Monday, June 3, 2013

27 May 2013 - Happy Anniversary yang ke 7 sayang!

Assalamualaikum,

Agak lama tak update blog saya ni, mungkin kesibukan sebagai pendidik & ibu buat saya terlupa sekejap pasal blog kesayangan saya ni. Post ini agak lambat saya UP kat sini, hampir seminggu .. takpe janji saya ingat 27 May adalah wedding anniversary kami. Hari saya bernikah! :)

Wah! sudah 7 tahun melayari kehidupan berumah tangga .. pelbagai suka duka dan pengalaman kami tempuhi. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt. Saya & suami masih bersama didalam keluarga kecil kami. Cella, buah hati pengarang jantung kami sentiasa menemani kehidupan kami sepanjang hayat. Syukur Ya Allah!

Saya bersyukur mendapat suami yg penyayang, sentiasa mengambil berat & bertanggungjawab terhadap keluarga. Bersyukur kpd Allah dgn nikmat yg dikurniakan. Moga rumahtangga kami sentiasa didalam keberkatan Ilahi & moga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga. Moga Allah melimpahkan rezeki, kasih sayang & kesihatan kepada kami sekeluarga. Moga Allah mengurniakan kami anak² yg Soleh & solehah! Aminn ..













0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...