Saturday, September 29, 2012

Oh Surat lapor diri dah sampai! PPPT DH41 ..

Postman sampai pg ni. Membawa khabar gembira! Penantian sudah terjawab.. Berdebar-debar saya membuka sampul pos laju. Ke manakah saya akan ditempatkn nnti? Oh, suspen sgt..

Lapor diri di KPT pd 1 Nov ni. Penempatan nye di Politeknik sultan Idris shah, Banting.. Alhamdulillah .. Syukur sgt! Mmg dekat . Tak perlu berjauhan ngn family. Syukur ya Allah!

Banyak document yg perlu diisi. Apapun, hari isnin ni, saya nk hantar Surat tender kt office skang. Maklumla kene antar 1 month notice. Yeah, tak sabar! :))

Apa pon, wish me luck!

Thursday, September 27, 2012

Oh beauty umaira!

Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Warh! Kemain ye saya. Hari ni saya ingin mencuba mengambil makanan tambahan utk daily diet saya. Maklumla bila umur dh meningkat, energy pon dh kurang. Hehe, badan pon dh start rasa cepat penat. Huhu. Kulit2 pon dh tak sesegar dolu2.

Beauty Umaira! Ye saya terpikat bila mana melihat adik ipar yg mencubanya kelihatan jauh lebih berseri dr dia sewaktu muda2 dulu. Selain itu personaliti nye kelihatan lebih segar! Okay, saya terpikat! Heheh. Penah juga mengikuti slot kt tv3 pasal beauty Umaira ni bersama pengasasnye, Kak Ton! Okay, double up terpikat! Hehe

Okay, beauty Umaira dh dibeli! So bermula lah episode baru dlm hidup saya. Bismillahirrahmanirrahim.. Semoga apa yg saya harapkan mendapat keredhaan! Okay, en suami memberi sokongan! Rasa beauty Umaira ni sgt sedap! Macam minum jus Asam boi! Ok le tuh!

Mai kita minum! Tgu saya upload hasilnya bila dh abis sekotak :)))

Okay, ni gambar product Beauty Umaira. Harganya, RM289 .. Nk sihat & cantik! Heheh ...

Wednesday, September 26, 2012

Food Review : Restoren Al Raudah, Seri Kembangan ..

Hari ni, saya mencuba makan nasi Arab di kedai Melayu. Sedap! Agak jarang org Melayu yg pandai buat nasi Arab. Suami saya ckp, bau kedai tu macam kantin kt Mekah masa dia buat Umrah! ;) kedai ini berhadapan dgn Pasar borong/petronas dan juga bersebelahan dgn Domino's Pizza..

Jika dibandingkan dgn nasi Arab Saba' Cyberjaya, nasi Arab disini kering sedikit tapi rasanya masih boleh diterima. Sedap juga! Tidak rugi utk kita mencuba. Lg2 nasi arab ini yg dimakan bersama bawang & cili hijau segar yg enak! Hehe

Saya order roasted chicken rice! En rizal & cella hanya makan chicken shewarma .. Shewarma disini tidak menepati selera kami. Mungkin teksture dagingnya x seperti di kedai nasi Arab yg biasa dimakan.

Okay, dh jd feveret saya. Mango juice! Walaupun dlam botol, tetap best. Bak kata en suami, sama mcm kt Mekah! Sejibik kot! Saya juga membeli sebotol yg besar. Heheh.

Okay, harga disini berpatutan. Boleh la cuba ;) meh kita layan gambar2 kami di Restoren Al Raudah seri kembangan ..

Monday, September 24, 2012

Resepi Kuih Puteri Ayu sedap & cepat.


Resepi Kuih Puteri Ayu sedap & cepat.

Bahan² :

- 3 biji telur (dibasuh kulitnye terlebih dahulu)
- 1 1/2 cawan gula castor
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 tsp ovellete
- 1 tsp pewarna hijau/perasa pandan
- kelapa parut putih (digaul dgn sikit tepung gandum dan garam)


Cara² :

- Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi
- Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
- Isikan kelapa putih dalam acuan (suku), tekan² sikit supaya mampat
- Tuangkann adunan sampai penuh acuan
- Kukus lebih kurang 7 minit

Taraaa! dah siap. Selamat mencuba. Rasanye pasti sedap!

Sunday, September 23, 2012

Oh! Burger King Cyberjaya

Agak lama tak makan burger king! Hari ni en hubby ajak lunch together. So, saya ajak p burger king yg agak baru di Cyberjaya.

Warh! Ramai jugak org kt sini. Kebetulan ade beli coupon yg dikongsi ngn kawan2. Ok, jimat2 ;p

Teringat zaman bercinta dolu-dolu. Burger king kt suria klcc. Haha

Monday, September 17, 2012

Kuih Puteri Ayu in da house. Selamat Hari Malaysia y all!


Gara² my Cella suka makan kuih puteri ayu inilah menyebabkan saya teringin nak buat kuih ni. hehe. Dua minggu lepas, saya & family ke rumah terbuka seorg member ofis, Im. Kat situ lah saya tgk anak saya makan kuih dgn beria nya. hihi. Oh anak, suke ye kuih ni.

Okay hari ni, bersempena Hari Malaysia, saya bersiap² nak buat kuih puteri ayu ni. selain survey² kt en google, MyResepi .. ada juga bertanyakan kpd cik julie pasal resepi ni. Cik julie ckp sama je dgn resepi kt internet ni cuma mungkin cara nak buat tuh nnti yg tentukan kegebuan & kelembutan kuih puteri ayu ni.

Hihi, so saya nak buat! hehe. Akhirnya, jadilah kuih puteri ayu ni. happy sangat. saya rasa kelembutan, kegebuan nya. hehe (masuk bakul golek² ;p) Husband & Cella makan dgn berahinya! haha, amik ayat. Okay, nnti saya share kan resepinya.

Okay, nak menjamu selera pulak. hik hik ..

Thursday, September 13, 2012

Madu oh madu! Khasiatnya madu ..

Tetiba hari jumaat yg barkah ini, saya terpanggil utk berkongsi info pasal madu. Kenapa eh? Oh, saya baru mencuba madu kaula. Actually baru start makan malam td. Hihi.

Kalau dulu, saya minum madu dr jenama Amway! Ye mmg tak dapat nafikan, mmg madu Amway terbaik! Hihi. Selalunye saya amik kalu rasa macam nak batuk, selesema, sakit tekak. Bg Cella, saya mmg galakkan dia makan madu sejak umur dia tak sampai setahun lg ;)

Alhamdulillah mmg tak melarat batuknya. Kdg2 saya campurkan dgn air suam. Tp, madu Amway agak mahal jugak berbanding madu Kaula ni. Saiz madu Kaula lg besar :). Jd tak salah kita cuba. Oleh kerana itu, saya bertekad nk amik sesudu sblum masuk tido & sesudu sebelum breakfast. Heheh. Okay kita mula pagi ni. ;)

Opps. Nak citer pasal khasiat madu. Ok, kita sambung jap lagi. Next entry ye. Apa yg baik kita cuba try test dulu ;p

Wednesday, September 12, 2012

Lepak bersama geng² lama


Malam semalam, dgn plan yg tiba², saya lepak² ngn kawan yg agak lama tak berjumpa. maklum le masing² dah dok jauh & masa yg selalu tak ngam! Warh serius, rindu la kt korang ;)

Saya, noreen & yan. Dulu memang kami sama² satu opis. Satu team dan satu geng makan. now masing² dh dapat keje lain yg lebih cemerlang. tinggal la saya yg masih menjadi survivor sisini bersama kawan² yg lain. hu hu .. InsyaAllah, kami akan terus berusaha ..

Saya dtg bujang ngn cella. begitula noreen bersama anak² nye. Yan yg kebetulan ade bengkel selama 5 ari kt putrajaya. inilah masanya, chatting, gossip, lepak².. hehe.
Borak punye borak, sekeping gambar je sempat snap. jadi laa.

p/s : Tahniah yan! Nak tambah ahli family ye. doakan saya juga ye .. hihi

Monday, September 10, 2012

Open House 2012. Raya Oh Raya!


Sabtu lepas saya kami memilih utk menjemput kawan², kaum keluraga & jiran ke rumah berhari raya. Kami membuat rumah terbuka utk merapatkan lg ukhwah yg sedia terjalin. Seperti biasa, bersederhana dlm semu hal adalah yg terbaik! Menu utam semestinya Nasi Dagang & rendang daging resepi ibu mertua! Ini mmg special requested dr hubby :))

Selain itu kami menyediakan roti jala, ketupat berkuah kacang, lemang, nasi lemak istimewa (istimewa ke?) hehe. Buah²an spt mata kucing dan tembikai menjadi pilihan..

Majlis rumah terbuka kami sekitar pukul 1 - 7 malam .. Lepas Maghrib pulak makan kecil²an utk kaum keluarga & sedara mara :) Alhamdulillah, cuaca aritu yg sgt baik & pejalanan majlis semua okay. Happy tau sebagai tuan rumah!

Terlupa plak nk amik gambar hidangan. Terima kasih kepada semua yg dtg. Moga kita semua mendapat berkat dr Allah swt. InsyaAllah! Moga Rahmat Allah sentiasa menghiasi kehidupan kita semua. Amin :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...