :
1) seekor ikan susu (size sedang2 - potong 5)
2) 10 kpg cili kering (blend)
3) semangkuk air asam jawa
4) 1 biji bawang besar & 4 ulas bawang putih (blend)
5) halia sebesar ibu jari (diketuk )
6) 5 tangkai daun kesum (lg byk lg okay)
7) Semangkuk ikan bilis ( di blend)
8) garam & gula kabung ( secukup rasa)
9) sedikit belacan (blend)
10) 7 btg bendi

Cara - cara :
1) Masukkan sedikit minyak masak. Tumis semua bahan blend sampai naik bau & cili masak.
2) masukkan air asam jawa.  Biarkan mendidih, masukkan ikan.
3) masukkan garam & gula kabung.
4) bila ikan separuh masak, masukkan bendi
5) masukkan daun kesum & tomato.

Bila kuah agak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan :)

Resepi hari ini : sambal lada simple

Assalamualaikum..
Bersama ini suka iols kongsi kan resepi sambal lada yg simple & senang :)

Bahan - bahan :
1) 7 biji cili api
2) 1 biji cili merah
3) 1 biji bawang merah
4) 1 biji limau nipis (diambil jus)
5) 1 biji tomato ( dipotong kecil)
6) 1 sudu besar gula
7) stgh sudu kecil garam

8) Sedikit belacan


Bahan - bahan :
1) Blend semua bahan kecuali tomato.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba uols!  :)

Resepi hari ini : sup ayam sedap & sihat

Assalamualaikum. .
Hari ini atas permintaan kawan2 iols,  iols sediakan resepi sup ayam ala-ala berempah gitu. Semestinya sup yg simple, berkhasiat & sedap!.. hehe :p

Bahan - bahan :
1) 6 ketul ayam
2) 3 biji kentang (dipotong 4)
3) 1 biji bawang besar ( dimayang)
4) 3 ulas bawang merah ( dimayang & digoreng)
5) 3 ulas bawang putih (diketuk)
6) Halia sebesar ibu jari (diketuk)
7) Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kayu manis (di tumis)
8) Sup bunjut
9) Setangkai daun sup ( dipotong halus)
10) 3 cawan air
11) 2 biji tomato (dipotong 4 )

Cara-cara :
1) masukkan sedikit minyak. Tumis semua bahan yg dimayang & diketuk. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih & kayu manis serta sup bunjut sehingga naik bau.
2) masukkan ayam. Kemudian, masukkan 3 cawan air.
3) masukkan kentang. Biar mendidih.
4) masukkan garam & secubit gula.
5) apabila ayam empuk, masukkan tomato, cili besar & daun sup.

Taraa .. sedia dihidangkan.  Selamat mencuba uols! :)

** sup ayam sgt sesuai dimakan bersama sambal belacan & ulam-ulaman

Monday, December 8, 2014

Resepi hari ini : kerisik ikan versi kelantan ..

Assalamualaikum.
Hari ini iols nk berkongsi resepi sedap & simple dari kelantan! Kerisik ikan yg sangat sesuai dimakan bersama pulut atau nasi dagang :)

Kerisik ikan kelantan sangat sedap dimakan bersama pulut diwaktu pagi .. pergh! Terasa berada di kg ..

Bahan-bahan :
1) 1 ekor ikan kembung besar (dibakar) - diambil isi ikan & ditumbuk
2) 4 ulas bawang merah - ditumbuk
3) semangkuk kecil kerisik - ditumbuk
4) seinci halia - ditumbuk
5) separuh gula melaka (nise kerek - digelar org kelantan)
6) garam secukup rasa

Cara-cara :
1) campurkan semua bahan yg ditumbuk & gaulkan garam & gula secukup nya.
Sedia dihidangkan ..

Tuesday, April 29, 2014

Resepi sambal tumis telur sedap & cepat

Assalamualaikum ..

Hari ni saya nak berkongsi resepi nak buat sambal tumis telur cepat dan sedap .. cewah, sedap ke? Mesti lah .. sbb tu saya share resepi ni. ;p

Bahan-bahan :
1) 4 biji telur (dibasuh bersih-bersih kulitnya.
2) 1 biji Bawang besar (di hiris lebar)
3) 2 ulas bawang putih (dihiris)
4) cili giling
5) gula melaka, garam secukup rasa
6) tomato, cili besar & daun bawang

Cara - cara :
1) telur direbus. Kemudian kulitnya dikopek. Goreng telur rebus itu sehingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
2) tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan cili giling sehingga cili masak.
3) masukkan gula melaka & garam secukup rasa. Tambah sedikit air.
4) masukka telur rebus yg siap digoreng tadi.
5) masukkan tomato yg telah di potong empat.
6) masak hingga kuah sambal pekat.  Tutup api.

Sedia dihidangkan. Tabur daun bawang sebagai hiasan.

Taraa .. sedap sungguh sedap. Hidang bersama nasi panas2 :))

Selamat mencuba ye ;)

Sunday, April 20, 2014

Resepi jeruk mangga / jeruk pauh terbaik

Assalamualaikum ..

Hari ini saya nk share resepi macam mana nak buat jeruk buah pauh / mangga / mempelam. Ini gara2 jiran bagi buah pauh yg agak banyak. Saya panggil pauh ringan atau org utara panggil mangga teloq. Hehe

Ok, ini bahan-bahan nya :
Buah pauh / mangga
Garam
Gula
Air

Simple kan?

Cara-cara nak buat jeruk :
1) mangga / pauh dibasuh bersih-bersih. Potong 4 atau 6. Kulitnya jangan dikupas.
2) rendam dengan air garam selama 1 hari 1 malam.  Cth : rendam pukul 3 ptg arini, esok 3 ptg sudah okay!
3) keluarkan buah mangga / pauh dr rendaman air garam. TAK PERLU TOS.
4) masak air gula.  1 plastik sederhana buah pauh bersamaan 1 kg gula. Biar agak pekat.. jangan terlalu pekat. sejukkan. Hehe
5) masukkan air gula ke dalam jeruk pauh yg dh diasing dari air garam.

Taraa! Dah siap. Utk lebih sedap & umph! Simpan dlam peti ais selama sejam. Baru lah dimakan .. memey sedap!

Wednesday, December 18, 2013

Agar-agar berkulit orange .. Aktiviti bersama anak

Assalamualaikum ..

Petang ni rasa agak malas untuk bawak cella pergi keluar bermain .. apa eh nak buat. Ting! Tetiba nak buat something ngn cella, agar dia tak boring.

Ok nak, jom kita buat agar-agar ye. Alamak plan nak buat rainbow jelly. Tp tinggal kaler hijau je dlm peti ais.
Ok, ade oren .. jom kita buat agar-agar kulit oren. Yeayy .. kalu byk kaler lg cantik ..

Thursday, December 5, 2013

Durian crepe oh durian crepe sedap!

Assalamualaikum!

Ini durian crepe pertama saya di bulan december. Sedap sangat!
Saya beli kt area bandar bukit puchong 2.. 

Makan durian crepe ni buat kita lupa segala-galanya. Hahah :D. Kejam kann. Tapi saya mmg suka durian crepe ..

Jadi kalu sesapa rasa ade stress ke.. rasa cam down ke.. jangan lupa makan durian crepe. InsyaAllah,  rasa kenyang .. hati pun senang! ;p

Saturday, November 17, 2012

Food review : D'Sedap Sengoti, Cyberjaya

Mmg sedap Sengoti! Atau dlm bahasa Malaysia .. Sedap sungguh! Hidangan yg mmg sedap, lg2 bila perut tgh kelaparan.

Saya order chicken chop ngn Abc! Mmg special! En suami memesan fried rice lamb chop & kopi o panas! Manakala puteri saya order roti kegemaran nye, roti boom & air kosong! Warh mmg best!

Kepada kawan2 & mereka yg ingin mencuba, boleh la mengunjungi Restoren D'Sedap Sengoti ini yg berada di Cyberjaya! Memang byk menu2 yg menarik! Sila lah cuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...