Sunday, November 4, 2012

Fasa baru dalam hidup saya!

Lapor diri bermula 1 nov di KPT putrajaya! Bermula suatu fasa pekerjaan yg baru dlam diari hidup saya! Bekerja gomen, itulah antara cita-cita saya. Lebih2 lg menabur bakti kepada anak bangsa :)

Pada keesokkan harinya, saya melapor diri ditempat bertugas iaitu politeknik sultan idris shah sabak bernam :) suasana kampung yg begitu tenang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Disini lah bermulanya episod baru dlm hidup saya.

BerpiSah dgn anak tersayang & suami tercinta bukan sesuatu yg mudah. Perasaan saya sukar digambarkan. Hanya Allah yg tahu.. Namun begitu saya tetap bersyukur diatas kurnia ini. Ini lah pengorbanan yg perlu dilakukan .. Sesungguhnya kita akan lebih merasa bahagia jika kita sentiasa bersyukur diatas segala nikmat yg diberi oleh Alllah swt.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...