Monday, March 14, 2011

Gembiranya hati mama ..

Tak dapat diluahkan dgn kata2. Hanya Ku panjat syukur kepada Allah. Alhamdulillah Atas segala nikmatnya :) berkat doa yg tak penah putus dr saya & Hubby mengharapkn yg terbaik utk puteri kami, Alhamdulillah .. Cella dh boleh membaca. Utk sukukata 'a'. Hampir usia mencecah 4 tahun, cella dh memahami doa2 keperluan seharian, surah2 pendek dlm alquran & kini mula belajar solat. Bak kata Hubby, tak sia2 meredah jammed LDP setiap pg nak menghantar cella ke little caliph :) Alhamdulillah.

Hampir menitis air mata saya buat pertama Kali cella membacakan doa utk kesejahteraan ibu napa semasa on the way balik dr rumah opahnye. Mulut mungil yg selama ini cukup menghiburkan saya benar2 menyentuh perasaan saya tatkala membaca buku utk pertama Kali nya.

Cella, mama doakan cella buat yg terbaik didunia & akhirat. Mama doakan sejauh mana cella pergi, jgn lupa dgn suruhan Allah & perintahNya. I love u cella! Make me proud of you !

Friday, March 11, 2011

TERKINI : Gempa bumi & tsunami di Jepun



Salam.. berita terkini. Jepun sekarang dilanda Gempa bumi dan tsunami. Disini saya kongsikan bersama, petikan dr BHarian Online :


Jepun Dilanda Gempa Bumi 8.9 Magnitud

TOKYO : Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

*Sumber : bharian online

P/s : Bersama² kita doakan keselamatan rakyat Malaysia di sana.


Wednesday, March 9, 2011

Suara sedap, Muka cantik ..


Suara sedap, Muka cantik ..

Complete kan? Pagi² lagi layan MHI kt Tv3. Tgk ade satu band ade 1 lelaki & 1 pompuan. Singer nye pompuan. mmg cun. suara pon sedap. Complete Package! nama pon cun. Dardina. Rasa kenyang breakfast pg td .. walaupun hanya Nesvita :))

Rasa bangga ngn band² underground skang ni.. mmg superb! dr jalanan dh berani ke level² yg lebih tinggi. Mungkin skang kita dh tak lagi jumpa band jalanan macam tahun² 90 an dulu. Saya ingat bila mana saya ke pasar seni, jalan² area masjid jamek tahun 1999 -2001, masih nampak band² jalanan yg buat persembahan. ;)

Mungkin sekarang, band² ini lebih suka berubah ke bistro² & restaurant yg lebih mengikut masa dan keadaan masa kini. Mungkin teknologi yg terlalu cepat berkmbang membuatkn kebyakan band² lebih memilih tempat² seperti ini.

* Pernah sekali skala layan live band di restaurant cerana (berhampiran phoenix plaza), Borneo Rainforest, ( sebenranye saya mmg SUKE! .. )

** gambar diatas : sekadar hiasan; **

Cake for Cella ..




Mlm ni konon2 nye nk celebrate harijadi cella. Aku beli cake dr alamanda. Sementara tgu cella balik ngn Hubby, saya spt biasa menyediakn dinner.. Maggi goreng menjadi pilihan. Buat sandwich tuna, potong Oren ngn vitagen.. Taraa.. Surprisee! Cella balik, happy giler tgk muka dia.. Budak2 kan. Janji ade cake. Heheh!

En Hubby ckp kalu ade rezeki, Nk wat birthday party utk cella sambil2 housewarming. Hujung bulan ni kot! InsyaAllah ..
Aku tak kesah mane2. Janji cella happy! :))

** cake takde lilin, sbb tak beli kt kedai cake.. So, guna tea light candle je (Nk puaskn ati cella) ..


Happy Birthday to My Little Angel!

Happy Birthday to my little angel : Mashitah Marcella binti Azizul Rizal :)

Tersentuh hati bila terbaca dr fb : status updated by my hubby .. huhu
.. So touching :(

*Moga Cella menjadi anak yg berjaya didunia & akhirat. Sentiasa menghormati semua org, taat pada ibu bapa, keluarga & agama .. Membesar dgn penuh kasih sayang, dilindungi & dirahmati Ilahi sentiasa. I love u sayang, buah hati pengarang jantung mama! .. Aminn ya rabbal alaminn.



Tuesday, March 8, 2011

Lawak : Eksekutif


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Alamanda oh!

Special utk Cella. cute kan?

Baru balik lunch dr Alamanda .. Ajakan dr kawan² utk membeli hadiah kawen member. Mmg seronok! ye lah, kuar shopping waktu kerja. eheh! :)

Singgah di kedai Cadar (cadang nye nk beli cadar as wed. gift).. Pusing punye pusing, belek punye belek, akhirnya dapat! Harga RM 239 (normal price), kalu beli 2, dpt dgn harga RM 360. So, aku yg mmg bercadang nak beli cadar, termakan ngn promosi ittew. So, cadar ke dua confirm kepunyaan aku ngn harga RM 180.. Suke? ye, mmg suka. Confirm, kaler : earth color.

Hadiah kawen dh beli. Perut pon dh berbunyi. So, bercadang nk tapau jew makan kt office. Bergerak ke Chicken Rice shop. Tiba² ..

Kt Lobby Alamanda ade buat pameran cake, choc.. boleh rase free jew. Derang jual alat² buat cake, tepung segera & macam² promosi. Singgah lah jap
Tup² nmpak cake butter cream yg cute, meletop! Harga RM 25. Apa lagi .. terngat birthday my cella. So, aku angkat. MMg cantik!

Gara² ittew, lebih kurang RM200 lebih melayang di Alamanda ..

**p/s : Tepuk dada tanya selera.. opps silap! tepuk dada tanya poket. kalu tak cukup duet, makna nye jilat cadar la aku bulan ni. huhu.


Mood Polka dots



Semangat hari Rabu menjelang lagi. Pagi² lg saya dh excited nk memblogging .. Tengok kiri kanan, depan belakang.. baru perasan hari ni mood saya : P.o.l.k.a d.o.t.s

Ape itu polka dots?

Menurut Wikipedia, the free encyclopedia : Polka dot adalah pola yang terdiri dari sebuah array lingkaran penuh, umumnya berukuran sama dan berjarak relatif dalam hubungannya dengan diameter mereka. Polka dot yang sering terlihat pada pakaian anak-anak, mainan, dan perabot, tetapi mereka muncul dalam pelbagai konteks. Pola ini jarang muncul dalam konteks formal, bagaimanapun, dan umumnya terdapat pada pakaian bermain seperti pakaian renang. Kadang-kadang, titik-titik kecil putih-dan-hitam muncul pada pakaian formal.

Walaupun terlalu banyak tasks utk di selesaikan, tapi saya berasa teruja & enjoy. Saat ini saya berasa begitu positif.

" Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will - Zig Ziglar "


Pukul Berapa Oh Pak Belalang! ..


" Demi masa, sesungguhnye manusia berada dlam kerugian, melainkan mereka yg bertaqwa & beramal soleh"

Jam di tangan menunjukkan pukul 6.14 pm. sudah tiba nya waktu mahu pulang.. tp bukan waktu yg terpapar menarik hati saya.. tp JAM nye, hihi. ye, akhirnya setelah kesekian kali nya saya mempunyai seutas jam yg lama diidamkan setelah jam dahulu hilang entah dimana.





Hati saya mmg berbunga².. CASIO pemberian dr en hubby sgt dinanti². heheh! Jadi hari ni mmg saya bersemangat.. jam baru & tudung baru. haha! semangat kan?





*p/s : Terima kasih daun keladi ye en. hubby. saya sangat SUKE.. ok. :))

Thursday, March 3, 2011


Begitu teganya kau wahai sahabat .. f (11.35 am)




Sekadar pengajaran bg kita yg pernah melukakan/menyakiti .. SEmoga Hari Jumaat yg barakah ini, kita mendapat keberkatan nya.

" Sehingga kini saya tertanya².. kenapa ada mereka yg sanggup menyakiti hati kawan² nye secara terang²an.. Rasa BESTkah bila .. "


Sedang saya berduka/bersedih (mungkin mengalirkan air mata diketika ini).. tiba² ERA Fm memainkan lagu nasyid yg saya fikir kita boleh renung² kan .



Lirik Hukum Tuhan – Hijjaz

Buatlah yang baik pada manusia
Dengan kerelaan serta keikhlasan
Jerih payah kita tidak sia-sia
Tuhan dah berjanji memberi balasan

Pabila yang baik kita lakukan
Balasan yang baik akan gantinya
Itu semua usah ragukan
Berlipat ganda kelak kan datang gantinya

Demikian pula perbuatan buruk
Semuanya itu akan diganjar
Meskipun betapa pandainya menyorok
Namun hukum Tuhan akan mengejar

Tuhan telah jelas menyatakan
Amal buruk jangan dikerjakan
Siapa berbuat akan merasakan
Azab dan siksaan sebagai balasan


** Sampai hati mu wahai sahabat **

Everything Happens for a Reason ..



............... roti hailam + Nutella + oldtown white coffee .............




Wednesday, March 2, 2011

Makan Hati Berulam Jantung ..



Tetiba perasaan bercampur baur ..




"mkn sekeping roti hailam bersaluti Nutella menceriakan pagi ini" .. (Tidak rupanye.. bisik dlm hati)

Ye, saya Makan Hati Berulam Jantung ..

Terguris mungkin. Dgn sikap seorang kawan yg bersikap suka pekena kn org dgn ayat² yg bisa meruntun hati. Ntah. OK malas pikir.

Lunch ni saya nak Makan Hati Berulam Jantung pisang la pulak. ooo.. sedap woo, cicah ngn sambal belacan. :D



* Sumber Wikipedia :

Makan hati, berulam jantung = Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

** Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. (Orang bodoh yang banyak bualnya) **




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...