Sunday, June 9, 2013

Hansel and Gretel the Witch Hunters .. Memang BEST!

Assalamualaikum ..

Selamat hari isnin yang mendamaikan! hari ni pertama kali saya update blog kesayangan ni kt politeknik.
Ini pon gara² meeting bersama unit kualiti di postpone ke tghari. Saya ambil kesempatan ni nk review
pasal movie Hansel & Gretel the Witch Hunters. Memang best. Rugi rasanya lambat tengok citer ni.

Movie ini mengisahkan mengenai dua beradik; Hansel (Jeremy Renner) and Gretel (Gemma Arterton) yang
yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya. Kedua beradik yang masik kanak-kanak itu mencari bapanya sehingga sampai ke dalam hutan.
Mereka menemui sebua rumah yang diperbuat dari pelbagai candy. Rumah itu dihuni oleh seorang ahli sihir yang jahat. Kedua²
beradik itu ditangkap oleh ahli sihir yang jahat tetapi berjaya melepaskan diri.

Lantaran kejadian itu, mereka membesar sebagai witch hunters. Mereka diupah oleh seorang mayor kerana terdapat kehilangan kanak²
di kawasan mereka. Kanak-kanak kampung diculik oleh 3 orang witch yang sangat jahat. Di akhir cerita, pasangan adik beradik ini mengetahui
cerita sebenar disebalik pemergian kedua ibu bapa mereka.

Jadi, saya bagi 5 stars utk movie Hansel & Gretel the Witch Hunters ini. Highly recomended.



A Good Day to Die Hard

Hari ni sesi movie marathon. Pilihan seterusnya movie A good Day to Die Hard .. Memang best! Saya mmg peminat Bruce Willis. Memang layan, action movie yg agak best tahun ni .. hehe, walaupun agak lambat tgk citer ni, ia tetap satu kepuasan. cewah!

Ia mengisahkan John McClane (lakonan Bruce Willis) pergi bercuti ke Moscow untuk membantu anak lelakinya yang akan dibicarakan atas tuduhan membunuh. Beliau tidak mengetahui bahawa anaknya seorang agen CIA yang diburu oleh pengganas. Adegan aksi² ngeri ditonjolkan dalam filem ni dan
dahsyat sangat menarik minat saya sebagai penggemar cerita² aksi ;)

Cerita ini juga terdapat watak Yuri Komarov (Sebastian Koch) seorang banduan tahanan politik yang akan dibicarakan atas jenayah berkaitan Tragedi Chernobyl.  Aksi kejar-mengejar kenderaan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Moscow dan terlibat dgn kemalangan yg dahsyat
sudah tentu sangat mengujakan. Jadi pada mereka yang terlepas menonton di pawagam seperti saya, boleh la mendownload movie ini di internet. hehe ;)) Highly recomended!



cekodok pisang in da house ..

Assalamualaikum ..
Petang ni tetiba teringin nak makan cekodok pisang bersama teh o panas. warh! macam orang mengidam pulak. hehe ;) Amik kunci kete beli pisang ngn tepung gandumkt kedai runcit berhampiran kawasan rumah.

Ok, saya nak share resepi cekodok pisang yang sangat sedap ni (haha, angkat bakul golek²) .. pekene dgn teh o panas mmg terangkat!

Bahan² :
Pisang sesikat (tak tahu nama spt dlm gambar di bawah)
tepung gandum (dalam 3-4 cawan)
gula

Cara² :
Lenyek semua pisang didalam mangkuk. Masukkan gula stgh cawan. setelah itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sesuai untuk adunan cekodok. hehe. perlu diingat JANGAN masukkan air! ..

Panaskan minyak masak didalam kuali. Apabila minyak dh panas, cedok sesudu adunan tepung itu ke dalam minyak, api jangan terlalu kuat utk elakkan cekodok pisang hangus. Agak² cekodok bertukar warna ke coklat keperangan, boleh lah diangkat. Okay. cekodok pisang sedia dihidangkan :)) Opps, dihidang bersama teh o panas. Pergh!












Jack the Giant Slayer .. Best weh!

Hari Ahad yg malas .. Saya amik keputusan tak nak keluar Rumah harini, nak marathon movies. Hehe. Dgn cuaca yg tak berapa panas, mmg syiok lepak di rumah ;) citer first kami tgk .. Jack the giant slayer ..

Diadaptasi daripada kisah dongeng Jack The Giant Killer dan Jack And The Beanstalk, filem ini mengisahkan seorang pekerja ladang bernama Jack yang secara tidak sengaja membuka pintu di antara kehidupan manusia dan juga gergasi yang menakutkan.

Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi selepas berabad lamanya, kumpulan gergasi tersebut cuba mendapatkan semula tanah yang pernah diduduki oleh mereka sebelum ini. Ia memaksa Jack untuk menentang mereka bagi mendapatkan semula tanah mereka, melindungi orang ramai serta menyelamatkan seorang puteri yang berani bernama Isabelle (Eleanor Tomlinson).

Highly recommended! Mmg tidak mengecewakan :) senang tgk movie kt umah, kalu nk ke toilet ke, solat ke .. Bleh pause dulu .. Hehe .. Saya mmg suka citer2 dongeng ni. Haha. So next movie plak

Wednesday, June 5, 2013

Maggi ketam di puchong .. Sedap ah

Hi .. Hari ni saya nak share pasal makan-makan di sekitar puchong. First time try sebenarnye .. Maggi Ketam .. Pergh! Sedap :))

Kejadian bermula apabila berjalan-jalan nak beli carpet sekitar Puchong Perdana .. Pusing2 dekat syed bistro restaurant kt puchong Perdana .. Ade satu gerai tepi jalan. Maggi ketam ..meleleh air liur!

Apa lagi order maggi ketam sepinggan sorang ;) .. Pergh mmg sedap! Ketam sekor atas mangkuk. Sup maggi yg ala2 sup utara yg mengancam .. Nice lah! Bismillahirahmanirrahimm .. Jemput makan.

Maggi ketam mmg sedap. Harga dia agak mahal la kalu nak compare ngn maggi biasa. Jauh la mahal. Tp sekali skala nk try tu apa salah nya. Heheh. Sedap .. RM10 yg besar, kalu yg kecil RM8 .. Boleh la Cuba ye.





Monday, June 3, 2013

27 May 2013 - Happy Anniversary yang ke 7 sayang!

Assalamualaikum,

Agak lama tak update blog saya ni, mungkin kesibukan sebagai pendidik & ibu buat saya terlupa sekejap pasal blog kesayangan saya ni. Post ini agak lambat saya UP kat sini, hampir seminggu .. takpe janji saya ingat 27 May adalah wedding anniversary kami. Hari saya bernikah! :)

Wah! sudah 7 tahun melayari kehidupan berumah tangga .. pelbagai suka duka dan pengalaman kami tempuhi. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt. Saya & suami masih bersama didalam keluarga kecil kami. Cella, buah hati pengarang jantung kami sentiasa menemani kehidupan kami sepanjang hayat. Syukur Ya Allah!

Saya bersyukur mendapat suami yg penyayang, sentiasa mengambil berat & bertanggungjawab terhadap keluarga. Bersyukur kpd Allah dgn nikmat yg dikurniakan. Moga rumahtangga kami sentiasa didalam keberkatan Ilahi & moga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga. Moga Allah melimpahkan rezeki, kasih sayang & kesihatan kepada kami sekeluarga. Moga Allah mengurniakan kami anak² yg Soleh & solehah! Aminn ..













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...