Selamat Hari Pekerja! Ye, hari ni 1 Mei 2013 dan merupakan hari pekerja secara rasminya.
Jadi hari ini ramai yang bercuti kan, mungkin ade juga yang bekerja! Apapun yg kita lakukan
semoga mendapat rahmat dari Yang Maha Esa, InsyaAllah :)
Bagi yang bekerja samada diluar rumah atau didalam rumah, bekerjalah rajin² & dengan penuh keikhlasan kerana setiap pekerjaan yang dilakukan utk kesejahteraan keluarga & keperluan hidup merupakan suatu ibadah! Jadi, tidak perlu lah stress² ye .. kerana keseronokan bekerja itu adalah rahsia utama sesuatu kejayaan! Kualiti & produktiviti akan terpancar dari keseronokan kita bekerja. kan? So, mari kita bekerja dengan hati yang senang & happy.
Usaha, Doa & Tawakkal! Kita perlu ingat tanpa usaha yg cekal, kita tidak akan kemana². Dan Doa itu merupakan senjata untuk meningkatkan semangat dalam impian & cita² kita. Begitu juga Tawakkal. Dalam kita berusaha utk setiap pekerjaan yg dilakukan, kita mengharapkan rahmat Allah mengiringi perjuangan kita supaya kita kekal didalam landasan matlamat hidup yg betul & tidak mudah berputus asa. Setiap kegagalan yg ditempuhi adalah detik permulaan utk kita mencapai kejayaan!
Marilah kita kekal bersemangat & rajin bekerja dalam mencapai matlamat hidup kita! Selamat Hari Pekerja! :)
DOA MULA KERJA
Ya Allah. Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 8, 2013
Resepi ikan merah masak lemak cili api
Petang ahad lepas en suami request nak makan ikan tenggiri masak lemak cili api. Agak lama tak masak. Byk bahan yg dh abis. En suami ke pasar .. Aduh! Ikan tenggiri dah abis. So, ikan merah sbagai pengganti.
Bahan-bahan:
Ikan merah (2 ketul)
Cili api (5 biji)
Kunyit hidup (2 cm)
Bawang merah (4 biji)
Serai (1 btg)
Asam gelugur (2keping)
Santan (1 kotak kecil)
Cara-cara
Cili api, bawang merah, kunyit hidup dan serai dikisar. Masuk kan bahan kisah ini bersama santan. Masak dgn api perlahan. Masukkan ikan. Tambah garam. Masukkan 2 keping adam gelugur. Biar ikan masak bersama santan. Tutup api. Sedia dihidangkan :)
Bahan-bahan:
Ikan merah (2 ketul)
Cili api (5 biji)
Kunyit hidup (2 cm)
Bawang merah (4 biji)
Serai (1 btg)
Asam gelugur (2keping)
Santan (1 kotak kecil)
Cara-cara
Cili api, bawang merah, kunyit hidup dan serai dikisar. Masuk kan bahan kisah ini bersama santan. Masak dgn api perlahan. Masukkan ikan. Tambah garam. Masukkan 2 keping adam gelugur. Biar ikan masak bersama santan. Tutup api. Sedia dihidangkan :)
Labels:
Oh MyResepi