Wednesday, October 24, 2012

COOKLINE : Nasi Arab & ayam percik at MIL's house


Mungkin terlambat upload psal post ini. Yeay! masak² kt umah Mak tersayang aka mak mertuaku! Hari Ahad lepas, saya bersama ipar duai menolong mak menyiapkan masakan yg tak pernah cuba iaitu, Nasi Arab! dan lauk sampingannya ialah ayam percik (istimewa dari saya) hehe .. Mak menggunakan periuk & kuali dari jenama Cookline (Zhulian).. warh senang, cepat dan mudah. Paling best rupanya yg cantik. kaler merah u! i likee :))

Biasanya untuk masak nasi kita mengambil masa yg agak lama juga. tetapi berbeza ngn periuk COOKline, hanya 30 minit u.. dah la banyak nasinya, nasi arab pulak tu. wow wow skali lg. Serius berkenan ngn periuk ini. InsyaAllah akan beli macam mak punya! Ayam dipangganng dgn kuali merah cookline juga. cepat juga! terasa kelembutan ayam dan struktur isinye yg cantik! warg.. suka²..

Taraa, tak sampai 1 jam, semua sudah siap tersedia. Apa yg best lagi pasal periuk cookline dr Zhulian ni? sudah tentu tak perlu disental ngn dahsyat, memadai mengelap lembut dgn span yg lembut. taraa, dh bersih. bertambah berkenan okay! Selain menjimatkan gas kerana hanya perlu membuka api yg kecil shj ketika proses memasak, saya juga tak perlukan minyak yg banyak. memadai 2 sudu minyak zaiton. bestkan, semua jimat & menyihatkan.. :))

Ok mak, taknak cakap byk! nnti cukup bulan nnti nak order 2 ngn mak. satu kuali, satu periuk!..hehehe ;p
Ni la gambar nasi yg dimasak menggunakan periuk cookline ni ..


Monday, October 22, 2012

Salam Aidiladha 2012!


Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam .. Moga sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

Mari berkorban mencari keredhaan Allah. Mempersiapkan diri untuk menghadapai ujian² dari Allah, mempertingkatkan keimanan & ketakwaan kepada Nya!


Saturday, October 13, 2012

Movie weekend at home. Tiga Hari ..

Bersantai dirumah bersama family. What a lovely weekend! .. Seharian. Dgn cuaca hari sabtu yg redup, kemalasan tahap maksima melanda diri. Melepek atas sofa tgk TV. Apa nk jadi daa ..

En suami baru balik dr low yat. Huh! Pg tak ajak. Nyampah ai taww! Ok, nak layan movie Tiga Hari tu, apa lagi streaming je kt umah.. :)

Ceritanya agak boring la juga jalan ceritanya. Starting pon dh boring. Tp saya still layan juga..

Friday, October 12, 2012

It's a song

Laju kata-kata menusuk kalbu. Tikaman kata di keluarkn bertubi-tubi tanpa memikirkan perasaan org yg dikasihi.

Hamburan menjadi kebiasaan. Melepaskan apa yg terbuku didada. Sedih bila mengenangkan. Namun terlajak perahu boleh diundur.

Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu. Mungkin nak beri kekuatan
Mungkin nak jauh dari dendam
Mungkin nak tarik kenikmatan
Mungkin nak larikan kekusutan
Mungkin nak hadiah kan kebahagiaan

Luahan memberi kedamaian. Luahan menerbitkan salah sangka. Luahan menimbulkan tanda tanya. Luahan menceriakan suasana tegang.

Apa pun yg dilakukan, perlu berhati-hati dgn keputusan. Ingat Allah. Ingat mereka yg tersayang
Ingat hidup ini di tangan Tuhan .

Monday, October 8, 2012

Maulana bistro, Putra walk seri kembangan

Oh mamak lagi! Singgah makan kat maulana bistro equine lepas window shopping kt JJ. Saya mmg suka makan kedai mamak. Hehe.

Sangattt lapar okay. Seharian hanya makn cekodok bilis. Perut dh bernyanyi2 ni. Okay, nak order nasi putih, ayam goreng mamak! Heheh, sbb lapar juga.. So kita order milo ais tabur. Hihii ..

Cella macam biasa nak try roti tisu kt maulana bistro Sk. Rasanya mmg takleh lawan ameer ehsan kt BK3.. En suami order kuey teow goreng & telur mata. Pergh sedap! Terangkat beb.

Mee udang BNO & cendol bakar sabak bernam!

Tak sah kalu pegi sabak bernam tak singgah ke BNO ( bagan nakhoda Omar).. Lg tak sah kalu tak pekena mee udang special kt BNO. Serious, teringat2.

Saya bersama en suami & cella mencuba mee udang yg ade kt BNO. Wallaweh! Sedap sey .. Udang2 nye yg sgt fresh & sedap wa ckp lu. Saya order air kelapa yg sungguh menyegarkan .. Selain tu, kerang bakar pon kami cuba!

Ok, lepas kami bermain pasir di BNO, kami terus bergerak mencari cendol bakar. Mesti singgah. Apa yg special nye cendol bakar ni? Ok, bak kata tokey kedai ni, gula merah nye dibakar. Yg lg best, boleh Refill percuma! Yahoo .. Ade cendol durian, cendol pulutbtapai & cendol biasa .. Selain itu terdapat gerai makanan2 lain. Ade otak2, nasi lemak dara, nasi lemak bungkus .. Best la lepak disini ;)

Ok, kalu sesape dtg ke sabak bernam ni, jgn lupa cari mee udang BNO & cendol bakar.. Best!

Wednesday, October 3, 2012

Ion Terapi kat Taman Medan! Jom buang toksin kata ko ..


Malam ni nak pg rendam kaki kt Taman Medan, atau org panggil ion terapi. Gara² sakit kaki aritu, en suami ajak pergi berendam kaki pakai terapi ion ni. ditambah pulak ayah mertua & mak mertua penah mencuba terapi ni. So, ayah ngn mak suggested kan tempat ni. Okay la, kita cubalah. Kata nak buang TOKSIN!

Dari rumah ke Taman Medan agak jauh jugak. yg lg pasrah, kene lalu jammed kt area perumahan sebelah taman medan. Kebetulan juga malam ni ade pasar malam. lg la sesak. huhu

Kedai terapi ion ni bersebelahan Singer di PSJ3. saya sampai kira² kul 9.00 mlm. Agak ramai org ade disini. memula sampai pekerja bg kerusi dn meletakkan bekas air yg berisi plat elektrik .. kaki direndam dlm bekas air tu. Kene tunggu 45 min utk melihat hasil.

Air yg jernih berubah kaler. kekotoran air terkumpul dlm plat elektrik tu. saspen sungguh. bila dh cukup 45 min, pekerja dtg & menyuruh saya angkat kaki sbb dia nk mengangkat plat letrik tu. Ambik ko, berketuL air pelbagai keluar dr situ. hijau, kuning.. siap ade gelembung buih lagi. adoii. geli den tgk! Pekerja tu mmberi kertas yg ditanda mengikut kaler air yg keluar ..

pergh! macm² toksin dlm badan saya. kolestrol lg. patut la selalu sakit kaki, ade toksin dlm sendi. adoii.. Now, dg rasa lega sket. fresh je. so, next time boleh buat lg terapi ni ;)

Tuesday, October 2, 2012

Sakit kaki. Aduh.. hu hu


Pagi ni tgh bersiap² nak ke office tetiba terasa bawah kaki sakit. serius sakit yg teramat sangat. sampai terduduk saya. Saya terdencot² ke ke bilik. amik nafas, urut kaki ke tumit perlahan² sambil berselawat. huih, rasa lega sikit. Sambung balik menggosok baju.

Sakit di bahagian tumit masih terasa. Seharian kot. dari pagi di office sampai petang, sakit masih terasa. risau saya dibuatnya. Bila keluar lunch, nak pijak kaki mmg terasa ngilu. adoii, sakitnya kaki ku!

Petang tadi call suami mengadu kesakitan kaki ni. Bajet boleh tahan, tapi tak mampu. ade kawan² mengusik kene GAot! Adeii, lg seram dibuatnya. En suami mengajak pergi mandi Herba. Katanya, mandi herba ni baik nak meregangkan otot² yg lenguh dan sakit. sambil² buat angin dalam badan & melancarkan aliran darah. Ok lah, setuju je. so malam ni nak try lah!

Monday, October 1, 2012

Ku Sangka Banting, Rupanya Sabak Bernam! Oh, DH41 ..

Agak memeranjatkan juga! Sedih Sangat ;( Rupa² nya Politeknik Sultan Idris Syah tu kt Sabak Bernam. huhu.. Gara² dok ingat Sungai Lang tu ade kt Banting, saya ingat disitu. Rupanya saya dapat di Sungai Lang, Sabak Bernam. huhu huhu ;( Sedih nak berpisah dgn family, lebih² lagi anak kesayangan Cella. Terpaksala saya memohon kuarters.

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur masih dpt politeknik dlm Selangor. sekurang² nya saya masih bole balik hujung minggu. Drive amik masa lebih kurang 2 jam lebih je. Sabarlah Hati! Mungkin ade hikmah yang tersembunyi.. Hati saya tetap redha dgn keputusan ini. Mungkin sudah rezeki saya disana.

Lagi sebulan untuk lapor diri. Surat resign dh saya serahkan pd tempat bekerja sekarang. Agak sedih! ;( Maklum la sudah 5 tahun lebih mencari rezeki disini. Terlalu byk pengalaman dah belajar kt sini. Sedih nak tinggalkan tempat yg telah bertakhta kt dalam hati saya. Walau apapun, perjalanan mesti diteruskan. Bakti masih diperlukan disana. Menanti saat² utk bergelar pendidik! InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan ..Aminn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...