Sunday, April 29, 2012

Rotavirus : Anak Saya dijangkiti Rotavirus : cirit birit yang kerap

Membasuh tangan merupakan perkara asas untuk mengelak daripada jangkitan rotavirus.

Cirit-birit & muntah²; merupakan symptom utk dikenalpasti sekiranya kanak² dijangkiti rotavirus. Pengalaman yg saya tidak dpt lupakan. Cella puteri kesayangan saya terkena jangkitan rotavirus. Aduh! kesian cella kerana dehydrated, tidak selera menjamah apa² makanan. Bahkan kelihata lesu dan lembik kerana perut kosong selama 2 hari.

Setiap kali dia mengambil susu atau air kosong, dia pasti muntah² & membuang air besar/cirit-birit. Ubat yg dibekalkan di klinik tidak membantu. Saya mengambil keputusan merujuk kepada Hospital. Hospital Columbia Asia, Puchong menjadi pilihan kerana berdekatan dgn rumah.

Ujian dilakukan dgn mengambil sampel najis. keputusan ujian positif! Ya Allah! begitu takut nye saya diketika itu. Air mata terus mengalir melihat cella yg lemah dan hanya berbaring diatas katil. Doktor juga membuat bloodtest dan cella admitted di ward. Kerana ia adalah rotavirus, tiada antibiotik yg dpt diberikan. selain di drip air, diberikan ubat mengeluarkan angin dlm badan & probiotik. puteri saya semakin pulih.

Alhamdulillah,kupanjatkan doa kesyukuran ya Allah! Setelah satu malam di hospital, cella menunjukkan tanda² sudah sihat! Sudah berminat utk bemain game di ipod touch nye, sudah mula bergaduh dg mamanya berebut channel tv. Alhamdulillah :)) Walau apa pun saya tetap berhati² dgn pemakanan cella. terutama dr segi kebersihan diri. Saya mendapat maklumat dr pihak tadika, cella dijangkiti di tadika kerana terdapat kawannye yg senasib. Selain perkongsian tandas dan kebersihan diri, sentuhan antara yg dijangkiti pon mempercepatkan terdedah dgn rotavirus. Apa yg penting, sentiasa membasuh tangan utk mengelak sebarang penyakit. InsyaAllah.

Setelah 2 hari dan dua malam dihospital, Cella dibenarkn keluar. Cella semakin aktif dan sihat! Syukur ya Allah!

** pesanan kepada ibu² diluar, supaya tidak memandang ringan dgn cirit birit biasa yg berlaku pada anak-anak. biasanye rotavirus menyerang baby & kanak² berumur 5 tahun ke bawah. Berhati² lah!

** Jika anak anda mengalami ciri birit yang kerap dan muntah muntah, jangan lah berlengah! segera lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mereka mungkin dijangkiti rotavirus yang boleh membawa maut.


** utk maklumat detail mengenai Rotavirus, boleh la layari laman web ni:

Saturday, April 21, 2012

Sunway Lagoon - RBC Family Day 2012

Sunway Lagoon - RBC Family Day 2012. Agak lama tak update blog. bermacam² hal dah berlaku, habuk pon dah penuh dlm blog nie. fuuhh.. fuhh (tiup habuk)

Sunway lagoon lagi menjadi pilihan company en husband. Last year, company lama pon mengadakan family day di sunway lagoon jugak. Rasanya bulan nov 2011 yg lepas. Kali ini kami berpeluang berkunjung ke sini lagi dgn company baru en hubby. Best! sebab leh masuk 3 parks free! hehe. Kalu nk masuk lebih lagi, kene tambah RM 15 jew. tp kami tak tambah pon. My Cella spt biasa, menjadi manusia paling happy! Alahai anak ..

Sunway Lagoon mmg sesuai utk tempat beriadah bersama² family, kawan² & geng². MMg byk aktiviti menarik. Selain boleh bermain air dgn game² yg best, kita boleh jugak menikmati taman hijau kt dalam sunway lagoon. Boleh la layan nk tgk zoo, burung² terbang kt sekeliling kita. Agak sesuai dimusim² panas macam skrg ni. Kat dalam zoo ni byk pokok², REDUP jee.. saya suka lah!

Ade jugak game macam kt Disneyland tu. :) boleh la layan. Saya seronok jugak. My Cella jangan cakap lah! Kalau nk cuba aktiviti lasak pon bole. Extreme park, macam² ada. Macam : Archery Target Shooting, All Terrain Vehicle (ATV), Go-Kart, Highest Slingshot Ride – the G-Force X & macam² lah! Saya ni buat iklan FREE pasal Sunway Lagoon. Pada sesiapa yg berminat nk tahu lebih lanjut, boleh lah surf website ni : www.sunwaylagoon.com.my



Sunday, April 8, 2012

menghias ruang tanah yg kecil

Aktiviti petang yg agak santai & relaks! SAmbil² en hubby membersihkan tempat parking di depan rumah, saya menghias kawasan kosong dgn menanam pokok bunga kecik yg beraneka warna. Yeay, ditambah dgn batu² putih yg dibeli di nursery berhampiran umah. Taraa! dh penuh .. nampaknye kene siram pokok ni hari² ;) Moga cepat besar & segar! (berdoa dlm ati =))


Friday, April 6, 2012

Bila polyps di dalam rahim .. Part 2

Sementara menunggu waktu pembedahan, Saya dimasukkan 2 biji ubat untuk melembutkan polyps di dalam rahim. Selama satu jam saya hanya dibenarkan berbaring dikatil & tidak boleh banyak bergerak. Hanya suami menemani diketika itu. Walaupun suami tidak berapa sihat pada hari itu, tetapi dia tetap kuat dan memberi sokongan & semangat kpd saya.

Pintu bilik diketuk, Nurse membawa wheelchair utk membawa saya ke OT room. Saya berserah & pasrah pd Allah. Mengharapkan semuanya berjalan dgn lancar. Saya dikehendaki memakai pakaian dibilik bedah. Sebelum saya di bius, Dr menceritakan mengenai appointment saya selepas seminggu nnti. Doktor mengingatkan saya utk berselawat & mengucap dua kalimah syahidah. Selepas itu, saya mmg tidak sedarkan diri. Hampir satu jam proses pembedahan berjalan.

Sedar2 saya sudah berada di Wad dan ditemani dgn suami & puteri kesayangan, Cella. Hilang perasaan resah bila melihat mereka. Apatah lg, senyuman cella pabila melihat saya. Ya Allah, syukur, aku selamat.. menitis air mata!

Nurse menunjukkan sebotol kecil sample polyps yg diambil utk dihantar ke makmal. Lg seminggu saya dikehendaki berrjumpa dr FAZLina semula. Ya Allah, hamba Mu berharap tiada apa yg serius & merbahaya berlaku padaku nnti!.

Pada petang & malamnye, keluarga, kawan2 dtg melawat & menceriakan hati saya. Syukur Ya Allah!

Suami & Cella penguat semangat saya. Thanks sayang ..

Terima kasih semua! luv uols ..

Bila polyps di dalam rahim .. Part 1

Bila polyps di dalam rahim, tentulah minor operation diperlukan untuk membuang polyps tersebut. Begitulah yg terjadi pd saya. Sekadar ingin berkongsi pengalaman bila mendapat tahu ade sesuatu yg menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Sungguh saya tidak menyangka. tanpa kesakitan atau apa2 yg mencurigakan melainkan kitaran haid yg tidak menentu merupakan SEBAB utama saya mendapatkan rawatan. Pada pg selasa (27 mac 2012) saya ditemani en suami membuat checkup di Pusat Rawatan Islam Az-zahrah, bangi. Sekadar rawatan biasa bertukar dgn pemeriksaan imbasan/scan dr Dr Fazlina. Hasilnya, didapati ade sesuatu/polyps di dalam rahim. saya amat takut. Dr menerangkan polyps itu yg menyebabkan kitaran haid saya tidak menentu dan ia tidak merbahaya.

Dr menasihatkan untuk membuat pembedahan mengeluarkan polyps tersebut utk diambil sampelnya utk mengetahui polyps itu boleh menjerumus kpd penyakit atau tidak. Saya bersetuju walaupun perasaan sgt takut. Dr melihat jadualnya dan menetapkan pd ptg tersebut utk membuat pembedahan. Jam ketika itu menunjukkan pukul 11 pg. Saya dimasukkan di wad terlebih dahulu dan dikehendaki berpuasa sebelum operation bermula pada pukul 3.3o ptg.

Sementara menunggu waktu pembedahan, saya dgn tiba2 demam (38.2 darjah celcius), mungkin terlalu takut dan terkejut. Serius, hanya Allah swt yg tahu perasaan di ketika itu. Sementara menunggu di katil, dtg seorang pegawai perubatan membacakan doa dan menenangkan saya dgn semangat & kata2 yg menyentuh hati sehingga saya teresak2 menangis. mungkin terasa diri begitu kerdil di bumi Allah utk menerima ujian ini. Ya Allah!

Warded!

selepas pembedahan!

Lovely Weekend at Grand Lexis PD

Pada 24 Mar 2012 yg lepas, en suami membawa kami kami bersantai2 hujung minggu di PD. Alangkah seronoknye dapat bermalam di Grand Lexis Resort. Bahagia rasanya, Alhamdulillah. Dgn kemudahan private pool yg menjadi sebutan ramai. Akhinya kami disini!

Dgn ruang bilik yg agak luas, membuatkan saya, cella & husband byk menghabiskan masa dibilik. disamping melayan cella dgn aktiviti kegemaran, swimming! Kami dh plan awal2 tentang aktiviti disini. selain bermain permainan match code bersama, kami juga menonton movie yg siap2 didonlod oleh en suami. mmg bersantai abis :)) sgt happy bila tgk puteri kesayangan tersenyum Gembira!

Pd waktu petang kami bermain permainan di sekitar hotel. sgt enjoy! waktu malam pula kami mebawa cella bermain di game room hotel, byk permainannye. saya ngn suami bermain ping pong & snooker. Bila malam, Cella pon kepenatan. En suami mencuba berlibur di hotel lounge sementara saya hanya melepak dibilik sambil berendam di pool didalam bilik. Oh heaven sungguh! hehe :p

Breakfast di Restaurant Duyung, Grand Lexis. Menu agak byk, tetapi rasanye tidaklah selazat hrganye. selesai menikmati breakfast, kami melayan outdoor swimming pool plak. oh! sgt sesuai utk family yg ingin bersantai disini. Swimming pool yg besar dgn playground yg menarik.

Mari tgk gambar2 sepnjang percutian kami. Saya bg 10 bintang utk grand lexis!

Cella ngn hobinye, swimming!


Cella dgn game "match code" nye ..

Layan movie "mars need mom" .

above the sea!

game ala2 dlm citer 'mall cop' ;p

Mari Membakar Chocolate Muffin!

Petang Jumaat yg barakah! Seperti biasa saya bercuti pada hari ini. seharian dirumah. mengemas rumah, membasuh pakaian & menonton tv. sambil2 mendonload movie. Tetiba trlayan cerita 'hantu kek' kat tv yg dilakonkan oleh Jasmin Hani. Agak menarik!

Alamak! tetiba terasa nak buat kek. Belek resepi kt cik google. belek dlm cabinet dapur. tgk bahan2 yg ada, belek peti ais, tgk apa yg ade .. ok! nak buat chocolate muffin. yeah!

Akhirnya muncul lah chocolate muffin di petang ini. seronok sbb muffin nye jadi. mungkin latihan diperlukan lg utk menjadikan nye lebih sempurna. Taraa! muffin sudah tersedia. sekurang2 nye takde la membuang masa sgt pd hari ni ;p

Chocolate Muffin!


Cella mendeko muffin nye. Excited nak tolong mama!

Ini Cella punye :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...