Ni semua gara² nak diet ni. (diet lah ni! sampai la ni tak stop mengunyah lg. hehe ..) Mengikut blog taknakgemuk yg diacadangkan member satu opis, sekiranya lapar jadikan seaweed sebagai snack! sekali beli td yg sedap pulak! pergh, addicted la plak. seriyess sedap wei!
Bila dah makan, mula lah nak tau pasal seaweed ni. Seaweed yg saya cuba ni merupakan nori seaweed.
Ape tu Nori Seaweed?
Nori itu rumput laut/seaweed. Nori adalah rumput laut (jenis P. yezoensis dan P. tenera) yang dikeringkan (atau dipanngang) dan dicetak seperti kertas. Nori mempunyai kandungan karbohidrat, protein, vitamin, dan yang paling utama, mineral yang tinggi.
Setiap 100g nori mengandungi :
27.0 μg carotin, 4.6 mg vitamin E, 390 μg vitamin K, 0.69 mg vitamin B1, 2.33 mg vitamin B2, 11.7 mg niacin, 0.59 mg vitamin B6, 57.6 μg vitamin B12, 1.90 μg folic acid, 1.18 mg pantothenic acid, dan 210 mg vitamin C.
Selain itu juga mengandung 41.4 g of protein, 3.7 g lemak, 44.3 g karbohidrat, 280 mg kalsium, 300 mg magnesium, 2.4 mg potassium, 3.6 mg zinc, and 11.4 mg zat besi.
Inilah gambarnye Nori Seaweed yg saya cuba! Saya beli Crispy Seaweed brand Taokaenoi! Moga ia menjadi amalan pemakanan saya skrang, cewah! :)