Friday, June 8, 2012

Resepi Kuih Hari ini : Kuih Ketayap atau kuih gulung

Petang semalam tiba² teringin nak buat kuih ketayap untuk berbuka puasa. Apa lgi, terus mintak pertolongan cik google! warh, byk resepi kuih ni. Ape lg as usual, amik dr myResepi. sememang nye boleh dipercayai! (:

Kuih ketayap atau sesetengah orang panggil kuih gulung. Agak senang sebenarnye nak buat! antara rajin atau tak je. hehe. Balik office semalam, lebih kurang kul 6.45 bersiap² kt dapur. bahan² dah mintak en hubby belikan siap²,

Okay, nak share jugak resepinya disini. Mari kita cuba okay!

Resepi Kuih Ketayap

Untuk kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan santan kotak
- daun pandan (diblend kemudian ditapis) atau pewrna hijau
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu minyak masak
- 1 biji telur

Untuk inti:
- Separuh biji kelapa parut (putih)
- gula melaka 4 keret
- 2 helai daun pandan sebagai pewangi
- sedikit air

Cara² nak buat:

Untuk kulit:
- tepung dicampur santan dan air daun pandan. sekiranya tiada air daun pandan, bolehlah digantik 3 titik pewarna hijau. masukkan garam, telur dan minyak masak. kacau hingga sebati adunannya.
- panaskan kuali dgn sedikit minyak, senduk (gunakan senduk bulat) adunan tepung tadi dan masukkan ke kuali leper. bila masak, angkat.

Untuk inti:
Masukkan semua bahan² inti ke dlm periuk dan masak sehingga tidak terlalu kering.


Untuk menggulung ketayap:
- masukkan inti secara memanjang ke kulit yg sudah masak
- lipat menutupi inti & lipat bahagian tepi kiri &   kanan hujung kulit. kemudian gulung sampai habis.
- okay, kuih ketayap sedia untuk dihidang (:

1 comments:

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...