Monday, December 8, 2014

Resepi hari ini : kerisik ikan versi kelantan ..

Assalamualaikum.
Hari ini iols nk berkongsi resepi sedap & simple dari kelantan! Kerisik ikan yg sangat sesuai dimakan bersama pulut atau nasi dagang :)

Kerisik ikan kelantan sangat sedap dimakan bersama pulut diwaktu pagi .. pergh! Terasa berada di kg ..

Bahan-bahan :
1) 1 ekor ikan kembung besar (dibakar) - diambil isi ikan & ditumbuk
2) 4 ulas bawang merah - ditumbuk
3) semangkuk kecil kerisik - ditumbuk
4) seinci halia - ditumbuk
5) separuh gula melaka (nise kerek - digelar org kelantan)
6) garam secukup rasa

Cara-cara :
1) campurkan semua bahan yg ditumbuk & gaulkan garam & gula secukup nya.
Sedia dihidangkan ..

Sunday, December 7, 2014

Review movie : Big Hero 6 — best!

Hi uols ..

Agak lambat update review pasal movie Big Hero 6 ni! Movie yg sesuai ditonton seisi keluarga. Kami menonton di IOI Mall spt selalu. Di awal cuti persekolahan bermula, agak ramai yg dtg .. jadi susasana cinema agak meriah :)

Bagi saya jalan cerita yg menarik, tp agak boring sket berbanding cerita disney yg lain. Eh ye ke. Byk moral of the story yg boleh dijadikan panduan terutamanya bg anak2 kecil. Anak saya tergelak-gelak semasa menonton movie ni. Jd, boleh la layan. Saya lebih berminat dgn cerita Disney fairy tale. Haha :D

Dari 5 stars, saya bagi 3 stars! Jadi sepanjang musim cuti sekolah, boleh la kita menonton wayang dgn anak2 bg mengisi masa yg berkualiti bersama family!

Selamat menonton!

Mari mengaji al-quran :)

Assalamualaikum ..

Hari ni genap 2 weeks cella mengikuti class mengaji al-quran di Sekolah agamanya. Alhamdulillah!  At least masa cuti cella di waktu pagi terisi jugak.

Terima kasih jugak kpd ustazah yg sudi buat class mengaji diwaktu cuti. Dgn hanya bayaran RM 50 je. Class setiap hari isnin - rabu diantara pukul 9 am - 11 am. Class ni bermula 24 nov dan akan berakhir pd 17 dec ni ..

Moga masa terluang cella terisi dgn sebaik-baiknye .. InsyaAllah! Almaklum iols sibuk dgn assignments disaat2 akhir sem ni. Huhu ..

Resepi hari ini : banana-dragon fruit ..

Assalamualaikum ..

Mai try resepi yg segar, sedap & sihat. Sekali cuba pasti nk lagi .. heheh :)

Bahan-bahan :
1) 1 biji dragon fruit
2) 1 biji pisang
3) 1 cawan susu segar
4) setengah cawan yogurt
5) beberapa kiub ais

Cara-cara nya :
1) satu semua didalam blender, kisar sampai sebati.
2) sedia dihidangkan :)

Sgt sesuai utk breakfast & waktu2 petang yg nyaman ..
Selamat mencuba ye!

Tuesday, November 4, 2014

Resepi hari ini : kari ayam sedap & simple!

Assalamualaikum,
Hari ni atas permintaan kawan2,  iols share kan resepi kari ayam version iols yg menjadi kegemaran keluarga!  Hihi :p

Bahan :
Sedikit Minyak masak utk menumis.
1) 6-7 ketul ayam
2) Semangkuk santan (dari 1 biji kelapa parut)
3)5-6 biji bawang merah (dimayang)
4) 3 ulas bawang putih (dimayang)
5) sedikit halia (dimayang)
6) 1/2 sb pati asam jawa (kalu takde, ganti asam keping)
7) 2-3 ketul kentang ( dipotong 4)
8) 2 biji cili besar hijau (dibelah)
9) 4-5 sb serbuk kari adabi (di
campur air biar pekat)
10) sedikit gula melaka (yg bentuk bulat- dipotong 4. Ambil 1/4)
11) 2 sk garam.

Cara-cara :
1) masukkan sedikit minyak ke dlm periuk. Tumis semua bahan yg dimayang sehingga naik bau.
2) masukkan serbuk kari yg bercampur air td. Tumis dgn api sederhana sampai kari dh masak.
3) masuk asam jawa & ayam ke dlm periuk. Gaul sebati.
4) masukka santan.  Gaul dgn api perlahan (nnti berketul pulak).
5) masukkan kentang.
6) masukkan gula melaka & garam.
7) apabila ayam empuk & kuah pekat. Masukkan cili hijau.
8) tutup api. Sedia dihidangkan. :)

* boleh masuk daun kari kalu ada.
* masa minyak dh panas,  nk masuk bunga lawang, kayu manis & buah pelaga.. pon boleh.

Selamat mencuba uols!

Tuesday, April 29, 2014

Resepi sambal tumis telur sedap & cepat

Assalamualaikum ..

Hari ni saya nak berkongsi resepi nak buat sambal tumis telur cepat dan sedap .. cewah, sedap ke? Mesti lah .. sbb tu saya share resepi ni. ;p

Bahan-bahan :
1) 4 biji telur (dibasuh bersih-bersih kulitnya.
2) 1 biji Bawang besar (di hiris lebar)
3) 2 ulas bawang putih (dihiris)
4) cili giling
5) gula melaka, garam secukup rasa
6) tomato, cili besar & daun bawang

Cara - cara :
1) telur direbus. Kemudian kulitnya dikopek. Goreng telur rebus itu sehingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
2) tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan cili giling sehingga cili masak.
3) masukkan gula melaka & garam secukup rasa. Tambah sedikit air.
4) masukka telur rebus yg siap digoreng tadi.
5) masukkan tomato yg telah di potong empat.
6) masak hingga kuah sambal pekat.  Tutup api.

Sedia dihidangkan. Tabur daun bawang sebagai hiasan.

Taraa .. sedap sungguh sedap. Hidang bersama nasi panas2 :))

Selamat mencuba ye ;)

Sunday, April 20, 2014

Resepi jeruk mangga / jeruk pauh terbaik

Assalamualaikum ..

Hari ini saya nk share resepi macam mana nak buat jeruk buah pauh / mangga / mempelam. Ini gara2 jiran bagi buah pauh yg agak banyak. Saya panggil pauh ringan atau org utara panggil mangga teloq. Hehe

Ok, ini bahan-bahan nya :
Buah pauh / mangga
Garam
Gula
Air

Simple kan?

Cara-cara nak buat jeruk :
1) mangga / pauh dibasuh bersih-bersih. Potong 4 atau 6. Kulitnya jangan dikupas.
2) rendam dengan air garam selama 1 hari 1 malam.  Cth : rendam pukul 3 ptg arini, esok 3 ptg sudah okay!
3) keluarkan buah mangga / pauh dr rendaman air garam. TAK PERLU TOS.
4) masak air gula.  1 plastik sederhana buah pauh bersamaan 1 kg gula. Biar agak pekat.. jangan terlalu pekat. sejukkan. Hehe
5) masukkan air gula ke dalam jeruk pauh yg dh diasing dari air garam.

Taraa! Dah siap. Utk lebih sedap & umph! Simpan dlam peti ais selama sejam. Baru lah dimakan .. memey sedap!

Thursday, March 27, 2014

Happy 7th Birthday Cella!

Mashitah Marcella bt Azizul Rizal.

Anugerah terutama ..
Tuhan lindungi permata kami, selamatkan sentiasa
dari duka didunia akan kita hadapi bersama
rambutmu matamu bibirmu hatimu
senyummu tawamu dihatiku selalu ..


Happy birthday Cella! (8 March 2007) - dh 7 tahun anak mama ..

Mama sayang Cella sangat². Doa Mama yg terbaik buat Cella sepanjang waktu. Semoga anak Mama menjadi anak yg baik, solehah dan berjaya didunia & akhirat.

Cella request nak celebrate birthday dgn kawan² .. Tanpa dirancang, mama jemput semua jiran² yg berdekatan pada hari yg sama. kecil²an je. janji cella happy :)

Dgn jiran² sepermainan ;)
Dgn mak ayah mereka .. sekali sekala berjumpa, byk cerita nye .. :)




Keesokan harinya, kami celebrate birthday cella dgn Opah, atuk, Makcik²& pakcik² serta sepupu cella kt Umah Opah & Atuk :) Paling best malam tu, cella ngn papa buat persembahan lagu 'Pencuri' dari Mark Adam. Semua enjoy! Cella paling excited :))

Kek King

bersama Opah & Atuk tersayang

sepupu² tersayang

amik gambar duluu ..;p

selamat hari jadi cella!

 

Wednesday, February 5, 2014

Aiskrim Malaysia in da house yo! terbaik ..

Assalamualaikum ..

Entry kali ni pasal aiskrim malaysia. Tetiba kan. Ini gara² saya terjebak membeli aiskrim malaysia masa amik cella balik sekolah .. hehe. Makcik tu pon dah kenal saya. sedap!

Teringat zaman kecik² saya :)) Okay, hari ni nak try buat aiskrim malaysia! .. First thing first mestilah nak kene carik plastik aiskrim. kat mana nak beli plastik aiskrim malaysia? Tesco Extra ada! yahooo .. harga RM4 je utk 100 btg kot. brand king kong. Plan nak buat aikrim jagung.. tapi kordial jagung takde plak kt tesco extra. Ok tukar plan.

Kat umah ade milo and orange juice.. apa lagi. Projek nak buat aiskrim malaysia pon bermula.. yeayy .. Inilah hasil nya .. Kalau buat aiskrim bubur kacang hijau mesti best! next time lah :)) Rasa aiskrim malaysia yg saya buat ni seriuss sedap & terbaik! Mungkin ini disebabkan saya membuatnya dgn penuh kasih sayang sambil menggamit zaman kanak-kanak saya yg dulu ..:)) suke suke suke ..

aiskrim milo & oren dibuat dgn kasih sayang :)

sebelum sarapan aiskrim malaysia, shaklee omega & alfalfa kene minum dulu .. baru ummph!

Sunday, February 2, 2014

Kuntuman bunga dari hubby!

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog kesayangan saya.:) minggu lepas saya menerima kejutan dari cik abe sayang saya. Wah! dapat bunga .. memang surprise! Lebih kurang pukul 3 petang mcm tu ade orang ding dong pintu rumah .. warhh. memang happy sangat! dapat 6 kuntum bunga ros merah dari cik abang sayang :)) senyum sampai nampak gigi.

Memang rasa seronok! hampir sebulan lebih dok umah tak keje, en husband bertambah³ sayang .. penat mengemas rumah, mengantar anak ke sekolah terus hilang .. eh eh, penat sgt ke? ;p sebenarnya saya rasa seronok sgt sebab masa bersama family lebih lama. rasa bersyukur kpd Allah diatas nikmat yg saya lalui sekarang. Alhamdulillah!

Try godek² rahsia bilangan kuntum bunga ros yang kita terima. takde keje kan .. hehe. Dan inilah hasil yg dicari : -

    1 Rose
    Luar biasa mengasihi semua tertumpu pada anda.

    2 Roses
    Kami berdua sangat saling mencintai.

    3 Roses
    Aku mencintaimu.

    6 Roses
    Aku ingin menjadi milikmu.

    9 Roses
    Saling mencintai selamanya.

    11 Roses
    Anda adalah orang yang paling kucintai dalam hidupku.

    12 Roses
    Memuaskan kesatuan dan afiniti bersama.

    13 Roses
    Pengagum rahsia.

    24 Roses
    Ingat sayang bila-bila masa
    (24 jam tidak bisa melupakan kamu).

    33 Roses
    Mengatakan “Aku mencintaimu” dengan mendalam LOVE.

    36 Roses
    Merasa lampiran romantis kerana anda datang kepada saya.

    44 Roses
    Konstan berubah janji.

    50 Roses
    Ini adalah “Cinta Regretless”.

    56 Roses
    Saya cinta.

    66 Roses
    Sukses hubungan asmara.

    99 Roses
    Cinta dengan membuat pemahaman cinta abadi.

    100 Roses
    kesatuan harmoni dalam satu abad, tetap menjadi pasangan setia ‘sampai usia matang-tua.

    101 Roses
    Tidak ada cinta yang lain tapi anda.

    108 Roses
    Sila menikahi saya!

    111 Roses
    Cinta abadi.

    123 Roses
    Percuma cinta.

    144 Roses
    Mencintai anda siang dan malam selamanya.

    365 Roses
    Berfikir daripada anda sehari-hari, cinta anda sehari-hari.

    999 Roses
    Kekal dan cinta abadi.

    1001 Roses
    Setia cinta, “sampai selamanya ..

So, dh tahu jawapan diaaa .. I love u sayang. Thank you for everything ...





Tuesday, January 7, 2014

Shopping online barangan branded .. Murah dan selamat! Oh Cosmetic ke?

Assalamualaikum ..

Selamat hari Rabu yg ceria! Saya ingin berkongsi cerita kat mana nak membeli barangan branded secara online yg murah .. wah! shopping online. yuhuu! Cepat & Selamat! Saya first time cuba beli barang cosmetic branded online yang murah & best! jeng jeng jeng ..

Saya beli kat Best Buy World .. Memang best! Sebenarnya dah lama dah Best Buy World ni wujud tp saya baru nak berjinak² shopping online ni. haha :D ye lah selalunya barang make up kita beli kt kedai. Tapi sangat berbeza ngn Best Buy World ni. Sebab senang nak pilih. Pelbagai pilihan barang branded ada. Gila wei!

Yang paling saya suka kt Best Buy World ni, arini order, esok sampai (tp tgk saiz barang jugak kot) .. Selamat & Terjamin sebab yg menghantar nye mmg pekerja dari Best Buy World sendiri ala² Zalora jugak :) Bila beli barang dapat collect point pastu point tu boleh redeem.

Ok, ni barang² make up yg saya beli. Ade discount dari harga asal! yeay .. Ni kiranya sebagai permulaaan blanja untuk awal tahun baru 2014 .. kira nak appreciate diri kita sikit la. kasik make up la sket. hewhewhew ;)

http://my.bestbuy-world.com/index.php?main_page=index


Barang baru sampai1!

LUNASOL soft red rose 08

CLINIQUE Pouch

CLINIQUE mascara, lunasol lipstic & holika holika blusher :)





Monday, January 6, 2014

Oh surprise .. oh Issey Miyaki!

Assalamualaikum ..

Salam tahun baru! Dah seminggu di tahun 2014. Hari² saya sebagai surirumah pon semakin mencabar. Maklum le dh sebulan berhenti kerja. Alhamdulillah, masih diberikan rezeki oleh Allah swt.

Oh yes! Mmg surprise.. surprise! En husband menghadiahkan perfume Issey Miyaki kt saya :)) tersenyum lebar Mak! ye lah, katanya ni hadiah berhenti kerja. eh eh eh ;p seronok lah! bagi la apa punn, mesti saya suka. lagi² la issey miyaki. mak suka dulu kini & selamanya. hihi.

Pandai en hubby mengambil hati. mungkin dia tahu wife dia penat menguruskan kerja² rumah! hehe .. saya suka. suka. terhibur jugak la. haha :D

Terima  kasih sayang!

Muke ade senyyuumm ..

kat Sogo lah :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...