Wednesday, January 28, 2015

Pemerhatian menjadi didikan pertamanya. Tolong mama ye

Assalamualaikum ..
Hari ini iols nk share satu cerita yg mungkin menjadi pengalaman yg tak mungkin dilupakan. Anak iols sudah besar ..

Cerita bermula bila mana my precious princess, cella dah mula tolong mama menyusun barang2 dapur tanpa di suruh.  Gembira hokay!

Balik dari bershopping barang dapur berseorangan utk kepertamaan kalinya, mmg penat abis! Lenguh kaki cari barang. Haha, lawak pon ade. :p

Balik rumah, kepenatan!  Pengsan .. Bila ter jaga,  semua brg yg dibeli telah siap ter susun oleh anak kesayangan saya. Cella, buat mama tersenyum!  Lega tengok .. thank u yayang mama! .. "cella selalu tgk mama susun mcm ni kt dlm ni .." (sambil tunjuk ke cabinet) :)

So, moral of the story, sebagai parent, kalau kita buat apa2 aktiviti yg berkaitan dgn anak utk masa akan dtg,  kene selalu bagi dia 'menyebok' tgk apa yg kita buat. Dari situ dia start minat utk belajar buat juga .. :)

Dia skang pon dh start minat nk masak2 mcm mama dia. InsyaAllah,  mama akan turunkan ilmu masak2 kt cella ye yayang!

Sunday, January 25, 2015

Resepi hari ini : ikan susu masak asam pedas

Assalamualaikum. .
Selamat pagi isnin buat semua.  Hari ni iols beli ikan susu (bak kata makcik kedai) .. tak penah beli ikan ni, tapi nmpak fresh & sedang2 besarnya, so iols beli sekor.

Nak masak apa ni? Toinkk .. tetiba terpikir nak masak asam pedas. So beli skali daun kesum.  Okay, bila dh masak & rasanye yg sedap jugak buat iols nk share resepi nya. Sendirik cuba tauww :)

Bahan - bahan :
1) seekor ikan susu (size sedang2 - potong 5)
2) 10 kpg cili kering (blend)
3) semangkuk air asam jawa
4) 1 biji bawang besar & 4 ulas bawang putih (blend)
5) halia sebesar ibu jari (diketuk )
6) 5 tangkai daun kesum (lg byk lg okay)
7) Semangkuk ikan bilis ( di blend)
8) garam & gula kabung ( secukup rasa)
9) sedikit belacan (blend)
10) 7 btg bendi

Cara - cara :
1) Masukkan sedikit minyak masak. Tumis semua bahan blend sampai naik bau & cili masak.
2) masukkan air asam jawa.  Biarkan mendidih, masukkan ikan.
3) masukkan garam & gula kabung.
4) bila ikan separuh masak, masukkan bendi
5) masukkan daun kesum & tomato.

Bila kuah agak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan :)

Resepi hari ini : sambal lada simple

Assalamualaikum..
Bersama ini suka iols kongsi kan resepi sambal lada yg simple & senang :)

Bahan - bahan :
1) 7 biji cili api
2) 1 biji cili merah
3) 1 biji bawang merah
4) 1 biji limau nipis (diambil jus)
5) 1 biji tomato ( dipotong kecil)
6) 1 sudu besar gula
7) stgh sudu kecil garam

8) Sedikit belacan


Bahan - bahan :
1) Blend semua bahan kecuali tomato.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba uols!  :)

Resepi hari ini : sup ayam sedap & sihat

Assalamualaikum. .
Hari ini atas permintaan kawan2 iols,  iols sediakan resepi sup ayam ala-ala berempah gitu. Semestinya sup yg simple, berkhasiat & sedap!.. hehe :p

Bahan - bahan :
1) 6 ketul ayam
2) 3 biji kentang (dipotong 4)
3) 1 biji bawang besar ( dimayang)
4) 3 ulas bawang merah ( dimayang & digoreng)
5) 3 ulas bawang putih (diketuk)
6) Halia sebesar ibu jari (diketuk)
7) Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kayu manis (di tumis)
8) Sup bunjut
9) Setangkai daun sup ( dipotong halus)
10) 3 cawan air
11) 2 biji tomato (dipotong 4 )

Cara-cara :
1) masukkan sedikit minyak. Tumis semua bahan yg dimayang & diketuk. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih & kayu manis serta sup bunjut sehingga naik bau.
2) masukkan ayam. Kemudian, masukkan 3 cawan air.
3) masukkan kentang. Biar mendidih.
4) masukkan garam & secubit gula.
5) apabila ayam empuk, masukkan tomato, cili besar & daun sup.

Taraa .. sedia dihidangkan.  Selamat mencuba uols! :)

** sup ayam sgt sesuai dimakan bersama sambal belacan & ulam-ulaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...