Monday, December 31, 2012

Book fair ke?

Selesai urusan PtPtn .. Saya bergegas mahu pulang. Ticket ERL dh siap2 dibeli. Otw nak ke ERL dlm kl sentral, saya melalui kawasan MPH Book Fair! Yg berakhir pd hari ini, 31 dec 2012! ..

Warh byk buku, detik saya dlm hati. So, singgah la sekejap. Pg bahagian kids, pusing punya pusing, saya beli dua bijik buku utk puteri kesayangan, Cella! Nak carik novel laa utk saya. Pusing ke bahagian novel. Last month dh beli novel Adam Hawa. Now nak beli novel dr Cecelia Ahern. Maka terbeli lah .. "If you could see me now" .. :))







PTPTN oh!

Bermulanya kisahnya .. Pada 2 tahun lepas saya telah disenarai hitam oleh PTPTN, gara-gara gagal membayar bil bulanan pinjaman pelajaran PTPTN. Saya dpt tahu status disenarai hitam melalui online, tu pon disebabkn nak pergi bercuti ke Singapore! Huh. . Sedih yg amat! Tak dapat pegi bercuti obersi. Huhu

Bulan depannye saya mula membuat pembayaran dgn mengeluarkan sebahagian duit dr akaun 2 kwsp .. Dgn cara itu, Nama saya dibersihkan! Tiada lg senarai hitam. Bil bulanan seterusnya saya bayar dgn pemotongan gaji. Tp agak malangnye kerana interest yg sgt tinggi iaitu 8%.

Bulan 10 lepas, ade berita dr PTPTN yg menggembirakan saya. Kepada bekas senarai hitam juga boleh memohon Ujrah (1%) .. Tarikh tutup memohon ialah 31 dec 2012. Saya memohon .. Mengisi segalam borang yg dihantar melalui email.Alhamdulillah, semua selesai ! Rasa lapang dlm hati.. Hehe. Bermula bulan depan saya membayar bil bulanan PTPTN dgn interest nya 1% shj. Yeayy ..

Wednesday, November 28, 2012

Bila terkenang diri jauh di perantauan!

Jauh disini .. Huhu :( sedih bila mengenangkan. Hati sapa yg kuat utk jauh dr semuanya. Lg2 dgn anak & suami. Tinggal kn keceriaan di hati! Masih berusaha utk happy disini.. Oh hati, tabah lah!

Hari ni di kuarters. Stay sampai hari jumaat. Saya tak balik ke puchong! Serius, rasa tak larat nak berulang. 2 jam stgh kot drive. Huh! Bersabarlah hati! Lg plak setiap petang hujan lebat, en suami nasihatkan saya utk stay disini shj. Oh rindu cella!

Okay, hati saya bersyahdu .. Tangan laju menaip kata hati ini. Oh!


Monday, November 26, 2012

MySQL for Developers! warh, kursus yg kedua!

Assalamualaikum .. Mungkin hagak lambat saya meng UP pasal course yg saya join pd minggu lepas. Mysql course kata ko! ;p  Saya dihantar oleh Politeknik bersama 4 org opismate ke CSC training centre, petaling Jaya. Yeah, lima kursus, sape tak happy. hik hik .. lagi² kt PJ. So, seminggu dok Puchong. dekat ngn cella & papanye ;)

Hagak seronok juga. konon² nye pengalaman baru bg saya. Mungkin agak lama tak sentuh mysql admin.. membuatkan saya agak teruja, kunun nye lah! bajet ah! hehe .. Course ni jugak dihadiri oleh para pensyarah dr luar, poli & jugak colege² swasta, so, dpt kenal la kawan² baru.  so tarining berjalan lancar.

Banyak jugak silibus yg dibuat utk 5 ari. Dlm 22 chapter. pergh! cair otak den! hihi. setiap chapter diakhiri ngn lab assignment. senang je, tiru jek! hihi. hari pertama class, ade test ala² kuiz. menggelabah sekejap tp acting cool. hehe. ABC .. so boleh tembak jugak.

Tapi yg takleh lupa pasal course ni ialah sandwic nye yg sedap! sedap lah, sampai teringat². Ingat nak bedal dua plastik, tp masih boleh mengawal nafsu lg. & satu lagi.. coffee mashine yg best! lagi² Nescafe Cream sugar yg mantop! rugi sapa tak cuba! Free lak tu!

Ni antara gambo yg sempat diambil .. ;)



Saturday, November 17, 2012

Food review : D'Sedap Sengoti, Cyberjaya

Mmg sedap Sengoti! Atau dlm bahasa Malaysia .. Sedap sungguh! Hidangan yg mmg sedap, lg2 bila perut tgh kelaparan.

Saya order chicken chop ngn Abc! Mmg special! En suami memesan fried rice lamb chop & kopi o panas! Manakala puteri saya order roti kegemaran nye, roti boom & air kosong! Warh mmg best!

Kepada kawan2 & mereka yg ingin mencuba, boleh la mengunjungi Restoren D'Sedap Sengoti ini yg berada di Cyberjaya! Memang byk menu2 yg menarik! Sila lah cuba!

Kursus renang yg berjaya!

Alhamdulillah! Saya dh boleh terapung & tak takut air lg! Apa yg lebih penting saya boleh berenang! Walaupun tak teror mana, saya dh begitu teruja dgn swim pool.

Coach yg mengajar saya utk kursus renang di politeknik selama 3 hari mmg hebat ! Alhamdulillah, dh boleh berenang .. Hikhik ;)

Sunday, November 4, 2012

Lapor diri di KPT & Politeknik Sultan Idris Shah

Pada 1hb Nov, saya telah melapor diri di KPT sebagai PPPT. Bersyukur kehadrat Ilahi semuanya dah selesai. Sesi lapor diri bermula dr pukul 8 pg hingga 1.30 ptg. Kami dijamu dgn sarapan dan makan tghari. mmg superb! selesai sesi lapor diri di KPT, saya bersiap sedia bersama² dokumen² utk ke Sabak Bernam pada keesokkan harinya. memang letih tapi berbaloi!

Hari esoknye. 2hb Nov, saya bersiap² ke PSIS utk sesi lapor diri ditempat bertugas. Lokasi PSIS yg agak jauh mengambil masa 2 jam lebih. namun saya tetap bersyukur kerana masih mendapat politeknik dalam selangor! Namun begitu dugaan utamanya ialah untuk berpisah ngn anak. Sedih yang amat! semalam hari pertama tinggal disini tanpa puteri saya. sedihnya Allah shj yang Maha Mengetahui! Moga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan disini ..

Fasa baru dalam hidup saya!

Lapor diri bermula 1 nov di KPT putrajaya! Bermula suatu fasa pekerjaan yg baru dlam diari hidup saya! Bekerja gomen, itulah antara cita-cita saya. Lebih2 lg menabur bakti kepada anak bangsa :)

Pada keesokkan harinya, saya melapor diri ditempat bertugas iaitu politeknik sultan idris shah sabak bernam :) suasana kampung yg begitu tenang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Disini lah bermulanya episod baru dlm hidup saya.

BerpiSah dgn anak tersayang & suami tercinta bukan sesuatu yg mudah. Perasaan saya sukar digambarkan. Hanya Allah yg tahu.. Namun begitu saya tetap bersyukur diatas kurnia ini. Ini lah pengorbanan yg perlu dilakukan .. Sesungguhnya kita akan lebih merasa bahagia jika kita sentiasa bersyukur diatas segala nikmat yg diberi oleh Alllah swt.

Wednesday, October 24, 2012

COOKLINE : Nasi Arab & ayam percik at MIL's house


Mungkin terlambat upload psal post ini. Yeay! masak² kt umah Mak tersayang aka mak mertuaku! Hari Ahad lepas, saya bersama ipar duai menolong mak menyiapkan masakan yg tak pernah cuba iaitu, Nasi Arab! dan lauk sampingannya ialah ayam percik (istimewa dari saya) hehe .. Mak menggunakan periuk & kuali dari jenama Cookline (Zhulian).. warh senang, cepat dan mudah. Paling best rupanya yg cantik. kaler merah u! i likee :))

Biasanya untuk masak nasi kita mengambil masa yg agak lama juga. tetapi berbeza ngn periuk COOKline, hanya 30 minit u.. dah la banyak nasinya, nasi arab pulak tu. wow wow skali lg. Serius berkenan ngn periuk ini. InsyaAllah akan beli macam mak punya! Ayam dipangganng dgn kuali merah cookline juga. cepat juga! terasa kelembutan ayam dan struktur isinye yg cantik! warg.. suka²..

Taraa, tak sampai 1 jam, semua sudah siap tersedia. Apa yg best lagi pasal periuk cookline dr Zhulian ni? sudah tentu tak perlu disental ngn dahsyat, memadai mengelap lembut dgn span yg lembut. taraa, dh bersih. bertambah berkenan okay! Selain menjimatkan gas kerana hanya perlu membuka api yg kecil shj ketika proses memasak, saya juga tak perlukan minyak yg banyak. memadai 2 sudu minyak zaiton. bestkan, semua jimat & menyihatkan.. :))

Ok mak, taknak cakap byk! nnti cukup bulan nnti nak order 2 ngn mak. satu kuali, satu periuk!..hehehe ;p
Ni la gambar nasi yg dimasak menggunakan periuk cookline ni ..


Monday, October 22, 2012

Salam Aidiladha 2012!


Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam .. Moga sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

Mari berkorban mencari keredhaan Allah. Mempersiapkan diri untuk menghadapai ujian² dari Allah, mempertingkatkan keimanan & ketakwaan kepada Nya!


Saturday, October 13, 2012

Movie weekend at home. Tiga Hari ..

Bersantai dirumah bersama family. What a lovely weekend! .. Seharian. Dgn cuaca hari sabtu yg redup, kemalasan tahap maksima melanda diri. Melepek atas sofa tgk TV. Apa nk jadi daa ..

En suami baru balik dr low yat. Huh! Pg tak ajak. Nyampah ai taww! Ok, nak layan movie Tiga Hari tu, apa lagi streaming je kt umah.. :)

Ceritanya agak boring la juga jalan ceritanya. Starting pon dh boring. Tp saya still layan juga..

Friday, October 12, 2012

It's a song

Laju kata-kata menusuk kalbu. Tikaman kata di keluarkn bertubi-tubi tanpa memikirkan perasaan org yg dikasihi.

Hamburan menjadi kebiasaan. Melepaskan apa yg terbuku didada. Sedih bila mengenangkan. Namun terlajak perahu boleh diundur.

Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu. Mungkin nak beri kekuatan
Mungkin nak jauh dari dendam
Mungkin nak tarik kenikmatan
Mungkin nak larikan kekusutan
Mungkin nak hadiah kan kebahagiaan

Luahan memberi kedamaian. Luahan menerbitkan salah sangka. Luahan menimbulkan tanda tanya. Luahan menceriakan suasana tegang.

Apa pun yg dilakukan, perlu berhati-hati dgn keputusan. Ingat Allah. Ingat mereka yg tersayang
Ingat hidup ini di tangan Tuhan .

Monday, October 8, 2012

Maulana bistro, Putra walk seri kembangan

Oh mamak lagi! Singgah makan kat maulana bistro equine lepas window shopping kt JJ. Saya mmg suka makan kedai mamak. Hehe.

Sangattt lapar okay. Seharian hanya makn cekodok bilis. Perut dh bernyanyi2 ni. Okay, nak order nasi putih, ayam goreng mamak! Heheh, sbb lapar juga.. So kita order milo ais tabur. Hihii ..

Cella macam biasa nak try roti tisu kt maulana bistro Sk. Rasanya mmg takleh lawan ameer ehsan kt BK3.. En suami order kuey teow goreng & telur mata. Pergh sedap! Terangkat beb.

Mee udang BNO & cendol bakar sabak bernam!

Tak sah kalu pegi sabak bernam tak singgah ke BNO ( bagan nakhoda Omar).. Lg tak sah kalu tak pekena mee udang special kt BNO. Serious, teringat2.

Saya bersama en suami & cella mencuba mee udang yg ade kt BNO. Wallaweh! Sedap sey .. Udang2 nye yg sgt fresh & sedap wa ckp lu. Saya order air kelapa yg sungguh menyegarkan .. Selain tu, kerang bakar pon kami cuba!

Ok, lepas kami bermain pasir di BNO, kami terus bergerak mencari cendol bakar. Mesti singgah. Apa yg special nye cendol bakar ni? Ok, bak kata tokey kedai ni, gula merah nye dibakar. Yg lg best, boleh Refill percuma! Yahoo .. Ade cendol durian, cendol pulutbtapai & cendol biasa .. Selain itu terdapat gerai makanan2 lain. Ade otak2, nasi lemak dara, nasi lemak bungkus .. Best la lepak disini ;)

Ok, kalu sesape dtg ke sabak bernam ni, jgn lupa cari mee udang BNO & cendol bakar.. Best!

Wednesday, October 3, 2012

Ion Terapi kat Taman Medan! Jom buang toksin kata ko ..


Malam ni nak pg rendam kaki kt Taman Medan, atau org panggil ion terapi. Gara² sakit kaki aritu, en suami ajak pergi berendam kaki pakai terapi ion ni. ditambah pulak ayah mertua & mak mertua penah mencuba terapi ni. So, ayah ngn mak suggested kan tempat ni. Okay la, kita cubalah. Kata nak buang TOKSIN!

Dari rumah ke Taman Medan agak jauh jugak. yg lg pasrah, kene lalu jammed kt area perumahan sebelah taman medan. Kebetulan juga malam ni ade pasar malam. lg la sesak. huhu

Kedai terapi ion ni bersebelahan Singer di PSJ3. saya sampai kira² kul 9.00 mlm. Agak ramai org ade disini. memula sampai pekerja bg kerusi dn meletakkan bekas air yg berisi plat elektrik .. kaki direndam dlm bekas air tu. Kene tunggu 45 min utk melihat hasil.

Air yg jernih berubah kaler. kekotoran air terkumpul dlm plat elektrik tu. saspen sungguh. bila dh cukup 45 min, pekerja dtg & menyuruh saya angkat kaki sbb dia nk mengangkat plat letrik tu. Ambik ko, berketuL air pelbagai keluar dr situ. hijau, kuning.. siap ade gelembung buih lagi. adoii. geli den tgk! Pekerja tu mmberi kertas yg ditanda mengikut kaler air yg keluar ..

pergh! macm² toksin dlm badan saya. kolestrol lg. patut la selalu sakit kaki, ade toksin dlm sendi. adoii.. Now, dg rasa lega sket. fresh je. so, next time boleh buat lg terapi ni ;)

Tuesday, October 2, 2012

Sakit kaki. Aduh.. hu hu


Pagi ni tgh bersiap² nak ke office tetiba terasa bawah kaki sakit. serius sakit yg teramat sangat. sampai terduduk saya. Saya terdencot² ke ke bilik. amik nafas, urut kaki ke tumit perlahan² sambil berselawat. huih, rasa lega sikit. Sambung balik menggosok baju.

Sakit di bahagian tumit masih terasa. Seharian kot. dari pagi di office sampai petang, sakit masih terasa. risau saya dibuatnya. Bila keluar lunch, nak pijak kaki mmg terasa ngilu. adoii, sakitnya kaki ku!

Petang tadi call suami mengadu kesakitan kaki ni. Bajet boleh tahan, tapi tak mampu. ade kawan² mengusik kene GAot! Adeii, lg seram dibuatnya. En suami mengajak pergi mandi Herba. Katanya, mandi herba ni baik nak meregangkan otot² yg lenguh dan sakit. sambil² buat angin dalam badan & melancarkan aliran darah. Ok lah, setuju je. so malam ni nak try lah!

Monday, October 1, 2012

Ku Sangka Banting, Rupanya Sabak Bernam! Oh, DH41 ..

Agak memeranjatkan juga! Sedih Sangat ;( Rupa² nya Politeknik Sultan Idris Syah tu kt Sabak Bernam. huhu.. Gara² dok ingat Sungai Lang tu ade kt Banting, saya ingat disitu. Rupanya saya dapat di Sungai Lang, Sabak Bernam. huhu huhu ;( Sedih nak berpisah dgn family, lebih² lagi anak kesayangan Cella. Terpaksala saya memohon kuarters.

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur masih dpt politeknik dlm Selangor. sekurang² nya saya masih bole balik hujung minggu. Drive amik masa lebih kurang 2 jam lebih je. Sabarlah Hati! Mungkin ade hikmah yang tersembunyi.. Hati saya tetap redha dgn keputusan ini. Mungkin sudah rezeki saya disana.

Lagi sebulan untuk lapor diri. Surat resign dh saya serahkan pd tempat bekerja sekarang. Agak sedih! ;( Maklum la sudah 5 tahun lebih mencari rezeki disini. Terlalu byk pengalaman dah belajar kt sini. Sedih nak tinggalkan tempat yg telah bertakhta kt dalam hati saya. Walau apapun, perjalanan mesti diteruskan. Bakti masih diperlukan disana. Menanti saat² utk bergelar pendidik! InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan ..Aminn.

Saturday, September 29, 2012

Oh Surat lapor diri dah sampai! PPPT DH41 ..

Postman sampai pg ni. Membawa khabar gembira! Penantian sudah terjawab.. Berdebar-debar saya membuka sampul pos laju. Ke manakah saya akan ditempatkn nnti? Oh, suspen sgt..

Lapor diri di KPT pd 1 Nov ni. Penempatan nye di Politeknik sultan Idris shah, Banting.. Alhamdulillah .. Syukur sgt! Mmg dekat . Tak perlu berjauhan ngn family. Syukur ya Allah!

Banyak document yg perlu diisi. Apapun, hari isnin ni, saya nk hantar Surat tender kt office skang. Maklumla kene antar 1 month notice. Yeah, tak sabar! :))

Apa pon, wish me luck!

Thursday, September 27, 2012

Oh beauty umaira!

Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Warh! Kemain ye saya. Hari ni saya ingin mencuba mengambil makanan tambahan utk daily diet saya. Maklumla bila umur dh meningkat, energy pon dh kurang. Hehe, badan pon dh start rasa cepat penat. Huhu. Kulit2 pon dh tak sesegar dolu2.

Beauty Umaira! Ye saya terpikat bila mana melihat adik ipar yg mencubanya kelihatan jauh lebih berseri dr dia sewaktu muda2 dulu. Selain itu personaliti nye kelihatan lebih segar! Okay, saya terpikat! Heheh. Penah juga mengikuti slot kt tv3 pasal beauty Umaira ni bersama pengasasnye, Kak Ton! Okay, double up terpikat! Hehe

Okay, beauty Umaira dh dibeli! So bermula lah episode baru dlm hidup saya. Bismillahirrahmanirrahim.. Semoga apa yg saya harapkan mendapat keredhaan! Okay, en suami memberi sokongan! Rasa beauty Umaira ni sgt sedap! Macam minum jus Asam boi! Ok le tuh!

Mai kita minum! Tgu saya upload hasilnya bila dh abis sekotak :)))

Okay, ni gambar product Beauty Umaira. Harganya, RM289 .. Nk sihat & cantik! Heheh ...

Wednesday, September 26, 2012

Food Review : Restoren Al Raudah, Seri Kembangan ..

Hari ni, saya mencuba makan nasi Arab di kedai Melayu. Sedap! Agak jarang org Melayu yg pandai buat nasi Arab. Suami saya ckp, bau kedai tu macam kantin kt Mekah masa dia buat Umrah! ;) kedai ini berhadapan dgn Pasar borong/petronas dan juga bersebelahan dgn Domino's Pizza..

Jika dibandingkan dgn nasi Arab Saba' Cyberjaya, nasi Arab disini kering sedikit tapi rasanya masih boleh diterima. Sedap juga! Tidak rugi utk kita mencuba. Lg2 nasi arab ini yg dimakan bersama bawang & cili hijau segar yg enak! Hehe

Saya order roasted chicken rice! En rizal & cella hanya makan chicken shewarma .. Shewarma disini tidak menepati selera kami. Mungkin teksture dagingnya x seperti di kedai nasi Arab yg biasa dimakan.

Okay, dh jd feveret saya. Mango juice! Walaupun dlam botol, tetap best. Bak kata en suami, sama mcm kt Mekah! Sejibik kot! Saya juga membeli sebotol yg besar. Heheh.

Okay, harga disini berpatutan. Boleh la cuba ;) meh kita layan gambar2 kami di Restoren Al Raudah seri kembangan ..

Monday, September 24, 2012

Resepi Kuih Puteri Ayu sedap & cepat.


Resepi Kuih Puteri Ayu sedap & cepat.

Bahan² :

- 3 biji telur (dibasuh kulitnye terlebih dahulu)
- 1 1/2 cawan gula castor
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 tsp ovellete
- 1 tsp pewarna hijau/perasa pandan
- kelapa parut putih (digaul dgn sikit tepung gandum dan garam)


Cara² :

- Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi
- Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
- Isikan kelapa putih dalam acuan (suku), tekan² sikit supaya mampat
- Tuangkann adunan sampai penuh acuan
- Kukus lebih kurang 7 minit

Taraaa! dah siap. Selamat mencuba. Rasanye pasti sedap!

Sunday, September 23, 2012

Oh! Burger King Cyberjaya

Agak lama tak makan burger king! Hari ni en hubby ajak lunch together. So, saya ajak p burger king yg agak baru di Cyberjaya.

Warh! Ramai jugak org kt sini. Kebetulan ade beli coupon yg dikongsi ngn kawan2. Ok, jimat2 ;p

Teringat zaman bercinta dolu-dolu. Burger king kt suria klcc. Haha

Monday, September 17, 2012

Kuih Puteri Ayu in da house. Selamat Hari Malaysia y all!


Gara² my Cella suka makan kuih puteri ayu inilah menyebabkan saya teringin nak buat kuih ni. hehe. Dua minggu lepas, saya & family ke rumah terbuka seorg member ofis, Im. Kat situ lah saya tgk anak saya makan kuih dgn beria nya. hihi. Oh anak, suke ye kuih ni.

Okay hari ni, bersempena Hari Malaysia, saya bersiap² nak buat kuih puteri ayu ni. selain survey² kt en google, MyResepi .. ada juga bertanyakan kpd cik julie pasal resepi ni. Cik julie ckp sama je dgn resepi kt internet ni cuma mungkin cara nak buat tuh nnti yg tentukan kegebuan & kelembutan kuih puteri ayu ni.

Hihi, so saya nak buat! hehe. Akhirnya, jadilah kuih puteri ayu ni. happy sangat. saya rasa kelembutan, kegebuan nya. hehe (masuk bakul golek² ;p) Husband & Cella makan dgn berahinya! haha, amik ayat. Okay, nnti saya share kan resepinya.

Okay, nak menjamu selera pulak. hik hik ..

Thursday, September 13, 2012

Madu oh madu! Khasiatnya madu ..

Tetiba hari jumaat yg barkah ini, saya terpanggil utk berkongsi info pasal madu. Kenapa eh? Oh, saya baru mencuba madu kaula. Actually baru start makan malam td. Hihi.

Kalau dulu, saya minum madu dr jenama Amway! Ye mmg tak dapat nafikan, mmg madu Amway terbaik! Hihi. Selalunye saya amik kalu rasa macam nak batuk, selesema, sakit tekak. Bg Cella, saya mmg galakkan dia makan madu sejak umur dia tak sampai setahun lg ;)

Alhamdulillah mmg tak melarat batuknya. Kdg2 saya campurkan dgn air suam. Tp, madu Amway agak mahal jugak berbanding madu Kaula ni. Saiz madu Kaula lg besar :). Jd tak salah kita cuba. Oleh kerana itu, saya bertekad nk amik sesudu sblum masuk tido & sesudu sebelum breakfast. Heheh. Okay kita mula pagi ni. ;)

Opps. Nak citer pasal khasiat madu. Ok, kita sambung jap lagi. Next entry ye. Apa yg baik kita cuba try test dulu ;p

Wednesday, September 12, 2012

Lepak bersama geng² lama


Malam semalam, dgn plan yg tiba², saya lepak² ngn kawan yg agak lama tak berjumpa. maklum le masing² dah dok jauh & masa yg selalu tak ngam! Warh serius, rindu la kt korang ;)

Saya, noreen & yan. Dulu memang kami sama² satu opis. Satu team dan satu geng makan. now masing² dh dapat keje lain yg lebih cemerlang. tinggal la saya yg masih menjadi survivor sisini bersama kawan² yg lain. hu hu .. InsyaAllah, kami akan terus berusaha ..

Saya dtg bujang ngn cella. begitula noreen bersama anak² nye. Yan yg kebetulan ade bengkel selama 5 ari kt putrajaya. inilah masanya, chatting, gossip, lepak².. hehe.
Borak punye borak, sekeping gambar je sempat snap. jadi laa.

p/s : Tahniah yan! Nak tambah ahli family ye. doakan saya juga ye .. hihi

Monday, September 10, 2012

Open House 2012. Raya Oh Raya!


Sabtu lepas saya kami memilih utk menjemput kawan², kaum keluraga & jiran ke rumah berhari raya. Kami membuat rumah terbuka utk merapatkan lg ukhwah yg sedia terjalin. Seperti biasa, bersederhana dlm semu hal adalah yg terbaik! Menu utam semestinya Nasi Dagang & rendang daging resepi ibu mertua! Ini mmg special requested dr hubby :))

Selain itu kami menyediakan roti jala, ketupat berkuah kacang, lemang, nasi lemak istimewa (istimewa ke?) hehe. Buah²an spt mata kucing dan tembikai menjadi pilihan..

Majlis rumah terbuka kami sekitar pukul 1 - 7 malam .. Lepas Maghrib pulak makan kecil²an utk kaum keluarga & sedara mara :) Alhamdulillah, cuaca aritu yg sgt baik & pejalanan majlis semua okay. Happy tau sebagai tuan rumah!

Terlupa plak nk amik gambar hidangan. Terima kasih kepada semua yg dtg. Moga kita semua mendapat berkat dr Allah swt. InsyaAllah! Moga Rahmat Allah sentiasa menghiasi kehidupan kita semua. Amin :)

Tuesday, August 28, 2012

Food Review : Chup! Cyberjaya (shaftsbury square :: Live. Work. Play)


Hari ini keluar lunch berempat! pusing punya pusing, kami meninjau² tempat makan di tempat baru, area bangunan shaftsbury square cyberjaya yg juga berhampiran dgn office kami. heheh!

Hajat dihati ingin makan di Kenny rogers yg berhampiran. Bila pusing² nak cari parking, kami lalu kt kedaai yg agak fancy nama nye. CHUP! .. cam best kan. so, apa lagi. kita TRY!

Agak menarik view/susunan kerusi, meja sofa didalam kedai. Serius, agak selesa! saya suka. Ada dua bahagian, ber aircond atau tak. dua² cantik! Kami pilih yg ada aircond la. nak duduk kat sofa yg selesa. hehe ;p

Saya order Nasi Asgari 'CHUP Special'. Gerenti sedap, serius tak menyesal order. (Nasi berempah + rendang daging +rendang ayam + sambal pedas = Nasi Asgari). Superb! wa cakap lu ..

Fatimah pulak order Fried rice sepecial (nasi goreng + ayam goreng + kerabu mangga). Comment : sedap sangat, kita suka.

Kak Ct pulak order Cantonnese Noodle. Memang sedap, beza mmg berbeza :p


julie pulak tgh diet & menjaga badan. so pilihan dia yg light² & vegi². hihi. Dia order Vegetarian Pasta. Pasta yg dihidangkan dgn sekeping roti ala² garlic bread, Nampak sedap tu! laju julie makan. sedap sgt la tuh ;p

Harga boleh tahan :
CANTONNESE NOODLE = RM9.90
VEGETARIAN PASTA  = RM9.90
FRIED RICE SPECIAL = RM10.90
NASI ASGARI  = RM12.90

ASAM BOI = RM5.50
FRESH JUICE APPLE = RM6.50
VANILLA FOLAT = RM6.50

*harga tu belum masuk tax 15% tau (service tax: 10%, gov. tax: 5%)

Comment : Menu yang sedap dan suasana kedai yang sangat selesa. sesuai tempat lepak² dan bersantai bersama kawan² & family. Star rating : 4.5/5 ...


Nasi Asgari
Cantonese Noodle
Vanilla Float
Us ..
Fried Rice Special
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...