Tuesday, August 28, 2012

Food Review : Chup! Cyberjaya (shaftsbury square :: Live. Work. Play)


Hari ini keluar lunch berempat! pusing punya pusing, kami meninjau² tempat makan di tempat baru, area bangunan shaftsbury square cyberjaya yg juga berhampiran dgn office kami. heheh!

Hajat dihati ingin makan di Kenny rogers yg berhampiran. Bila pusing² nak cari parking, kami lalu kt kedaai yg agak fancy nama nye. CHUP! .. cam best kan. so, apa lagi. kita TRY!

Agak menarik view/susunan kerusi, meja sofa didalam kedai. Serius, agak selesa! saya suka. Ada dua bahagian, ber aircond atau tak. dua² cantik! Kami pilih yg ada aircond la. nak duduk kat sofa yg selesa. hehe ;p

Saya order Nasi Asgari 'CHUP Special'. Gerenti sedap, serius tak menyesal order. (Nasi berempah + rendang daging +rendang ayam + sambal pedas = Nasi Asgari). Superb! wa cakap lu ..

Fatimah pulak order Fried rice sepecial (nasi goreng + ayam goreng + kerabu mangga). Comment : sedap sangat, kita suka.

Kak Ct pulak order Cantonnese Noodle. Memang sedap, beza mmg berbeza :p


julie pulak tgh diet & menjaga badan. so pilihan dia yg light² & vegi². hihi. Dia order Vegetarian Pasta. Pasta yg dihidangkan dgn sekeping roti ala² garlic bread, Nampak sedap tu! laju julie makan. sedap sgt la tuh ;p

Harga boleh tahan :
CANTONNESE NOODLE = RM9.90
VEGETARIAN PASTA  = RM9.90
FRIED RICE SPECIAL = RM10.90
NASI ASGARI  = RM12.90

ASAM BOI = RM5.50
FRESH JUICE APPLE = RM6.50
VANILLA FOLAT = RM6.50

*harga tu belum masuk tax 15% tau (service tax: 10%, gov. tax: 5%)

Comment : Menu yang sedap dan suasana kedai yang sangat selesa. sesuai tempat lepak² dan bersantai bersama kawan² & family. Star rating : 4.5/5 ...


Nasi Asgari
Cantonese Noodle
Vanilla Float
Us ..
Fried Rice Special

Thursday, August 23, 2012

Selamat hari raya aidilfitri ..

Belum terlewat nak ucap selamat hari raya idulfitri buat semua! Moga tahun ini menjanjikan sesuatu yg lebih hebat & membahagiakan.

Mohon maaf diatas semua kesilapan dan keterlanjuran .. Moga kebahagiaan yg dinikmati dpt dikongsi bersama. Jauhilah sikap suka ungkit mengungkiti yg boleh membinasakan ..

Monday, August 13, 2012

Berita gembira di bulan ramadhan! Keputusan pppt dh41 sudah diterima!

Ya Allah, syukur! Sedang tgh asyik memasak juadah berbuka tadi, tetiba dpt call dr kawan sekerja. "akak, kt mana?" td saya check kan akak nye pppt tu.. Akak dapat. Tahniah Kak, saya tumpang gembira.. "

Terkejut ya amat! " biau betul juli, saspen nye" en husband terus ke laptop, buka website spp, yes! Berjaya!
Husband, cella dan saya melompat2 gembira .. Alhamdulillah! Allah dgr doa saya :))

Airmata gembira berguguran tanpa sedar .. Amik phone call cu, Abah, Ayah mertua & Mak mertua! Alhamdulillah saya berjaya .. :))

Lagi 8 minggu utk lapor diri. Terasa diri begitu kerdil disisi Mu Ya Allah! Alhamdulillah, ku panjatkan doa syukur ya Allah. Terima kasih diatas rezeki ini. Pelihara kan lah aku, rahmati lah aku! Pelihara lah ku ke jalan yg Kau redhai!

* Hanya Tuhan yg tahu perasaan ku sekarang ini ...


Tuesday, August 7, 2012

Buffet Ramadhan di equine seri kembangan. Kambing golek yo!

Malam ni genap 18 ramadhan. En suami mengajak berbuka puasa di luar. Kami memilih buffet ramadhan di sekitar equine meninjau2 menu kambing golek! Akhirnya kami memilih berbuka Restoren D'ladang Bistro!

Harga yg ditawarkan buffet ramadhan disini ialah RM25 utk dewasa & RM12 untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Bagi peminat kambing golek, ia agak berbaloi kerana kambing goleknya sgt sedap! Menu2 lain yg disediakan ialah kuih muih, nasi 3 jenis, lauk pauk yg sedap, buah-buahan, jus & teh tarik yg sgt sedap! :))

Selain itu, kawasan kedai yg agak luas dgn decoration ala2 kampung yg begitu mendamaikan. Surau juga disediakan di tingkat 1 yg agak selesa. Saya berasa seronok berbuka puasa disini. Kepada sesiapa yg ingin mencuba, dipersilakan terutama kpd peminat kambing golek ;)

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Deal at Subway, puchong utama!

Subway, eat fresh! Kali ni kami berbuka puasa di Subway puchong utama. Tertarik dgn promotion Ramadhan Deal! Ye, sgt puas ati. Sekali sekala makan sandwich oat honey. Oh sangat menyelerakan!

Walaupun kedai subway di Puchong utama agak kecil berbanding cawangannye yg lain, kami agak selesa menikmati hidangan nye. Paling sedap cookies subway yg sedap! Sekeping mmg tak cukup. Lg2 yg double chocolate. Nyumm nyumm :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...