Wednesday, August 12, 2015

Resepi Hari ini : sambal udang (sweet sour)

Bahan-bahan:
-Semangkuk udang segar (digaul garam kunyit)
-Sebiji Bawang besar
-3 biji bawang putih
-3 sudu besar cili giling
-2 sudu besar sos cili
-2 sudu besar sos tomato
-2 btg serai (diketuk)
-2 sudu besar air asam jawa
-Garam
-Setgh keping gula melaka (gula biasa pon okay)
-2 biji tomato
-2 biji cili besar
-sedikit minyak

Cara-cara :
1) goreng udang bersama minyak sehingga hampir masak. Ketepikan.
2) panaskan minyak dikuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili giling & serai.
3) masukkan cili sos & sos tomato. Kemudian, masukkan air asam, garam & gula melaka.
4) bila kuah pekat, masukkan udang. Kemudian tomato & cili besar. Tutup api.

Taraa .. dah siap! sedia dihidangkan :)

Selamat mencuba uols ..

Thursday, July 30, 2015

Resepi Hari Ini : Trifle buah-buah segar yang sedap, sihat & senang dibuat!

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya .. Hari ni nk share resepi baru atas permintaan kawan² .. Sangat sesuai disediakan terutama dihujung minggu bersama keluarga. Sempena kita berpuasa enam, iols mencuba resepi baru Trifle dgn buah²an segar untuk juadah berbuka puasa hari ni. Trifle ni first time try buat. Sedap & senang je membuatnya ..

Bahan-bahan:

- kek gulung (dipotong bulat)
- Buah Strawberry & kiwi (dipotong)
- whipping cream (diblend sehingga likat, kental & kembang)
- crystal jeli (dimasak ikut arahan dikotak)
- buah tin (longan, pineapple etc ..)

-kuah custard :-
*1 tin susu cair
*2 sudu besar tepung custard (dicampur sedikit air)
*3 sudu besar gula
*1 sudu tea tepung jagung
Bahan bertanda  * dicampur bersama & dimasak menggunakan api yg perlahan sehingga kuah pekat.


Cara-cara membuatnya:
1) Gunakan mangkuk kaca yg jernih (seelok-eloknya)

Layer 1:-
Masukkan kek gulung yg dipotong ke lapisan mangkuk yg pertama sehingga menutupi semuanya. Disiram sedikit dgn air koktail utk melembutkan kek.

Layer 2 :-
masukkan buah²an segar (strawberry & kiwi) sehingga memenuhi lapisan nya.

layer 3 :-
masukkan buah²an koktail sehingga memenuhi lapisannya.

Layer 4:-
Masukkan crystal jelly sehingga menutupi lapisannya & mengalir sedikit ke lapisan bawah.

Layer 5:-
Masukkan kuah custard sehingga menutupi lapisannya & mengalir sedikit ke lapisan bawah.

Layer 6 :-
Masukkan kek gulung yg dipotong sekali lagi sehingga menutupi semuanya. disiram sedikit dengan air koktail untuk melembapkan kek.

Layer 7 :-
masukkan buah²an segar (strawberry & kiwi) sehingga memenuhi lapisan nya.

Layer 8:-
Masukkan whipping cream sehingga menutupi lapisannya.

Layer 9:-
hiaskan dgn buah²an segar dilapisan atas.

**Makin besar & tinggi bekas, makin banyak layernye :) .


Tara .. dah siap! Selamat mencuba uolss ..




Sunday, June 21, 2015

Resepi Hari ini : kuih cara berlauk sedap sangat & mudah

Assalamualaikum ..
Salam Ramadhan Mubarak! Azam tahun ni saya nk masak makanan utk setiap kali berbuka puasa. So, utk hari ini .. saya ingin berkongsi juadah berbuka puasa yg simple sedap mudah & menyihatkan ..kuih cara berlauk!

Bahan-bahan :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur (dibasuh kulit telur terlebih dahulu)
3) 2 cawan air
4) 1 sudu kecil minyak sapi
5) stgh sudu kecil garam
6) pewarna kaler kuning

-Blend semua bahan-bahan diatas menggunakan blender. Ketepikan.

Bahan-bahan (Inti)
1) 200 gm daging kisar
2) 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3) 2 biji bawang putih (dicincang)
4) 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
5) sedikit minyak utk menumis
6) stgh sudu kecil garam & 1 sudu kecil gula sebagai perasa

*aksesori dlm inti : cili besar (dihiris), daun sup (dihiris)

Cara-cara masak inti :
-tumis bawang besar dan bawang putih menggunakan minyak sehingga kekuningan.
-masukkkan serbuk kari & sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
-masukkan daging cincang & air.
-masukkan garam & gula
-tumis sehingga kering. Tutup api. Biar sejuk.

Cara-cara memasak kuih cara berlauk :
-panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak.
-masukkan bahan yg diblend sebanyak 90% ke dlm acuan.
-masukkan 1 sudu kecil inti & aksesori inti.
-tutup acuan menggunakan penutup /tudung periuk.
-menggunakan api kecil,  biar kuih masak sepenuhnya.
-ambil kuih dlm acuan menggunakan garpu.

Selamat mencuba uols! Senang & sangat sedap!

Sunday, April 19, 2015

Ray Ban Aviator Gred AAA murah dan berkualiti

Hi uols ..
Kini cuaca panas tak menentu di Malaysia .. Silau kan? 

Jualan Paling Laris! Iols menjual Ray Ban Aviator Gred AAA .. kepada sesiapa yg berminat untuk membeli Ray Ban Aviator, boleh lah PM terus kpd iols di 017 3515312 - wanie

HARGA RENDAH KINI RM 88 SAHAJA ..
Selain bergaya, ray ban selesa di pakai :)

#rayban #raybanmurah #raybanaviator #raybanaviatorgredaaa

Tuesday, April 14, 2015

Contoh Surat Kebenaran Cuti Sekolah

Hi Assalamualaikum ..

Apa khabar uols? Moga hari ini yg lebih ceria dan baik² sentiasa. Hari ini saya nk berkongsi surat kiriman rasmi untuk memohon kebenaran cuti sekolah anak² uols semua.

Moga memberi sedikit idea untuk starting point. hehe.

Dah lama tak tulis surat kiriman rasmi ni. check it out ..


Sunday, February 1, 2015

Surprise! Hadiah istimewa di bulan febuari!

Assalamualaikum ..

1 feb 2015 .. hari yg sgt bahagia hokay. Amboi materialistic betoi! Haha :D hari ni iols dpt present yg super best dari en suami tersayang.  Sayang u sgt2 sayang!

En husband hadiahkan seutas rantai emas utk iols .. happy weh, gila tak happy. Alhamdulillah!  Senyum sampai telinga. Hihi :)

Bahagia sangat. Ok, nak melayan perasaan jap.

* kedai emas dalam pkns shah alam, terbaik! Kedai kelantan .. dekat dgn McD  and ATM machine

Wednesday, January 28, 2015

Pemerhatian menjadi didikan pertamanya. Tolong mama ye

Assalamualaikum ..
Hari ini iols nk share satu cerita yg mungkin menjadi pengalaman yg tak mungkin dilupakan. Anak iols sudah besar ..

Cerita bermula bila mana my precious princess, cella dah mula tolong mama menyusun barang2 dapur tanpa di suruh.  Gembira hokay!

Balik dari bershopping barang dapur berseorangan utk kepertamaan kalinya, mmg penat abis! Lenguh kaki cari barang. Haha, lawak pon ade. :p

Balik rumah, kepenatan!  Pengsan .. Bila ter jaga,  semua brg yg dibeli telah siap ter susun oleh anak kesayangan saya. Cella, buat mama tersenyum!  Lega tengok .. thank u yayang mama! .. "cella selalu tgk mama susun mcm ni kt dlm ni .." (sambil tunjuk ke cabinet) :)

So, moral of the story, sebagai parent, kalau kita buat apa2 aktiviti yg berkaitan dgn anak utk masa akan dtg,  kene selalu bagi dia 'menyebok' tgk apa yg kita buat. Dari situ dia start minat utk belajar buat juga .. :)

Dia skang pon dh start minat nk masak2 mcm mama dia. InsyaAllah,  mama akan turunkan ilmu masak2 kt cella ye yayang!

Sunday, January 25, 2015

Resepi hari ini : ikan susu masak asam pedas

Assalamualaikum. .
Selamat pagi isnin buat semua.  Hari ni iols beli ikan susu (bak kata makcik kedai) .. tak penah beli ikan ni, tapi nmpak fresh & sedang2 besarnya, so iols beli sekor.

Nak masak apa ni? Toinkk .. tetiba terpikir nak masak asam pedas. So beli skali daun kesum.  Okay, bila dh masak & rasanye yg sedap jugak buat iols nk share resepi nya. Sendirik cuba tauww :)

Bahan - bahan :
1) seekor ikan susu (size sedang2 - potong 5)
2) 10 kpg cili kering (blend)
3) semangkuk air asam jawa
4) 1 biji bawang besar & 4 ulas bawang putih (blend)
5) halia sebesar ibu jari (diketuk )
6) 5 tangkai daun kesum (lg byk lg okay)
7) Semangkuk ikan bilis ( di blend)
8) garam & gula kabung ( secukup rasa)
9) sedikit belacan (blend)
10) 7 btg bendi

Cara - cara :
1) Masukkan sedikit minyak masak. Tumis semua bahan blend sampai naik bau & cili masak.
2) masukkan air asam jawa.  Biarkan mendidih, masukkan ikan.
3) masukkan garam & gula kabung.
4) bila ikan separuh masak, masukkan bendi
5) masukkan daun kesum & tomato.

Bila kuah agak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan :)

Resepi hari ini : sambal lada simple

Assalamualaikum..
Bersama ini suka iols kongsi kan resepi sambal lada yg simple & senang :)

Bahan - bahan :
1) 7 biji cili api
2) 1 biji cili merah
3) 1 biji bawang merah
4) 1 biji limau nipis (diambil jus)
5) 1 biji tomato ( dipotong kecil)
6) 1 sudu besar gula
7) stgh sudu kecil garam

8) Sedikit belacan


Bahan - bahan :
1) Blend semua bahan kecuali tomato.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba uols!  :)

Resepi hari ini : sup ayam sedap & sihat

Assalamualaikum. .
Hari ini atas permintaan kawan2 iols,  iols sediakan resepi sup ayam ala-ala berempah gitu. Semestinya sup yg simple, berkhasiat & sedap!.. hehe :p

Bahan - bahan :
1) 6 ketul ayam
2) 3 biji kentang (dipotong 4)
3) 1 biji bawang besar ( dimayang)
4) 3 ulas bawang merah ( dimayang & digoreng)
5) 3 ulas bawang putih (diketuk)
6) Halia sebesar ibu jari (diketuk)
7) Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kayu manis (di tumis)
8) Sup bunjut
9) Setangkai daun sup ( dipotong halus)
10) 3 cawan air
11) 2 biji tomato (dipotong 4 )

Cara-cara :
1) masukkan sedikit minyak. Tumis semua bahan yg dimayang & diketuk. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih & kayu manis serta sup bunjut sehingga naik bau.
2) masukkan ayam. Kemudian, masukkan 3 cawan air.
3) masukkan kentang. Biar mendidih.
4) masukkan garam & secubit gula.
5) apabila ayam empuk, masukkan tomato, cili besar & daun sup.

Taraa .. sedia dihidangkan.  Selamat mencuba uols! :)

** sup ayam sgt sesuai dimakan bersama sambal belacan & ulam-ulaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...